December 11, 2009

Day 6 : Europe Tour (Zermatt - Interlaken, Swiss)



Selepas selesai aktiviti di Pergunungan Matterhorn, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya dengan menaiki train lagi. Destinasi kami ialah ke Interlaken iaitu juga di Switzerland. Kami akan stay di sana selama 2 malam. Perjalanan kami ke Interlaken mengambil masa 2 jam 20 minit.

Kami terpaksa menukar train sebanyak 2 kali iaitu di Visp dan Spiez. Aksi amazing race sekali lagi berlaku di sini. Juga ada 10 minit untuk menukar ke paltform lain. Huhhhh.... sebab dah ada pengalaman amazing race sebelum ni, so kali ni agak teratur sedikit sebab dah standby awal tanya kat bahagian ticket kami kena gi platform mana.

Masa ni aku macam letih sedikit kerana sakan masa kat Pergunungan Matterhorn pagi tadi tu. So, aku tak banyak amik gambar di sepanjang perjalanan dalam train tu. Aku hanya melelapkan mata seketika mana yang sempat. Tetapi masa dah nak sampai ke Interlaken, barulah aku terjaga sebab terpaku seketika dengan keindahan perkampungan di sini.

Interlaken adalah sebuah daerah di Switzerland yang di apit oleh 2 buah lake yang sangat cantik. Agak ramai pelancong di sini kerana inilah bandar yang paling berdekatan untuk ke Pergunungan Jungfraujoch - top of Europe. Tunggu cerita aku pasal tempat di next entry.



sorry gambar kurang memuaskan.... banyak rumah di sepanjang lake ini..

ambil gambar dari dalam train.....kurenggg skit lah






Apabila kami sampai sahaja di Station Interlaken Ost, aku dan M cepat-cepat ke sebuah supermarket di sini untuk membeli beberapa barang makanan untuk keperluan kami di hostel nanti. M belikan roti, chees, timun (buat sandwish), pisang dan ubat sakit tekak untuk aku. Masa ni aku dah rasa lain macam pada tekak ku. Sakit yang amat. Nak telan pun susah. M dah susah hati dan cepat-cepat belikan ubat untuk aku. Thanks my dear honey!!!....Masa ni aku dah terlalu touching dengan dia. Dia sangat-sangat mengambil berat tentang keadaan aku. Badan aku dah lemah macam nak demam.

Then, kami amik cab untuk ke hostel yang kami dah tempah awal semasa di Malaysia. Masa tanya orang di sana, kalau kami jalan kaki jauh tak. Hmmm...lebih kurang 20 minit kata mereka. Itu langkah orang putih tauu!!. Kalau langkah kami yang terkedek-kedek ni...mahu sampai setengah jam gak. So, lastly kami amik cab jugak. Dalam CHF20 kami dikenakan bayaran. Mahal weiii di sini.



Inilah hostel yang kami stay di Interlaken. Kami stay kat Balmers Herberge dengan bayaran seorang satu malam ialah EUR24 (RM122). For me oklah bayarannya berbanding kat tempat lain yang kami dah stay. Tapi ini hanya hostel sahaja ok tetapi aku suka facilities yang diberi kepada kami. Tengok keadaan hostel ni pun ok...sangat santai. Ramai backpackers stay di sini especially summer time. Masa aku gi tak berapa ramai sangat.....just nice. Kalau nak buat BBQ pun boleh...memang best. Dah sejuk2 mcm ni....takda maknanya nak buat BBQ semua tu. Kat hostel ini, disediakan breakfast dan kemudahan bas free ke mana-mana di daerah Interlaken ini. Just tunjukkan kupon yang aku attachkan kat atas ni.

Disebabkan kami ambil sebilik untuk 4 orang, so kami dapat bilik paling atas. Aduhhhh.....pengsan nak naik...mana ada lift. Kasihan pada M yang terpaksa mengangkut beg kami semua dari bawah hingga ke tingkat 3. Sempit pulak tu tangganya. Sangat terharu dengan kebaikan M.


tempat BBQ di luar

Kami sampai di hostel ini pun dah nak dekat malam. Kat sini area hostel ni memang agak sunyi sikit after dah malam kerana by 6.30pm semua kedai dah tutup. So, malam tu after kami dah makan nasi dan lauk-pauk bekalan kami, dah tak ada aktiviti nak buat. Yang lagi 2 orang temanku itu dah mengantuk terus tidur. Aku dan M pulak ke bawah untuk berinternet di bahagian lobby hostel.

Masa nilah aku sempat update status aku di Facebook. Aku ceritakan tentang keadaan aku di Swiss....yang aku tak berapa sihat di sini. Mahal betullah nak guna internet di sini....kena pakai syiling masuk dalam peti pada computer tu...makan duit macam air. Sekali lagi aku touching kat M masa ni...dia duk sebelah aku menemani aku update Facebook...sambil masukkan duit syiling demi syiling ke dalam peti tu. Dia suruh aku relax and enjoy dan jangan pikir apa-apa. Thanks my dear honey!!!!

Masa nak tidur, aku dan M sakan berborak pasal kisah dan pengalaman kami berkawan masa di KL. Sempat bergelak ketawa. Sampaikan kawan aku yg 2 orang tengah tidur tu terjaga...huhuhu. Ohhh...indahnya dunia....masa ni sedikit demi sedikit kami bertambah sayang each other.



bilik kami kat bahagian atas sekali tu...yg tingkap kecil tu....

tempat ni memang best utk lepak tetapi tak tahan sejuk waktu malam.....tersangat sejukkkk






No comments:

Post a Comment