January 17, 2012

Day 1 : Medan Trip - Sun Plaza & Lunch @ Siantar





Salam semua. Kesibukan yang melanda setiap hujung minggu membuatkan aku tiada masa nak update blog. Bila dah masuk weekdays....pun sibuk juga. So, aku gigihkan diri untuk mengupdate entry pasal trip ini. Kalau lagi aku diamkan...hmmmm mungkin aku lupa apa benda nak menulis. 

Ok back to this trip. Trip ini actually sudah dirancang sebulan yang lepas. Asalnya seorang teman tu dia gi seorang ajer. Pastu dia ajak kami yang lain joint sama. Oklahh....kebetulan aku pun memang belum jejak daerah Medan ni. Flight ticket ketika aku beli tu RM300++ ...hmmm mahal jugak sebenarnya. Akhirnya.....total geng yang jadi ke Medan ialah 4 orang. So, tak payah aku kenalkan nama masing lah yea...sesapa yang menjadi follower blog ini sure dah tau siapakah mereka-mereka itiewww. Ngeh3......

Flight kami pagi tu ialah jam 8.45 pagi. Kami berempat naik bas dari KL Central dan tiba di LCCT lebih kurang jam 6 pagi. After solat dan check-in semua.....kami breakfast dulu di Old Town White Coffee. Simple brekafast ajer sebagai mengalas perut. Tak payahlah kelam kabut nak cari tempat makan once dah sampai sana. Perjalanan dari LCCT Sepang ke Polonia International Airport Medan hanya mengambil masa 40 minit sahaja. Cepat bebenor....tak sempat panaskan punggong hehehe. Oklah....taklah keboringan di dalam pesawat.


bersama teman tersayang....Miss Nani...muahhh!

lagi 2 orang teman.....Azim dan Azuan (kembar tuuuuu)

hanya pesawat ini yg ku mampu buat masa ini....

Alhamdulillah dah sampai di Medan. Welcome to Medan katanyaaaaa....


Setelah selesai urusan imigresen mengecop passport, kami mencari pak sopir yang setia menanti kami di luar airport. Azim dan Azuan keluar dulu sementara menantikan aku gi toilet. Hehehe terus depa nampak terpampang namaku 'IBU LIZ' di kadboard. Alhamdulillah pak sopirnya ada. Nama Pak Sopir kami ialah Pak Rizal - sopir Muslim. Bagaimana aku tahu tentang Pak Rizal?? Aku dapat melalui Forum Cari. Kami hire dia untuk 3 hari penuh dari pagi hingga malam. Bagaimana service dia?? OK....sangat puashati dan boleh bekerjasama jika kami memerlukan pertolongan atau bertanyakan apa-apa soalan. Kami naiki Innova dan just nice for 4 of us. Siapa yang memerlukan perkhidmatan Pak Rizal boleh hubungi dia melalui number ini +6285275603660.

Sebelum kami bertolak ke Lake Toba, hasil perbincangan kami semua....memandangkan hotel yang akan kami menginap di Lake Toba nanti mempunyai swimming pool, kami decided nak mencari gogle (lupa nak bawak dari rumah sebenarnya). So, minta Pak Rizal tolong bawakan kami ke mall terlebih dahulu. Selain daripada tu kami nak beli selipar jepun dan air mineral jugak. 

Pak Rizal bawakkan kami ke Sun Plaza di Medan ni. Di dalam Sun Plaza tu juga terdapat SOGO. Ketika kami sampai tu baru nak masuk jam 10 pagi waktu Indonesia. So, banyaklah kedai-kedai dalam plaza tu baru nak bukak. Tetiba kami nampak ada sale di tengah-tengah ruang legar plaza ini. Wahhhh....branded sale lah sempena chinese new year yg hampir tiba. Di antara brand yang kami nampak ialah HUGO, ESPRIT dan mcm2 lagi. Masa ni orang memang takda....kami pun belek punya belek. Tau tak kami jumpa apa????? Baju UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE ORIGINAL - harganya hanyalah RM26.00. Murah bukan???? Apalagi...haruslah aku grab sehelai untuk diri sendiri dan satu lagi untuk adik aku. Huhuhuhu.


70% branded sale yg memang murah

permandangan dari atas mall. Sun Plaza ni tersangatlah besarnya.....kedai dalam ni taraf Mid Valley lah.

lambakan baju branded yang dijual. Cumanya kena cari satu persatu.

yeeehaaaa....inilah baju yang kami beli itiewwww...original hokay!!!!

ok aku dah beli 2 helai tshirt. Ketika ni bahagian cashier pun belum bukak lagi.....kami kata nak bayar jugak.

Then, masuk dalam Sogo nak beli gogle yang dicari. Takdalah murah sangat...ahhhh belasah ajer.

singgah sebentar di bahagian bawah untuk membeli roti sebagai bekalan kami perjalanan ke Lake Toba.



Gambar di atas ialah Pak Rizal yang kami hire untuk perjalanan selama 3 hari di sini. Mesti korang tertanya siapa yang duduk sebelah Pak Rizal tu. Hahaha siapa lagi.....ahkak lah!!! Pergi ke mana-mana aku memang suka duduk di depan sebab boleh tengok permandangan dan mudah bertanyakan soalan pada pak sopir. Setiap kali kami melalui pekan yang sibuk...aku akan tanya kat mana ni. Cewahhhhh....mcmlah aku tau tempat tu. Hmm....sorry aku lupa dah apa nama tempat-tempat tu. Yang penting sampai ke destinasi kami nanti.

Sepanjang perjalanan, kejap aku terlelap dan kejap terjaga. Nak tau kenapa? Sebabnya jalan menuju ke Lake Toba ya ampunnnnn buatkan kami sesak nafas. Jalan berlubang-lubang, jalan macet, jalan berabuk...aduhaiiii. Tetapi ada juga permandangan indah di sini...ada sawah padi, ladang kelapa sawit, ladang getah dan kawasan rumah-rumah kampung. Tetapi boleh dikatakan aku banyak terjaga daripada tidur. Satu perangai aku kalau berjalan.....suka tengok permandangan sepanjang perjalanan. Rugi rasanya kalau berjalan....asik duk tidur ajer.

Setelah perjalanan mengambil masa 3 jam....perut pun dah lapar. Plan asal nak makan Nasi Padang Garuda Siantar di sini tetapi Pak Rizal suggest kami makan burung goreng yang sangat terkenal di Siantar. Jom tengok gambar!!



snap dari dalam kereta...bandar Medan

kami melalui pekan apa ntah. Agak berabuk di sini dan macet. Jalan bersimpung siur.

yeaaaa dah sampai Rumah Makan Beringin Indah - Burung Goreng

aku order minuman yang agak terkenal di sini. Air buah markisa + terung belanda. Sedap alhamdulillah.

inilah burung goreng yang sedap itiewww. Ini bukan burung puyuh...namanya burung ruak-ruak. 

makanan lain juga dihidangkan. Style makanan minang tetapi lauknya bukan cara minang

pilih ajer lauk yang berkenan...yang tak berkenan tolak tepi aja.

ketika ini burung dah sampai dulu......duk sakan kami meratah sementara menantikan lauk yang lain.

di dalam restoran ini punyalah ramai pelanggan yang datang mai makan....mostly are Indonesian Chinese. 

sebelum meneruskan perjalanan...kami solat terlebih dahulu di rumah makan ini.

selepas 5 minit perjalanan....kami singgah sebentar di kedai Paten. Bunyi macam pelik...tetapi memang pelik pun nama makanan di sini. Aku tau pasal kedai ini melalui pembacaan aku di blog-blog orang yang pernah ke sini. Tarikannya ialah pada nama-nama makanannya. Tapi makanan apa? 

ruang kedai besar tetapi tempat meniaga hanya di sini sahaja

yeaaaa kami dah jumpa apa yang kami nak beli. Semuanya dijual dalam kotak dan boleh dibuat ole-ole untuk dibawa balik ke tanahair.

namanya pun pelik...tang-tang, pung-pung, ting-ting, tung-tung, ping-pang.....hahaha tak larat aku nak tulis semuanya. Ada kacang, dodol bijan, keropok kacang dan mcm2 lagi...makanannya mcm makanan kita masa kecik-kecik dulu. Oklah sedap jugak. 

haruslah berlagak menjadi jutawan kejap...hehehe

bergambar terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan seterusnya...


Kami ada lagi 2 jam untuk sampai ke destinasi. Seperti biasa jalannya agak macet dan berliku-liku. Pak Rizal sempat menggunakan jalan lain untuk mengelakkan macet. Hujung minggu selalunya orang Medan akan berlibur di Lake Toba atau Berastagi. Next entry aku tunjukkan serba sedikit gambar sepanjang perjalanan ke Lake Toba itu.

Ok jumpa lagi di next entry. Stop dulu yea!!!!

p/s - kesibukan melanda sejak akhir-akhir ini.....



25 comments:

  1. akak pernah ke Medan thn 2007...ikut seminar...sempat le ke sun plaza tp nak ke lake toba tak sempat le.

    Lalu lintas kat sana mmg kelam kabut dan bising dgn hon je kan.


    Pssttt...leez kek tu kena kukus lebih 2jam tau...kena minta tolong mummy leez waktu buat caramel & menuang tu, kalau tak agak kekok dan kelam kabut, selamat mencuba ye :)

    ReplyDelete
  2. oo medan. one of my bestfren kawen dengan orang medan last year.
    betul ke medan ni banyak orang batak?

    ReplyDelete
  3. Best u buat entry ni sebab I plan nak ke sana september nanti. Boleh dapat banyak info dari u.

    ReplyDelete
  4. Salam..hye kak leez saya suka baca blog kak leez travel byk tempat and info... mcm last year b4 saya nak gi bandung sy penah refer kat blog akak like stay kat N1 hotel JKT budget hotel.. and this time kak leez pegi medan pulak rasa mcm teringin plak nak gi sana.. keep update ya... ; )

    ReplyDelete
  5. jgn lupe try esteler, satay padang kat area tu...

    x gi masjid n istana maimoon ke...

    hehhee....

    nice.. :)

    ReplyDelete
  6. Akan ke sana pd bulan April nanti. Ingat nak cuba contact Pak Rizal juga, sbb nampak mcm bagus servisnya...

    TQVM for good info...

    ReplyDelete
  7. kak hanim -

    sy tgk mcm ok ajer bandar medan ni...takda pun bunyi hon bagai.
    Nampaknya akak kena repeat tempat ni..hehehe

    thaks kak...resipi kek tu...Insya Allah akan ku cuba hehehe.

    ReplyDelete
  8. sepul -

    yg banyak org Batak ialah di Parapat dan Pulau Samosir....kawasan Lake Toba. Di Medan pulak campuran...ada Melayu dan Batak.

    ReplyDelete
  9. Rozita -

    boleh ajer amik mana2 info yg boleh dijadikan rujukan your trip ke medan nanti.

    Thanks setia dengan my blog :)

    ReplyDelete
  10. Iqah -

    thanks yea sudi baca my blog. Keep reading kay!!!

    Cubalah trip ke medan plak....for me i enjoy this trip.

    ReplyDelete
  11. Fadli -

    hehehe...belum habis lagi entry di Medan. Last day kami ronda bandar Medan....tunggu yea entry nya.
    Semua yg u cakap tu...kami dah rasa. Cuma Istana Maimon kami tak sempat pergi.....tak da masa.

    ReplyDelete
  12. Mie -

    yeapp... pak rizal mmg bagus. Kena cepat contact dia sebab sentiasa penuh dengan tetamu dia ni.

    Keep reading my blog yea.. :)

    ReplyDelete
  13. salam akak,sy baru je bace blog akak ni.seronok tgk gmbr2 akak bcuti.boleh bagi contact number pak rizal ni tak?agak2 berapa die charge ye utk 1 hari.?

    ReplyDelete
  14. wah leez, awal tahun dah start jalan2 ye.. tp mmg best pun mkn angin ni kan.. at least blh release apa2 yg patut :D

    ReplyDelete
  15. wah bestnye akak wat entry psl medan ni sb saya mmg tgh plan nk ke medan jugak thn ni. tgah tgu firefly kuarkan schedule untuk bulan 4. senang sebab naik flight dr ipoh trus ke medan. xyah susah2 ke lcct.. heheh harus sy amek no tel pak supir tuh..hehehe tenkiu ye kak

    ReplyDelete
  16. kami pun nk g sana trip utk bln 3 ni..huhuu so excited nk g sana... seronok n teruja nk g.. lps baca blog akak ni...

    ReplyDelete
  17. baca posting u cam terbukak plak hati nk gi medan..ekekkeke

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. akak nak tnye sikit.. klu nak gune services pak rizal utk jln2 kt medan..mcm ne kte contact die..byran tuk service die mhl x..nak kene byr sebelum g ker or bile dh smpai nti leh byr.

    ReplyDelete
  20. hampehh tul br ni gi medan. buat family trip seramai 15 orang. dari imigresen, pekerja airport, sampaikan tukang angkat barang konon2 nak tolong pun minta tips. hampehh. hati2 kalau ada orang nak menolong. bukan tolong free.tolong ada makna.

    ReplyDelete
  21. saya baru jer balik dari medan...dan nak p lagi rasanya...akak x p ke pasar ikan???wuuuh..saya rasa nak p balik ari ke medan lepas ni sbb nk p pasar ikan tu

    ReplyDelete
  22. assalammualaikum,

    boleh saya dptkan mail akak..juz nak tanya info pasal trip ke medan..please mail me...nurkhu_ sha@yahoo.com

    ReplyDelete
  23. assalam akak, boleh dptkan mail akak..nak tanya pasai trip ke medan.. mail saya= nurkhu_sha@yahoo.com

    ReplyDelete
  24. Dear Leez,

    Thank u for giving Pak Rizal's information. saya dh call dan book pak rizal untuk trip ke Medan pada 6 Dec 2013 to 10 Dec ne.

    Saya cakap pada dia Leez yang rekomen kan dia didalam blog Leez. Dia charge saya RM200/day all in. Saya rasa price dia reasonable.

    Another thing your blog ne its so interesting. Sampai saya suruh wife saya visit ur blog and she may get some usefull info.

    Than u so much Leez.

    Cdeen

    ReplyDelete
  25. Best la baca blog akak neh,sy asyik dok gelak sorg2.info yg de sgt b'guna,btw tq...sy ingat nk bwk parents g Medan,so boleh la booking Pak Rizal...tengok price pown reasonable

    ReplyDelete