May 14, 2009

Pesona De'Wajah Harmoni @ Legend Hotel


Jemputan daripada UKSB untuk Majlis Minum Petang Pesona De'Wajah Harmoni di Legend Hotel pada 13hb Mei. Anjuran bersama majalah Harmoni dan produk kecantikan De'Wajah. Hadir ke sana bersama teman sepejabat, Salina. Majlis bermula pada jam 3 petang.

Tujuan utama penganjuran pertandingan ini ialah begi memberi pengiktirafan kepada wanita yang berjaya membina kehidupan. Tetamu VIP ialah isteri Menteri Penerangan, Komunikasi , Kesenian dan Kebudayaan, Datin Seri Masnah Rais.

bersama teman sepejabat, Salina

Menu majlis minum petang ini ialah seperti pada gambar di bawah. Makanan sedap dan cukup mengenyangkan. Ada meehon, roti jala, tuna croissant, chicken nugget, popia goreng, buah-buahn dan pelbagai jenis kueh-mueh.
Sambil menjamu selesa kami dihiburkan oleh Jamal Abdillah. Hot singer sejak keluar citer panas tentang kes penceraiannya baru-baru ini. Saborlah Jamal. Para peserta juga diperkenalkan seorang demi seorang di hadapan juri. Nampak Norjuma, Shah Reza, Norma Norell, Rozita Che Wan dan beberapa org lagi sebagai juri pada petang itu. Rozita Che Wan paling cun pada petang tu. Meletop!!.


makanan yang disediakan
Rosyam Nor dan Tengku Khalida sebagi mc petang tu.....lawak betul si Rosyam ni
Pertandingan ini memperlihatkan pakar teknologi maklumat, Noorita Yusof mengalahkan 12 perserta lain untuk dinobatkan sebagai juara Pesona De'Wajah Harmoni 08/09.
Memang dah agak Noorita akan menang berdasarkan kepada kejelitaan yang dimiliki, kepetahan menjawab soalan, bijak berkomunikasi, keyakinan diri, personaliti yang menarik dan peragaan baju yang sungguh anggun dan cantik. Baju biru yang dipakainya begitu cantik dan sempurna dipakainya. Malah dia memang seorang yang sangat cantik dan ayu.
sang juara.....cantik betul baju ni...
abang jamal yang hot
3 pemenang pilihan....
juara



goody bag yang diberi kepada para jemputan...

4 comments:

  1. Hi Syarliz.. Thanks atas segala compliment... :)

    ReplyDelete
  2. Hi Syarliz.. Thanks atas segala compliment... :)

    ReplyDelete
  3. Hi Mama Ieta. Oh ya...are you Norrita? Congratulation dear. You deserve it!! Anyway thanks for visiting my blog. :)

    ReplyDelete
  4. hi, thanks for the coverage of the pageant...

    ReplyDelete