December 9, 2009

Day 6 : Europe Tour ( Matterhorn @ Switzerland)




Bangun awal pagi kami dah bersiap untuk ke destinasi yang ditunggu-tunggu. Iaitu ke Gunung Matterhorn sambil bermain dengan salji. Ohhhh...indahnya. Sekali lagi impianku menjadi kenyataan. Sebelum ini aku belum ada experience memegang salji dan di percutiaan inilah yang aku tunggu-tunggukan.

Cuaca di ketika itu di Zermatt ialah 0 degree celcius. Pertama kali aku merasai sejuk yang melampau...dah beku tu. Aku dah bersiap memakai winter coat yang dibelikan oleh M. Hmmm...baju tu membuatkan aku seperti angkasawan ke planet. Lagi menampakkan tubuh aku bertambah besar. Nak buat macamana kena pagai gak kerana baju tu lah yang sesuai untuk ke Matterhorn kerana faktor cuaca yang sangat sejuk. Dalam tu aku pakai long-john sepasang dengan baju dan seluar. Then, barulah aku sarungkan jeans and t-shirt.

Untuk pengetahuan semua, disebabkan sejuk yang teramat pada percutian ini, aku memang memakai baju sehingga 3-4 lapis. So, korang just imagine keadaan kami di ketika itu melawan cuaca sejuk yang melampau tu.


inilah apartment yang aku duduk...

gambarku dengan kereta elektrik yang digunakan di Zermatt. Boleh masuk 5 orang penumpang sahaja


di kawasan penginapan kami yang berlatarbelakangkan pergunungan salji...sungguh nyaman
pekan Zermatt di pagi hari


juga di Zermatt

bila dalam keadaan sejuk di pagi hari.....cuaca nampak mendung dan agak kelam

bersama temanku Siti

masa ni kami dah beli train ticket ke Matterhorn....sementara nak tunggu tu...kami jalan-jalan di pekan kecil ini..

masa ni M sempat membeli sunglass jenama Adidas di sini...harganya CHF60 (RM200). First customer dapat murah sikit...

train (gornergrat bahn) ticket ke Matterhorn

after diskaun 50% dgn Swiss Half Price dapat beli ticket dgn harga CHF30.40


Sebenarnya pada pagi tu, kami terus check-out dari apartment tu dan simpan bag kami di luggage security di kawasan Zermatt ini. Dah lupa berapa kami bayar di sini. Kami plan after balik dari Matterhorn ni, terus beli train ticket ke Interlaken pula for our next destination.

Sepatutnya train ke Matterhorn pada jam 8.30 pagi tetapi disebabkan kami tidak sempat sibuk dengan luggage dan nak uruskan itu dan ini dengan urusan check-out sekali. So, kami terpaksa mengambil train pada pukul 10.24 pagi. Untuk naik ke atas pergunungan Matterhorn tu mengambil masa 1 jam.

keadaaan dalam train ke Matterhorn


Memang cukup teruja permandangan di sini. Train bergerak agak perlahan kerana memberi peluang kepada tourist untuk menikmati permandangan yang indah di sepanjang perjalanan naik ke atas Matterhorn. Tu dia dah nampak Gunung Matterhorn...aku snap menggunakan DSLR dari dalam train. Memang sangat cantik.

Masa ni dah nampak salji memutih di sepanjang perjalanan. Teruja nya aku dah tak sabar nak pegang snow. Aku tidak lekang dengan kamera sambil menfokuskan pada permandangan menarik di sini. Train ini akan berhenti di beberapa destinasi untuk mengambil penumpang. Kelihatan beberapa orang Mat Salleh yang lengkap berpakaian bermain Ski turun di destinasi tersebut. Semakin tinggi pergerakan train ini...makan semakin cantik permandangan di luar. Cuaca pun sangat bagus...terang benderang dengan matahari yang menegak. Walaupun ada matahari tetapi salji tetapi tidak cair...malah makin sejuk. Sejuk hingga ke tulang.


permandangan di sepanjang perjalanan

aku snap dari dalam train


salji memutih.....



nampak tak minah salleh kat belakang aku tu...pun teruja tgk permandangan yg indah ini

Wahhhh...akhirnya impianku tercapai. Memang happy giler aku kat sini. Posing sana sini sambil pegang salji. Eeee... seronoknya. Cuaca de ketika ini ialah -3 degree celcius pada jam 11.30 pagi. kami terpaksa memakai sunglass kerana cahaya dari matahari membuatkan mata kami silau.
Sebenarnyakan trip aku ke Matterhorn pada waktu ini memang amat bernasib baik kerana cuaca sangat bagus berbanding dengan temanku yang juga pergi ke sini pada tahun lepas tetapi cuacanya lebih sejuk (-15 degree) sehinggakan sukar untuk bernafas kerana kekurangan oksigen. Aku rasa ok aje dan tidak ada masalah untuk bernafas cuma pergerakan agak perlahan aje...macam pening sikit. Alhamdulillah semuanya ok.


I'm here babe...... syukur..

sungguh teruja dengan bumi ciptaan Tuhan...... insaf seketika


M merakamkan gambar aku terbaring di atas salji...tersangatlah buruknya....tapi aku tak kisah nak paparkan di sini...menunjukkan aku tersangatlah gembiranya. Masa ni mat salleh tergelak tengok aku....terserlah perangai budak-budak....huhuhu....



teruja pegang snow.....





inilah dia Gunung Matterhorn


The "Matterhorn" is one of the world's most famous mountain. It rises 4478 meters high, but is not the highest mountain in Switzerland. The first men who managed to climb to the top of this mountain was a group of seven mountaineers led by Edward Whymper from Great Britain on July 14, 1865. Four of the seven men died on the way back.

It is unknown who named this mountain "Matterhorn" or where the name comes from, but there are many families in this valley named "Matter".

inilah station terakhir perhentian kami di Matterhorn...


main salji lagi....masa ni M dah tergelak-gelak tengok aku....ada beberapa raklam video yang dia ambil...




my dream comes true again... Thanks God.....


Matterhorn Mount






snow dalam genggamanku....



masa ni dah nak turun semula ke Zermatt....we spent here dalam 2 jam...



8 comments:

  1. bestnye g swiss!!!
    wish to be there too some day:)
    haishhh!!!makin excited bace blog ni:)

    ReplyDelete
  2. ct - Memang Swiss sangatttt cantikkk. The most beautiful place in the world.
    Teruskan membaca blog ini kay!! Many more days to cover the stories.

    ReplyDelete
  3. haihhh ...
    tak terkomen saya kak
    besh giler tengok

    ReplyDelete
  4. Teringat ari tu gi Zermatt...memang lawa dan sejuk....brapa apt tu semlam?

    ReplyDelete
  5. salam,
    izinkan sofi gunakan pengalaman anda ini untuk sofi abadikan dalam enovel sofi, cintaku satu 15. dah nak buat citer honeymoon sikit. boleh, ya.

    cheerio.

    ReplyDelete
  6. sofi,

    ok aje...wahhh penulis enovel rupanya.

    ReplyDelete
  7. Addalam leeZ...hehehe..mcm nak ke sana juga je kami nnti..tapi bulan 10 dah ada snow kat sana kan?..bestnya....sbb kat zermat saja xde snow kan?..xsabar rasanya ni..seminggu je lagi nak ke sana..

    ReplyDelete
  8. Tak sabar nak ke sana juga ni...seminggu lagi..dari zermatt kena keluar pagi la ya Leez utk naik train tu?...nak ajak la suami ke sana...sbb zermatt xde snow kan...?

    ReplyDelete