December 24, 2009

Day 12 : Europe Tour : Brussels - London



Hari ke 12 aku di bumi Eropah. Sekejap aje masa berlalu.
Hari ini juga aku kena meninggal Brussels dan balik ke London semula. Sedihnya nak meninggalkan bumi Eropah ini. Banyak sangat kenangan di sini.

Pagi tu kami meninggalkan Brussel dan bertolak ke London dengan menaiki Eurostar pada jam 11.29 pagi dan tiba London pada jam 12.26 tengahari waktu sana. Perbezaan waktu antara Europe country dengan UK ialah sejam. Perjalanan mengambil masa 1 jam 57 minit. Kami menaiki Eurostar dari Station Gare du Midi di Brussels dan sampai di St. Pancras International di London. Harga ticket seorang ialah GBP59.50 (RM339).





Awal pagi kami sudah berada di Station Gare du Midi kerana mesti berada di sana setangah jam awal. So, sebab dah sampai awal, kami pi breakfast dulu kat station tu. Aku macam nak makan waffle aje. Cari punya cari akhirnya jumpa kat Haagen Daz. Sedapnya chocolate waffle tu. Masa ni aku batuk dan sakit tekak lagi....rasa tekak macam ada benda tersekat. Tapi makan chocolate macam org lupa diri. Kami bertiga dengan Siti makan chocolate waffle kat situ.

Then, lepas dah kenyang, terus check-in dan masuk dalam train. Dalam train aku dan M senyap aje tak banyak berbicara. Masing-masing melayani perasaan sedih sebab beberapa hari lagi aku dah nak balik KL. Aku pun tak banyak amik gambar hari balik London tu. Mood aku kureng sikit hari tu.


chocolate waffle yang sangat sedapp...


Sampai aje di St. Pancras International Station di London, kami perlu berjalan kaki lagi untuk ke Euston Station dan mengambil train ke Northampton pula. Aduh seksanya masa nak berjalan kaki tu sambil menarik beg kami yang berat tu.

Ada sesuatu terjadi masa kami duk berjalan tu sehinggakan aku terpaksa menarik beg sendiri. M terpaksa menarik beg orang lain pula. Beg aku berat giler...tension nya aku masa tu. Muka aku dah muncung. Dalam setengah jam juga kami berjalan kaki.

Sehinggalah masa kat dalam train aku duduk jauh daripada M. Dia duk tepi pintu untuk menjaga beg-beg kami. Tetapi aku duk jauh ke dalam train keseorangan. Dia duk memujuk aku duduk sebelah dia tapi aku tak nak. Merajuk kononnnnnn...huhuhu. Akhirnya aku akur juga datang duduk sebelah dia. Terus dia dakap bahu aku and say sorry about what had happen just now. Perjalanan ke Northampton mengambil masa sejam suku.


Euston Station di London



Sampai di rumah M, kami terus ke bilik dan mengemas apa yang patut. M pula busy keluar ke kedai beli barangan mentah untuk masak petang tu. He said kawan dia mat salleh nak datang rumah malam tu dan nak ajak kami tengok movie kat cinema.

M masak nasi goreng, curry ayam dnn ayam goreng untuk kami. Sedap wohhhhh!!! Tengah sibuk memasak 2 orang kawan mat salleh dia datang joint us for dinner. Chit chat sikit pasal our europe trip. Then, kami gi tengok movie cerita 2012.

Actually aku malas nak ikut sebab penat sangat dan terlalu mengantuk. Tapi nanti kata tak sporting pulak. So, kat dalam cinema tu aku tertidur-tidur walaupun ceriter tu banyak scene yang suspend. Mengantuk gilerrr. Masa nak balik tu...fuhhhh kat luar sejuk giler tak tahan aku. Rasanya weather masa tu 3 degree celcius.

Balik daripada movie, aku plan nak terus tidur sebab terlalu mengantuk tetapi M duk mengacau aku ajak berborak lagi. Borak kejap..then tidurrrrr...

4 comments:

  1. berapa total kos semua sis?tak masuk shopping..

    ReplyDelete
  2. Risya -

    Total cost tak termasuk shopping ialah RM8K....around that figure lah.

    ReplyDelete
  3. sis, nak tanya airport duty kat stanstedt berapa rm? tq

    ReplyDelete
  4. shazleen-

    Tak perlu bayar apa2 coz semua dah bayar online masa beli ticket.

    ReplyDelete