December 22, 2009

Day 11 : Europe Tour (Mini Europe @ Brussels, Belgium)



Awal pagi selepas breakfast di bilik, kami menuju ke train station....lupalah pulak apa nama station tu. Ia berdekatan dengan hostel kami. Destinasi utama kami pada hari ini ialah ke Atomium dan Mini Europe. Kami perlu mengambil train dan berhenti di Heysel Station. Perjalanan agak jauh juga kerana tempat yang kami hendak pergi ini agak luar sedikit daripada kota Brussels. Harga ticket train ialah EUR1.70.

Peliknya kami tentang train di sini ialah ia tiada pintu penghalang untuk keluar dan masuk mana-mana station. Kalau free takkanlah ada kaunter jual ticket pula. Kalau macam ni senanglah orang nak menipukan. Tapikan aku tengok orang Eropah ni jujurlah. Kalau naik tram...sapa nak tegur kalau kita naik turun pintu tengah...padahal nak beli ticket di pintu depan.

Pagi tu hujan masih renyai-renyai seperti semalam. Memang tengah musim hujanlah kat Europe ketika aku datang ni. Sejak di UK, Paris dan Amsterdam asik hujan aje. Nasib baik tak lebat sangat. Tengoklah langit kat gambar bawah ni gelap aje.




Masa di train station ni, dah nampak Atomium. Kalau nak tahu bagaimana rupa Atomium. Itu kat gambar atas ni. Aku ambil gambar ini dari pandangan sisi. Kalau ambil gamabr dari arah depan...nampaklah cantik sedikit lekuk bulat-bulat tu.

The Atomium was the main pavilion and icon of the World Fair of Brussels (1958), commonly called Expo 58. It symbolised the democratic will to maintain peace among all the nations, faith in progress, both technical and scientific and, finally, an optimistic vision of the future of a modern, new, super-technological world for a better life for mankind. The peaceful use of atomic energy for scientific purposes embodied these themes particularly well and, so, that is what determined the shape of the edifice.

At 102 metres high, with its nine interconnected spheres, it represents an elementary iron crystal enlarged 165 billion (thousand million) times. It was dreamed up by the engineer André Waterkeyn (1917-2005). The spheres, though, were fitted out by the architects André and Jean Polak.

Over and above the symbolic value linked to its history, the Atomium has become one of the icons of the city of Brussels: capital of Europe, with which it has a special relationship. Since its inspired restoration (2006), the landmark that many people call the most Belgian monument, is also a museum with its permanent collections and temporary exhibitions.





nampak tak langit yang gelap tu...masa ni tengah hujan tau










Beberapa langkah di sebelah Atomiun ini dah nampak Mini Europe. Bagus gak...dekat aje. Tak payah nak turun naik train....jelak dah naik train. Masa ni lebih kurang pukul 10.30 pada hari Selasa dan suasana sepi aje kat sini. Agaknya sebab hari bekerja orang pun tak ada. Mungkin hari sabtu minggu baru ramai sikit.

Untuk masuk ke Mini Europe ini kami dikehendaki membayar ticket berharga EUR12.90 (RM65). Lepas membayar ticket, kami kena bergambar dengan turtle duta kecil Mini Europe ...huhuhu. Siaplah lepas ni kelaur aje dari sini sure gambar kami dah siap. Tunggu ajelah. Nak guna kamera kami...tak boleh pulak tu.

Tak sangka aku Mini Europe ni agak luas juga. Penat gak bergerak dari satu negara ke negara yang lain. Boleh dikatakan di setiap negera aku nak bergambar. Kesian M...menjadi photogragher aku hari tu. Sampaikan satu ketika dia tinggalkan aku sorang-sorang kat belakang sebab terhegeh-hegeh sangat nak bergambar. Masa ni aku dah muncung merajuk konon...huhuhu dah tua merajuk. Air mata aku dah nak meleleh masa ni. Ambil gambar sendiri-sendiri. Akhirnya dia datang memujuk aku...huhuhuhuhu indahnya dunia. Tu pasal aku touching kat dia...sebab dia begitu sabar dengan kerenah aku yang songeh ni walaupun kadang-kadang dia geram kat aku. Hehehe....miss you so much honey!!!!! Tetttttttt......bab romantik dah keluar plak....sorry yea!!!!



dapat katalog tentang mini europe







Located at the foot of the Atomium, MINI-EUROPE is the only park where you can have a whitlestop tour around Europe in a few short hours. A truly unique voyage ! Stroll amid the typical ambiance of the most beautiful towns of the Old Continent.

The incomparable chimes of Big Ben welcome you to the heart of London. The gondolas and mandolins will invite you to discover the charms of Venice. Follow the T.G.V. from Paris to the other end of France. You can make the models work yourself : the eruption of Vesuvius, the fall of the Berlin Wall, the bullfight in Seville and many more… In total 300 models and sites in a quite unequalled craftmanship. Also don’t forget to visit the European Space full of interactive multimedia games.





Sebenarnya tak banyak yang aku tahu tentang sejarah dan mercu tanda sesebuah negara di Eropah ni. Kalau misalnya aku nak gi negara tu, barulah aku google kat internet apa yang istimewa tentang negara tu. Takat negara yang terkenal tu aku tahu lah sikit-sikit. So, gambar-gambar aku kat bawah ni memang ada yang aku tak tahu dari negara mana...lupa dah. Masa gi sini tu.....barulah aku tau. Sekarang aku dah lupa balik.

Aku kena tengok balik kat katalog yang diberi tu satu persatu. Tapi masalahnya aku malas nak cari. So, harap korang tau sendirilah yea berdasarkan gambar-gambar yang aku amik ni. Masa aku duk sakan bergambar ada sekumpulan budak sekolah tengah jalani exam tentang negara-negara di Eropah ini. So, berlari-lari dorang ke sana ke mari nak mencari jawapan yang betul. Lemas pulak aku tengok kan...hehehehe. Biasalah aku ni kan tak suka suasana sesak dan berebut-rebut. Aku akan cepat pening kepala dan lemas.














ni kat Grand Place, Brussels...tempat yang aku amik gambar semalam tu....



ni kat Amsterdam...windmill




Satu perkara yang aku suka tentang Eropah ni ialah setiap bangunan yang ada di sesebuah negara tu memang sangat unik dan cantik, Ada sejarah tersendiri kenapa bangunan ini di bina. Terpegun seketika aku sebab banyak benda yang aku tidak tahu tentang sejarah Eropah. Nampaknya lepas ni aku kena meneroka ke negara Eropah lain seperti Italy, Spain, Republic Chech dan banyak lagi.

Insya Allah panjang umur dan ada rezeki lebih, aku akan sampai juga. Aku pasti akan berkongsi dengan anda semua di sini. Perjalanan ku ke benua Eropah Siri 2. Insya Allah.









kalau korang tak tahu ini mercu tanda negara mana...hmmmm susah aku nak cakap....














tau tak....ni stadium kat negera mana??? cuba teka....









Menara condong Pisa di Italy













Selepas selesai di sini, kami pulang semula ke area hostel kami. Masa ni dah petang tetapi belum gelap lagilah. M kata nak beli coklat lah pulak untuk kawan-kawan tempat kerja sebagai oleh-oleh dari Belgium. So, aku dan M pergi ke tempat semalam. Best nya jalan-jalan berdua dengan M.....entahlah aku rasa malam tu kami nak spent time bersama berjalan sampai penat sebab esoknya kami dah nak balik ke London semula. Macam kejap aja masa berlalu kan. Masa ni M asik-asik cakap kat aku "Gonna miss you so much , baby!!!". Ishhh...sebak pulak aku masa tu.

Kami juga menghabiskan saki baki duit Euro yang ada dengan membeli macam-macam makanan. Dia belikan aku waffle yang dijual borong. Balik rumah boleh panaskan di oven dan letak chocolate di atasnya. Bukan itu aje....kami juga borong coklat lagi.

Then, kami singgah makan di food court yang terletak di dalam salah sebuah shopping mall di Brussels ni. Kami makan nasi basmati ayam tanduri dan nasi yang dibungkus dengan capati. Bolehlah dimakan asalkan kenyang. Di tempat orang kita jangan cerewet sangat pasal makanan. Kalau cerewet sangat jawabnya lapar lerrr.

Then, aku bershopping di butik Zara, Murahlah sikit daripada di Switzerland tu. Aku belikan baju untuk anak buah aku yang 2 orang tu dan untuk 2 orang anak buah yang bakal lahir tak lama lagi. Sekarang kan musim sejuk, so banyak baju musim sejuk aje.....semuanya lengan panjang kain tebal. So, aku cari lagi jumpa juga yang kain t-shirt lengan panjang. Aku beli sehelai baju setiap seorang. Jadi ler kenangan oleh-oleh dari Belgium.

nasi dibungkus dengan capati.....

nasi dari beras basmati di makan dengan ayam tandoori...

beginilah suasana kawasan shopping di Brussels di waktu malam....happening




No comments:

Post a Comment