December 21, 2009
Teater Natrah @ Istana Budaya
Sibuk sangat membuat entry tentang percutianku di Europe, terlupa pulak aku nak paparkan di sini tentang kehadiranku menyaksikan Teater Natrah arahan Erma Fatima di Istana Budaya. Lupa dah tarikh aku pergi tu tapi rasanya 2-3 hari selepas aku pulang ke tanahair. Masa tu aku masih tidak beberapa sihat dan mindaku pun tak sihat sangat. Asik rindu aje dengan orang tu...opsss. So, sesekali kena alih sikit minda aku dengan menonton teater.
Aku menyaksikan teater ini berempat iaitu bersama dua orang adik iparku Lya & Nor dan seorang lagi sepupuku, Yat. Plan nak dapatkan ticket harga RM50 pada hujung minggu tetapi sayangnya ticket dah habis. So, dapat yang harga RM30 aje pada weekdays. Aduhh...duk atas sekali. Pengalaman aku ke Istana Budaya selalunya duk bawah bahagian depan. Tapi kali ni first time duk belah atas. Tak berapa clearlah but apa nak buat....itu aje ticket yang ada.
For me this teater...oklah. Masa start tu agak boring sedikit dan part akhir tu baru datang klimaxnya. Aku bagi 4 bintang kepada Erma Fatima. Lakonan Maya Karin bagus tetapi kena kurangkan sikit menjerit. Kenapa ada beberapa dialog dia seperti terjerit. Itu pandangan aku lah. Lakonan Remy Ishak pun oklah sebab tak banyak sangat scene dia. Yang paling bagus ialah lakonan Umie Aida dan Samantha Schubert. Kalau sini aku pastekan sinopsis kisah Natrah ni.
Teater Natrah memaparkan rentetan kehidupan Nadra Maarof, atau nama Belanda Bertha Heartogh. Beliau adalah wanita keturunan Belanda yang dipelihara oleh Che Aminah Mohamad. Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Konflik percintaan antara Natrah dan Mansoor Adabi yang menyebabkan terjadi rusuhan di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit. Pada 9 Julai 2009, beliau meninggal dunia pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda akibat leukemia.
Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adeline dan neneknya, Nor Louisenya kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika, dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill. Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun dan Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.
Konflik agama dan isu penjagaan yang telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura.
No comments:
Post a Comment