Masih lagi hari pertama kami di Sumatera Utara. Perjalanan ke Parapat diteruskan. Parapat ialah daerah dimana terletaknya Danau Toba. Masih ada baki perjalanan selama 2 jam. Ketika ini memang musim buah durian dan rambutan. Makanya kelihatan di tepi-tepi jalan terdapat motor-motor yang meniaga buah rambutan dan juga longgokan buah durian. Katanya...durian Siantar yang paling sedap sekali. Masa ni perut kami masih kekenyangan makan tengahari tadi....so esok masih ada hehehe.
Semakin kami menghampiri ke Danau Toba....kelihatan pokok-pokok di sepanjang jalan sudah berubah rupa. Disebabkan faktor cuaca yang agak sejuk di kawasan Danau Toba ini...makanya pokok pine yang saiznya agak tinggi memang banyak sekali. Cantik sangat!!! Maaf gambar yang aku snap dari dalam kereta tidak begitu cantik untuk dipamerkan di sini. Selain daripada itu, Danau Toba terletak di kawasan tanah tinggi...cuaca memang sejuk dan tanah di sini juga subur....kawasan tanah tinggi gunung berapi. First time aku tengok Danau Toba ni...Subhanallah bumi ciptaan Allah yang sangat cantik. Sungguh aku tak tipu. Aku terpegun seketika tengok tempat ini.....sangat cantik!!!!!! Nanti next entry aku tunjukkan gambar pada angle yang lain pulak.
Danau Toba - adalah sebuah danau volkanik yang berukuran panjang 100 km dan lebar 30 km yang terletak di Sumatera Utara, Indonesia. Danau ini merupakan danau yang terbesar di Indonesia dan Asia Tenggara. Di tengah danau ini terdapat sebuah pulau volkanik bernama Pulau Samosir di mana saiznya berukuran 3 kali lebih besar daripada Singapura. Dipercayai Danau Toba terjadi ketika ledakan sekitar 73,000 hingga 75,000 tahun yang lalu dan merupakan letusan gunung berapa yang paling besar. Debu volkanik yang ditiup angin telah tersebar ke separuh bumi dari China hingga ke Afrika Selatan. Letusannya terjadi selama satu minggu dan lontaran debunya mencapai 10km di atas permukaan laut.
Alhamdulillah lebih kurang jam 4.30 petang waktu tempatan kami telah sampai di hotel. Kami menginap di Hotel Niagara yang terletak di puncak gunung yang mengadap Danau Toba. Boleh dikatakan hotel ini yang paling cantik berbanding hotel lain di sepanjang persisiran Danau Toba ini. Presiden Indonesia Susilo Bambang pun menginap di sini. Plan nak stay di hotel yang terletak betul-betul di persisiran lake itu tetapi setelah membaca review daripada hotel guest yang memberi komen tidak memuaskan...makanya aku booking Hotel Niagara ajer. Hotel lain agak buruk dan sudah lama serta tidak berbaloi dengan harganya. Alang-alang mood bercuti...sesekali ambil hotel yang best sikit.
Danau Toba - adalah sebuah danau volkanik yang berukuran panjang 100 km dan lebar 30 km yang terletak di Sumatera Utara, Indonesia. Danau ini merupakan danau yang terbesar di Indonesia dan Asia Tenggara. Di tengah danau ini terdapat sebuah pulau volkanik bernama Pulau Samosir di mana saiznya berukuran 3 kali lebih besar daripada Singapura. Dipercayai Danau Toba terjadi ketika ledakan sekitar 73,000 hingga 75,000 tahun yang lalu dan merupakan letusan gunung berapa yang paling besar. Debu volkanik yang ditiup angin telah tersebar ke separuh bumi dari China hingga ke Afrika Selatan. Letusannya terjadi selama satu minggu dan lontaran debunya mencapai 10km di atas permukaan laut.
Alhamdulillah lebih kurang jam 4.30 petang waktu tempatan kami telah sampai di hotel. Kami menginap di Hotel Niagara yang terletak di puncak gunung yang mengadap Danau Toba. Boleh dikatakan hotel ini yang paling cantik berbanding hotel lain di sepanjang persisiran Danau Toba ini. Presiden Indonesia Susilo Bambang pun menginap di sini. Plan nak stay di hotel yang terletak betul-betul di persisiran lake itu tetapi setelah membaca review daripada hotel guest yang memberi komen tidak memuaskan...makanya aku booking Hotel Niagara ajer. Hotel lain agak buruk dan sudah lama serta tidak berbaloi dengan harganya. Alang-alang mood bercuti...sesekali ambil hotel yang best sikit.
sampai ajer....aku terus check-in. Sempat tanya pada petugas hotel tentang WIFI di sini....hmmmm katanya line down sejak 2-3 hari lepas. Tidak pasti bila akan pulih semula. Hmmmm....tension ahkak tau!!!!!
ketika kami stay di sini memang ramai sangat tetamu yang check-in...makanya kami dapat bilik yang agak jauh sedikit dan tidak facing to the lake or pool....menci ahhhhh!!!!!
bilik ok dan sangat puashati....
gambar ini diambil dari balcony bilik kami.....bangunan itu ialah main building di mana terdapat pool dan facing lake.... menci ahhhhh!!!!
korang rasa terancam atau mengancam bila tengok pool ini??? hehehe
ketika ini...ramai betul yang mandi-manda di sini. So, kami plan nak snap gambar di sekitar taman ini terlebih dahulu.
Selepas dapat kunci bilik semua, kami bersiap pula dengan pakaian mandi. Untuk apa yea??? Ingat tak kenapa kami beli gogle di Sun Plaza masa baru sampai tadi? Tujuan nya ialah hendak mandi di pool hotel ini. Bersemangat tu nak mandi.....macam kat Malaysia tak boleh mandi pool. Alang-alang dah bayar hotel mahal....tentulah kami nak menggunakan facilities yang ada sebaik mungkin. Betul tak? Swimming pool di sini tersangatlah besar dan menggoda jiwa kami yang suka bermain dengan air ini ahaksss!!!
Selain daripada itu, kawasan hotel ini juga sangat luas. Keliling hotel dihiasi dengan taman yang indah dan permandangan gunung ganang yang sangat cantik. Persis berada di Swiss!!!! Sungguh aku tak tipu. Cuma bezanya gunung di sini tak ada salji. Ketika ini waktu petang.....so cadangnya nak tengok sunset. Kalau di waktu pagi pulak...gunung ganang tersebut dikelilingi dengan kabus yang sangat cantik.
acara memanjat bukit.....sangat best!!!
membakar kalori dengan memanjat bukit bukau di sekitar taman ini
permandangan hotel dari arah bukit ini
wahhh....sapa kata pool ini tidak mengancam???. Rasa mcm nak terjun dari sini ajer... :p
dah siap dengan pakaian mandi....tinggal nak tanggalkan tshirt tu ajer. Pool ini wajib memakai pakaian mandi uolsss!!!!
jom kita terjun...dah tak sabar ni....
cilok pic dari Azim...dia sempat mengambil permandangan ini. Cantik bukan???? Itulah Danau Toba.
auummmmm....sudah terjun ke dalam pool itu minah. Nak tau camana rasa air itu?? Tersangatlah sejuknya uolsss.
memang dia ni hantu air. Pantang nampak air....tergedik-gedik nak terjun. Yeappp...dia mengakuinya. Cantik tak gogle itiewwww?????
Hanya kami bertiga ajer di dalam pool ini. Orang lain dah naik ke atas. Manakala Nani tukang snap gambar.....sib baik jadi penyelamat hehehe.
Niagara Hotel di waktu malam....sayangnya dah jadi Hotel Niaga.....meniaga apa yea???? hehehehe
Lebih kurang setengah jam di dalam pool, kami pun naik ke atas semula dan pulang ke bilik masing-masing. Erkkkkk....tak larat nak mandi lama-lama sebab tersangatlah sejuknya. Untuk pengetahuan semua....hotel di kawasan Parapat ini tidak ada aircond disebabkan cuaca di sini sudah sejuk. Hmmm...nak kata sejuk sangat taklah...but still sejuk.
Selepas bersiap, kami semua dah rasa lapar semula. Sebelum tu dah janji dengan Pak Rizal untuk mengambil kami di hotel semula pada jam 8 malam. Tempat makan yang direkemen oleh Pak Rizal ialah Restoran Istana Minang yang sangat terkenal di kalangan wisata yang berkunjung ke sini. Aku memang tau pasal restoran ini melalui pembacaan aku pada blog-blog orang lain. Wilayan di Sumatera ini memang terkenal dengan nasi padang makanan minang berbanding di tanah Jawa yang terkenal dengan makanan jawa dan sunda. Makanya, di sepanjang jalan di pekan Parapat ini memang banyak betul restoran makanan minang nasi padang. Aku tengok restoran yang kami pergi ni nampak better dan bersih berbanding di tempat lain. Ok....jom kita tengok makanannya camana pulak.
nasi padang memang terkenal dengan lauk pauknya yang bermacam-macam.....pilih yang mana berkenan sahaja
orang tak berapa ramai ketika ini....agaknya kami datang awal kot
ikan nila yang sangat terkenal di danau toba...dimana habitatnya di dalam danau tersebut. Aku suka ikan ni...sedap!!!
satu lagi yang isitimewa ialah ikan pora-pora yang juga banyak terdapat di dalam danau itu juga. Kalau goreng garing memang sangat sedap,
diantara pilihan lauk-pauk yang ada.....tolak tepi mana-mana lauk yang tak berkenan.
Pak Rizal yang di sebelah kanan sekali. Setiap kali makan...memang kami jemput dia makan sekali. Kepala dia pun boleh tahan melayan kami yang lucu dan gila-gila ni. Lucu kah??? heheheh.
2 orang gadis yang menyerikan trip ini...tanpa mereka berdua maka tak meriahlah trip ini. Muahahaha....!!!!
food di sini sangatlah sedap...really enjoy the food!!! Terpulang pada citarasa masing-masing kan.
di sepanjang tepi jalan di pekan Parapat ini memang banyak sangat orang meniaga buah mangga ini. So, aku dah pesan pada Pak Rizal nak beli mangga ni....dia kata sampai malam masih ada orang meniaga. Ohhhh oklah tu. So, pas makan tadi, aku sempat beli sekilo sajer nak rasa...harganya Rp15,000 (RM5) sekilo. Saiznya kecik ajer tapi rasanya sangat manis uolssss!!!! Cara makan ialah bukak kulit tu pakai tangan ajer....pasti terus dimakan. Kata Pak Rizal...mmg rezeki kami ketika kami datang ni ialah musim buah mangga ini.
seronoknya bergambar di kelilingi oleh buah mangga comel ini. Duta buah mangga lettiewww!!!!
Untuk perhatian sesapa yang hendak melancong ke sini. Berhati-hati ketika memilih restoran kerana kebanyakan rakyat di sini ialah Orang Batak yang bukan beragama Islam. So, kedai makan seperti gambar di atas adalah bersepah-sepah. Bukan sahaja babi panggang.....anjing panggang pun ada. So, sila berhati-hati okay!!!!
then, Pak Rizal bawak kami ke kawasan ini di mana terdapat jualan-jualan souvenir dan tshirt. Kami tak membeli pun sebab plan nak shopping souvenir di Pulau Samosir ajer.....esoknya.
tetiba nampak ada orang meniaga durian dan buah2 yang lain. Hmmmm...tak boleh jadi ni. Mana boleh tahan nafsu terhadap durian...hehehe. So, aku kata takpa aku belanja beli sebiji durian kita try rasa durian di sini camana. Kecik ajer buahnya.....sebijik ialah Rp20,000 (RM7). Hmmm....biasa-biasa ajer rasanya.
hmmmm...excited macam tak pernah makan durian kannn. Azim sempat membeli buah manggis sekilo jugak.
Malam tu lepas makan dan jalan-jalan di pekan Parapat, kami terus balik ke hotel. Esok pagi dah nak keluar ke Pulau Samosir pulak. Ayohhhh...malam masih muda....takkan nak terus tidur kot. Apalagi, kami melepak sambil minum coffee dan makan buah-buahan yang dibeli tadi di lobby hotel. Sessi berborak dan makan buah bermula. Siap gelak ketawa tak sudah......gitulah caranya untuk awet muda ahaksss!!!!
Malam tu boring sebab WIFI masih tak berfungsi lagi di hotel ini. Hmmmm...bosannya hidup aku. Ada orang tu siap beli kad SIMPATI (telco Indo) yang ada data services utk FB...sakan lah dia berFB uolsssss. Jelas ahkak tau!!!!! Balik bilik terus aku kababommmmmmmmmmmm......kroihhh kroihhh!!!!
p/s - mood nak kerja kureng...ntah tak tau kenapa. Tolong pulihkan mood aku semula!!!!!
lepas makan durian..borak2 sambil minum kopi...bestnya.
ReplyDeletePernah nginap di Niagara ni. Dapat kat main building, tapi tak ngadap pool dan danau Toba pun.
ReplyDeleteInsyaAllah akan ke DT lagi tahun ni. Ceciter best2 lagi, mungkin boleh saya ikut ininerarynya nanti...
cantiknya niagara hotel tu.. tradisional sungguh.. teringin rasa nak ke sana plak..
ReplyDeletemenarik betol pcutian nie...
ReplyDeletebest hotel niagara!!!
ReplyDeletelove it!tapi mencik takder wifi!!
Nak tanya..pak rizal cas brapa untuk 3hari2malam disana???
ReplyDeleteMacam mana ye booking hotel Niagara ni?
ReplyDelete