Bersambung lagi trip di Medan untuk hari kedua. Awal pagi dah bangun untuk ke destinasi seterusnya. Pagi ni kami nak check-out awal dan terus ke Pulau Samosir. Berjanji dengan Pak Rizal suruh ambil kami pada jam 7.30 pagi. So, lebih kurang jam 6.45 pagi kami dah keluar dari bilik untuk mengambil gambar lagi di sekitar hotel sementara menantikan waktu untuk breakfast pada jam 7.00 pagi. Kami memang ambil bilik yang disertakan dengan breakfast sekali...senang sikit.
Pada awal pagi ni....cuaca sangat sejuk dan agak berkabus. Kami dah berpakaian cantik pada hari itu dan sudah tentulah acara berposing itu wajib. Semalam banyak amik gambar permandangan sebab baju sempoi sangat. Orang lain belum bangun...kami dah berposing sakan di kawasan swimming pool. Kebetulan lokasi breakfast kami pun memang berhadapan pool ini. Terjumpa sekumpulan tourist berbangsa Cina dari Mesia yang juga menginap di sini. Rupanya berdekatran ajer dengan bilik kami. Dorang lah yang tolong ambilkan gambar-gambar kami berempat. Thanks!!
hotel ni best.....berbaloi-baloi
di belakang aku tu ialah Danau Toba.....cantikkan permandangan di sini.
gambar kami berempat yg diambil oleh tourist dari Mesia tu...
yeaa... dah pukul 7.00 pagi...masa untuk breakfast. Dah janji dengan Pak Rizal nak keluar awal dan terus ke Pulau Samosir.
makanan pagi yg disediakan bukan buffet dan kami diberi pilihan untuk memilih Continental atau American atau Indonesian breakfast. Kami semua memilih Indonesian breakfast. Bagi kenyang perut....at least tak lah terkejar mencari makanan lagi nanti.
Aku pilih mee goreng.....Azuan dan Nani pilih meehonn goreng dan Azim pilih nasi goreng. Ok puashati sebab makanannya sedapppp!!!!!!
perut sudah kenyang dan hati sudah lapang. Jom kita berganmbar. Mekasih pada mbak NurCahaya yang tolong ambilkan gambar kami. Jom kita beredar dan terus check-out.
cantikkan permandngan di sini...persis di Swiss!!!. Gunung ganang di belakang tu dilitupi dengan kabus pagi....sejuk!!!
ok sudah beres check-out time. Bapak pengawal di sini tolong ambilkan gambar kami....lawak betul dia. Siap bergurau senda lagi dengan kami..hehehe.
Seterusnya kami bergerak turun ke bawah di tepi danau untuk ke Pulau Samosir. Pak Rizal hanya turunkan kami di tepi pasar iaitu di Stesen Tigaraja dan seterusnya kami menaiki feri ke Pulau Samosir. Selain daripada Tigaraja terdapat banyak lagi jeti yang boleh kita pergi....bergantung kepada kedudukan hotel yang paling hampir. Masa kami sampai ni....feri belum ramai orang lagi. Bila dah penuh barulah feri ini bergerak. Sepatutnya mengikut jadual masa yang tertera pada signboard tepi jeti ni. Hmmmm......kalau nak tahu camana bentuk feri tersebut, lihatlah gambar-gambar di bawah. Kawan aku yang melihat gambar feri tu...dia kata masih lagi feri yang sama seperti 10 tahun dulu. Tiada perubahan pun.
Pulau Samosir adalah sebuah pulau volkanik di tengah Danau Toba di Semenajung Sumatera Utara. Sebuah pulau dalam pulau dengan ketinggian 1,000 meter di atas permukaan laut menjadikan pulau ini menjadi sebuah pulau yang menarik perhatian para pelancong. Di pulau ini juga terdapat dua buah danau kecil sebagai daerah pelancongan iaitu Danau Sidihoni dan Danau Aek Natonang yang mendapat julukan "danau di atas danau".
yeaaaaahhhh dah sampai jeti. Jeti ini berdekatan dengan pasar pagi. Agak macet dan sibuk di kawasan ini...sebab urusan jual beli barang pasar di sini dan terus dibawa ke dalam feri untuk ke Pulau Samosir.
jadual masa feri bergerak ke Pulau Samosir ada dinyatakan di sini tetapi tak ikut pun masa tu....
feri ke Pulau Samosir yang unik dan sangat tradisional. Kat sini ada banyak feri...dan memandangkan kami nak ke Kg Tomok di Pulau Samosir....so kena tengok tulisan Tomok pada depan feri tersebut.
ini dia feri yang akan membawa kami pergi ke Kg Tomok, Pulau Samosir
bergambar sakan di dalam feri sementara belum bergerak ke destinasi seterusnya
kelihatan air tasik yang sangat tenang dan kebiru-biruan....sangat cantik saujana memandang. Untuk pengetahuan semua...air tasik ini nampak jernih dan tidak kotor pun. Malah kami nampak ada banyak ikan pora-pora berenang-renang di dalamnya.
ketika ini cuaca dingin dan nyaman....aku memang suka!! Kalau gi melancong aku kurang selesa dengan cuaca yg panas terik...boleh buat hilang mood. Lain orang lain taste kan....tapi itulah cara aku.
masa ni kerusi masih kosong dan masih tidak ramai orang lain. Lama jugak menunggu...hingga aku dah rasa tahap bosan...haishhhhh!!! Lupa nak bgtau...harga feri ialah Rp5,000 seorang.
ok dah penuh.....feri dah bergerak. Ia mengambil masa 45 minit untuk sampai ke Kg Tomok.
feri berhenti sebentar di satu lagi stesen untuk menurunkan penumpang dan mengambil penumpang lain di stesen ini.
Setelah mengharungi danau dengan menaiki feri selama 45 minit...kami telah sampai ke destinasi Kg Tomok. Di sini memang menjadi tumpuan pelancong untuk membeli barangan souvenir dengan harga yang berpatutan berbanding di kawasan Parapat tadi tu. Di sini juga terdapat perkampungan Orang Batak dan sejarah peninggalan budaya Orang Batak. Kami tak pergi pun ke kampung Orang Batak ni sebab nak mengejar masa yang sangat suntuk. Kami hanya pergi ke kedai-kedai ini untuk membeli souvenir.
Mitos mengatakan suku Batak ni dulu memang makan orang (kanibal). Hmmm...entahlah betul atau tidak. Bila aku tanya sendiri pada suku Batak...mereka kata itu dulu...sekarang ni dah takda macam tu lagi. Untuk pengetahuan semua...suku Batak ni kebanyakannya beragama Kristian dan minoriti yang beragama Islam. Menurut Pak Rizal, suku Batak ni perwatakan mereka agak kasar dan garang dan suka menonjolkan diri ke depan berbanding suku lain di sini. So, kalau nampak mata kasar, mereka agak out spoken dan kalau boleh nak menang ajer...hehehe. Gitulah apa yang Pak Rizal citer pada kami.
Batak adalah sebuah istilah kolektif yang digunakan untuk mengenal pasti sebilangan kumpulan etnik yang terdapat di kawasan tanah tinggi di Sumatra Utara, Indonesia. Kawasan pedalaman mereka terletak di sebelah barat Medan dan berpusat di Danau Toba. Sebenarnya orang "Batak" terdiri daripada beberapa kumpulan etnik yang berbeza tetapi mempunyai bahasa, budaya dan adat yang agak serupa. Walaupun istilah "Batak" digunakan untuk orang-orang Toba, Karo, Pak Pak, Simalungun, Angkola dan Mandailing, ada di kalangan mereka yang tidak suka dikenali sebagai orang Batak.
Sebelum mereka dijajah oleh Hindia Timur Belanda, suku Batak mempunyai reputasi sebagai pahlawan-pahlawan yang garang yang kadangkala mengamalkan kanibalisme. Dengan ketibaan penjajah Belanda, ramai di antara mereka telah memeluk agama Kristian. Gereja HKBP (Huria Kristen Batak Protestan) merupakan sebuah gereja dengan penganut paling ramai di Indonesia.
Masyarakat Batak adalah bersifat kebapaan. Hasil kraf tangan Batak yang terkenal termasuk hasil tenunan, ukiran kayu dan terutama sekali, ukiran batu-batu nisan. Upacara pengkebumian mereka sangat kaya dan kompleks. Contohnya, mereka mempunyai sebuah majlis di mana tulang-tulang nenek moyang mereka digali dan dikebumikan semula beberapa tahun setelah kematian dalam sebuah upacara yang dipanggil mangungkal holi. Kebanyakan orang Batak kini adalah penganut agama Kristian dengan sebuah golongan minoriti Islam. Ajaran Kristian yang diikuti mereka adalah dari fahaman Lutheran yang diperkenalkan oleh mubaligh-mubaligh Jerman pada abad ke-19. Seorang pendakwah Jerman terkenal ialah Ludwig Ingwer Nommensen. Orang Batak bertutur dalam pelbagai bahasa yang berkait rapat, kesemuanya ahli keluarga bahasa Austronesia.
ramai kata suku Batak yang meniaga di sini suka memaksa orang membeli di kedai mereka...sampai boleh tarik-tarik tangan kita memaksa membeli. Hmmmm...aku tengok ok ajer...sama ajer yg aku jumpa di mana-mana daerah di Indonesia yang lain. Yang lebih teruk daripada ini pun aku pernah jumpa. Cuma yang aku boleh bagi tips membeli di sini....kalau dorang tak bagi harga yang kita turunkan tu.....angkat kaki gi kedai lain. Banyak choice kat sini....kita ada kuasa untuk menurunkan harga yang paling minima.
kami berjalan ke dalam sedikit untuk mendapatkan kedai yang memberi harga paling murah.
Azim kata dia suka membeli di kedai mbak yg free hair ni...sebabnya dia comel. Hahahaha kantoi sudah...ada udang di sebalik mee!!! Kami memborong FM, keychain dan tshirt di kedai mbak comel ini.
di antara souvenir ukiran kayu yang terdapat di sini.....
kami jalan dan jalan lagi di ceruk kedai lain pulak. Di sini selain daripada FM, keychain dan tshirt..terdapat juga barang-barang kraftangan suku Batak yang lain.
we spent time about one and half hour di sini. So, kami bergerak ke jeti semula untuk pulang ke Parapat.
meriahnya minah ni masa nak naik feri....puashatilah tu sebab dah dapat FM dan keychain yg diidamkan.
ok kami naik feri yang lain pulak. Aku tertidur-tidur dalam feri ni sebab tetiba jadi mengantuk hehehe. Ada pulak yang mulut takda insuran kata baju aku tu beli satu kayu dengan langsir dalam feri ni.....cissssssssss!!!!!!
ok dah sampai bumi Parapat semula. Gambar ini ialah permandangan suasana pasar di tepi jeti itu. Huru hara sikit pasar ni.....seronok plak aku peratikan gelagat2 mereka ni.
tetiba aku nampak orang yang meniaga pisang ni. Haruslah aku mencubanya.
Yeaaahhhh dah dapat beli pisang Parapat. Harganya ialah Rp10,000 (RM3.50)...murah!!!! Pisangnya manis dan sedap uolsssss.
kami dah masuk dalam kereta dan nak bergerak meninggalkan pekan Parapat tapi tetiba rasa nak terkucil gi toilet. Apalagi Pak Rizal bawak kami gi Rest. Istana Minang yang kami makan semalam untuk membuang hajat kecil. Sempat lagi tu kami membeli ais kerim hehehe...mekasih kepada yang belanja ais kerim ini.
tak sah jika tidak bergambar di tepi danau. So, Pak Rizal berhenti seketika untuk kami bergambar di sini.
Destinasi seterusnya ialah ke Berastagi yang bakal mengambil masa 3 jam perjalanan. Ketika ini sudah tengahari dan Pak Rizal kata apa kata kita jangan makan tengahari di Parapat ni....dan dia suggest di satu tempat ini yang sangat menarik. Di manakah itu? Tunggu yea.....di entry akan datang baru aku ceritakan di manakah tempat itu. Dia kata kena tahan lapar sikit sebab nak sampai ke sana lebih kurang 2 jam perjalanan jugak....sebelum sampai ke Berastagi. Takpa...aku ada pisang sebagai mengalas perut. Hehehe banyak gak aku bedal pisang tu.
Kami bergerak ke Berastagi menggunakan jalan yang lain. Jalan nya ya ampunnnnn....berpusing-pusing macam jalan kita ke Tapah-Cameron Highland. So, sesapa yang tak tahan pening...mungkin boleh termuntah. Selain daripada tu, jalan nya banyak yang berlubang-lubang di sana sini. Takpayah pergi spa.....spa dalam kereta pun dah cukup ahakssss!!!!
Subhanallah cantiknya Danau Toba ni.....sapa kata gi sini tak best. Aku enjoy tau!! Sebabnya aku ni sangat menghargai scenary yang cantik bumi ciptaan Allah.
Di manakah ini?????? Tunggu di next entry!!!!!!
p/s - Cuti CNY aku hanya duduk di rumah ajer....cukup2lah tu nak berjalan ajer..heheheh. Teringat tahun lepas CNY aku jalan2 makan angin dgn orang tu di satu tempat ni. Biarlah jadi kenangan ajer.
Cantik betul pemandangan kat situ leez.
ReplyDeleteBerkenan betul tengok u pakai tudung ngan serkup kat luar tu. Nampak stylish habis...
YA ALLAH Leez..buat aka teringat Medan and its Danau Toba.. My dream place.. Tp penatnya kan nak sampai kat situ..
ReplyDeleteNiagara Hotel ni mmg popular lah kann..Akak pun stay kat situ dulu..Heee..
perghh cntik nya tmpt tu..
ReplyDeleteWahhh dh smpai medan dah. Best kan? Xpusing2 samosir island ke?
ReplyDeletewah murah giler pisang tu..dahla lebat gile. bila gamaknye aku nak sampai kat cni ni...yg fm tu seketoi brp rege? cantik2 jgk ye fm sana
ReplyDeleteCuti CNY tina dah booked cik Leez yer hehehe jangan lupa nanti tina confirmkan jam berapa. Anyway semua pics di atas sangat mengujakan diriKU ini...hehehehe
ReplyDeleterozita -
ReplyDeletetempat ni mmg sangat cantik. i terpaku kejap masa tu...sebab cantik sangat. yang penting cuaca ok terang benderang.
thanks....tu serkup sajer2 nak bergaya namanya hehe.
kak yan -
ReplyDeleterasanya niagara ni the only hotel yg cantik kat sini. Mmg berbaloi2 i gi sini.
Hehehe...jalan ke sini mmg penat giloss.
aksarafendi -
ReplyDeleteyesss...tempat ini mmg cantik.....sya suka.
zila -
ReplyDeletemmg bestlah gi sini tapi kami gi samosir utk beli souvenir ajer....tak gi ke kg batak pun sebab masa tak cukupp.
fatt -
ReplyDeletemmg sedap, manis dan murah pisang kat sini. Aku nak hilangkan pening jalan kat sini...duk telan pisang ajer hehehe..
FM tu seketul Rp10,000...oklah cantik tp tak byk choice sgt.
tina -
ReplyDeleteok Insya Allah dear.
cepat2 beli ticket AA....jalan2 ke medan.
Hi Leez,boleh pass contact Supir kat sana tak? I tak mahu ambil pakej kat sini. Ingat nak book hotel semua sendiri. maybe you can email me at rahayu_311@yahoo.com
ReplyDeletesaya beli FM kat amoi tu sebab dia cantikkkkkk...
ReplyDeletesalam, tumpang tanya boleh? berapa kos upah supir Pak Rizal sepanjang berada di sana yea... saya dah book flight ke sana. lagi 1 hotel Niagara tu book online atau boleh walk in je? sebab saya nak book online semua dah full. tolong yea....
ReplyDeletekak nak tanya berapa bayaran naik feri...5 orang dewasa 5 orang kanak-kanak. saya pergi sendiri so nak tanya bayaran hotel yang akak duduk di parapat dan samosir berapa..n satu lagi kalau nak guna pak rizal punya perkhidmatan berapa bayarannya..untuk bawa sahaja sampai di samosir di medan kami sendiri saja...nak pergi bulan 10 ni .thanks kak
ReplyDelete