December 9, 2009

Mimpi Ngeri...



Petikan daripada Utusan Malaysia semalam muka surat 22.
Peristiwa di atas ada kena mengena dengan diriku. Kenapa?
Kebakaran itu terjadi di kawasan rumahku sendiri. Hanya selang tiga rumah daripada kedai yang terbakar tu dan dibahagian belakangnya adalah rumahku.

Ia terjadi pada jam 8.30 malam bertarikh 7hb Disember iaitu 2 hari lepas. Ketika itu aku seorng diri baru sahaja pulang daripada Tesco Ampang. Masa nak sampai kawasan rumah di bawah jambatan itu, aku lihat jalanraya agak jammed. Pelik juga kenapa di waktu malam begini masih jammed. Masa tu tak perasan lagi ada kebakaran.

Ketika itu aku sedang memandu. Then, received phone call from my friend, Azuan...which is his his house not far from my house. Dia tanya
" Kau kat mana ni? Tak tau ke kat area rumah kau ada kebakaran?".
Then aku terpinga sekejap...pandang atas luar tingkap.
"Ya Allah...tu kawasan rumah aku. Macamana ni??? Doakanlah semua selamat".

Kelihatan itu api sangat marak dengan begitu hebatnya. Keadaan sekeliling dah jammed dan sesak dengan manusia. Aku terus call rumah and my brother yang angkat phone...suruh aku balik cepat. Ketika tu di dalam kereta aku dah berlinangan air mata. Ya Allah....macamana ni? Selamatkah rumahku? Selamatkah keluargaku? Aku terus call my brother yang duduk kat Pandan Utama to come over and tengok apa yang patut.

Bila aku sampai aje my area tu...keadaaan dah jammed. Keretaku tidak dapat masuk lorong rumah aku. Aku kena parking jauh. Then, aku berlari ke rumah dan aku perhatikan keadaan api ketika itu sangat marak. Syukur pada Allah cuaca ketika itu tidak berangin kerana hujan petangnya. Kalaulah berangin...alamat habislah rumah kami.

Masa sampai rumah tu, my mum suruh aku bawa keluar segala dokumen penting seperti ic, passport, duit, barang kemas dan apa sahaja yg berkaitan dengan aset kami. Aku pulak jadi panik dan tak tau mana aku letak passport tu semua. Padahal baru aje balik bercuti tu pakai passport. Kelam kabut kami simpan barangan tu dalam my brother's car. Kasihan pada datukku yang dah uzur...terpaksa kami pimpin dia duduk di luar rumah. Standby apa yang patut. Ketika itu di sepanjang jalan rumahku dah macam pesta penuh dengan manusia. Jiranku yang selang dua rumah siap dah keluarkan segala peti sejuk, tv dan kerusi meja.

Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah berkat kerja keras dan kecekapan para bomba yang bergegas datang, keadaan api yang marak dapat dipadamkan segera. Aku amat-amat bersyukur segalanya selamat. Aku ni jenis manusia yang sangat panik jika ada apa-apa musibah yang berlaku. Aku sayangkan keluargaku dan rumah peninggalan arwah ayahku ini. Syukur semuanya selamat.


p/s - terima kasih banyak-banyak pada abang bomba semua. Jasamu amat ku kenang.

3 comments:

  1. Orangrawa - Tulah...i syukur sangat2 semuanya selamat. Only Gods how i felt that day.

    ReplyDelete
  2. syukur akak sekeluarga selamat
    ni yg terbakar rumah jual sate tu ke kak ??

    ReplyDelete