Salam semua.
Berjumpa kita lagi di alam maya. Dah sebulan kami pulang dari Turki. Bila belek balik gambar-gambar di folder aduhhhh rindunya kat tempat ni. InsyaAllah i'll be back to this country next year bersama group lain pulak. Kali ni pergi musim bunga ...ada tulip uolllsss. Tak sabarnya. Alhamdulillah group ni dah penuh. Dalam masa 3 hari dah fully booked. Kami terpaksa menolak beberapa permintaan lain...minta maaf banyak2. Sebabnya etihad limit kami 34 seats sahaja. Seats dah penuh pada tarikh ini. Musim bunga di Turki memang peak season. Agent berlumba-lumba merebut tarikh musim tulip ni. Sebab itu seats sangat limited. Kepada yang tidak dapat join kami jangan kecewa yea....saya mungkin akan buka lagi group cuti sekolah bulan 12 tahun depan....musim winter plak. Kita main salji di sana yea.
Ok kita sambung plak hari ke 3 di Cappadocia.
Awal jam 5 pagi kami diminta berkumpul di lobi hotel. Bukan semua yea. Hanya dikhususkan kepada mereka yang berminat untuk terbang tinggi. terbang tinggi? Rasa macam pelik tak dengar terbang tinggi tu hehehe. Sebetulnya bukan terbang tinggi...kami dibawa ke awan biru ke atas tinggi sana nun dengan menaiki belon panas. Bukan senang nak naik belon panas tau. Kat Malaysia memanglah ada belon panas tapi tak bergerak. Yang ni special sikit. Ini adalah optional tour iaitu tidak termasuk di dalam pakej. Sehari sebelum tu Hasan ada explain pada group berkenaan dengan aktiviti ini. Sesiapa yang berminat untuk join boleh bagi nama pada dia. Harga yang dikenakan ialah USD200 dimana harganya termasuk dengan insurance, sijil dan simple breakfast pagi tu. Daripada 30 orang di dalam group ini yang berminat join seramai 12 orang. Aku tak join sebab pernah naik sebelum ni. Cukuplah bagi laluan kepada En Bos plak kali ni.
Sebelum tu Hasan ada bagitau bahawa ia bergantung pada kekuatan angin. Jika angin kencang pagi tu...maka aktiviti tidak jadi. Kita tengok pulak hari berikutnya. Jika angin kencang lagi...makanya aktiviti hot air balloon tidak boleh dilakukan terus. Pernah terjadi pada seorang kakak ni...2 kali pergi Turki sebab nak naik balloon ni....2 kali juga tak dapat naik. Semuanya bergantung pada nasib juga. Nasib baiklah pagi ni angin okay. Menurut Hasan juga....kekuatan tiupan angin tidak semestinya ikut musim. Kalau musim winter angin okay...boleh jer naik.
kenangan naik hot air balloon pada tahun 2008
bersiap untuk naik ke atas
awal pagi tu sebelum pergi ke tempat untuk take off...peserta di bawa ke sini untuk menikmati simple breakfast dan solat subuh. Dah siap-siap ambil wuduk di hotel. Masuk waktu terus solat.
bersemangat cik abe saya nak naik balloon. Masa ni wife dia tengah layan mata landing atas katil sorang-sorang hehehehe.
tengok tu.....i is jeles tau.
ada beberapa balloon dah siap sedia naik ke ruang udara.
mereka tengah naik ke dalam bakul ini. Nampak tak kat belah belakang tu. Orang muda cepat ajer naik...mummy dan daddy kita kat belakang tu berhati-hati tengah nak naik. Yehaaaa Malaysia Boleh!!!!!
tu dia.....dah tak sabar-sabar lah tu.
Untuk naik ke atas dan pergerakan balloon ini adalah dengan bantuan angin dan api gas seperti gambar di atas. Jika angin kuat sangat memanglah tak boleh juga. Nanti tak pasal-pasal balloon ni bawa mereka ke Greece plak.
Ni belum naik atas betul....tapi tetap cantik.
seramai 12 orang dari rombongan madam leez menaiki hot air balloon
nilah dia bentuk muka bumi Cappadocia. Nanti entry akan datang aku ceritakan bagaimana terbentuknya batu-batan di bawah ini.
pasangan suami isteri Puan Redziah dan Encik Suhaimi. Berbulan madu di awan biru Cappadocia. Anak-anak tinggal di hotel masih diulit mimpi...hehehe. Mereka berdua datang ke Turki bersama 4 orang anak-anak all the way from Terengganu. Tqsm kak...join this trip. Nanti join saya lagi ke tempat lain plak yea.
Syarliz Group terbang tinggi di awan biru di bumi Cappadocia. Tapi Syarliz nya takda....saya hantar wakil baju hitam tu jer lah.
Fuhhh...cantiknya kat bawah tu.
masa ni cuaca dah terang benderang.
cantiknya Subhanallah. Banyak juga hot air balloon pada ketika ini.
kalau kita pergi waktu musim winter kat bawah ni putih jer seliputi dengan salji
pilot akan control pergerakan balloon ini...ada kala ia berada di atas...ada kala ia turun ke bawah dan ada kala ia berada di celah-celah gunung. Jangan risau yea...pilot ni semua adalah professional. Ada yg tanya selamat ke? InsyaAllah setakat ini di bawah syarikat ini tidak pernah berlaku apa-apa kemalangan.
nampak tak permandangan di bawah ni. Rumah-rumah yang didiami pada zaman dahulu sebagai pelindungi daripada musuh. Ada sejarahnya.
cantiknya kat bawah ni. Betapa kerdilnya kita di dalam bakul itu.
cuaca bagus...angin bagus....Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah.
sukanya dia cik abe saya.
tengok tu...balloon ini bergerak di celah-celah gunung. Kita boleh melihat dari dekat secara live. Pengalaman yang sangat berharga dan sangat berbaloi-baloi. Anda tidak akan menyesal jika join hot air balloon ride ini.
cantiknya.....batu-batan ini sangat unik. ada 2 colour merah dan putih pada batu nie. Ada sejarahnya.
Happy birthday to Amoideyla. Kebetulan hari ini juga adalah hari jadi awek ni. Cuba baca kat kertas yang dia pegang tu. Tunggu kejutan masa turun nanti.
nun di sana dah nampak pancaran matahari.
kiri kanan boleh nampak ballon. Hanya di Cappadocia sahaja boleh lihat pemandangan yang sangat cantik ini.
banyak lagi gambar.....cukuplah ni.....harap anda puashati melihatnya.
Ahli-ahli rombongan yang menyertai hot air balloon ride ini. Asmidar and father Pakcik Ahmad, Pasangan suami isteri : Puan Redziah dan En Suhaimi, Uncle Ahmad dan Auntie Miskiah, Puan Puziah dan Encik Ramli. Yang belakang sana tu si bujang Encik Abu Hanafiah.
bila tengok secara live depan mata lagi cantik tempat ini. Sangat puas hati dorang nie.
Dapat lihat sunrise dari atas ballon.
ballon ini akan fly ke kawasan lapang untuk siap sedia untuk landing.
nampak tak kat bawah tu. Tanaman apa agaknya yang berwarna hijau tu yea.
dua orang anak dara yang happening. Cik Wardah dan Cik Amoideyla. Dah jumpa bf Turki ke? hehehehe. Mana tau jumpa jodoh masa petik buah apple nanti kekekekek.
ok time for landing. Bersiap sedia semua.
Nampak tak beberapa balloon yang dah mula landing ke bumi. Masa naik kat tempat lain dan landing pun kat tempat lain jugak.
balloon dah mula kuncup.
dua orang pilot...yang memakai topi itu.
rebah ke bumi akhirnya balloon itu.
masa ni jiran sebelah dah landing...mereka sempat merakamkan pengalaman ini.
akhirnya balloon ini rebah ke tanah jua. Besar nampak kan.
masa ni mereka sudah selamat landed. Nak tengok gambaran sebenar...sila lihat pic bawah ni.
Tadaaaaa....tetiba mereka dah berada di atas kenderaan ini. Nampakkkkkk...betapa professionalnya mereka. Landing terus atas kenderaan. Masa aku dulu...landing atas rumput. Makin maju dan professional mereka ni.
Marilah kita turun ke bawah setelah selama sejam berada di ruang udara. Semuanya nampak muka happy jer.
Aikk...mcam tak nak turun jer kak redziah..hahaha.
Bila semua dah selamata turun ke bawah...jomlah kita celebrate sama-sama.
anda boleh tengok review orang ramai tentang company yg jalankan business ini melalui tripadvisor.
jom kita celebrate. mereka sediakan air anggur non alcohol,
tetiba mereka bawa cake untuk birthday girl sambil menyanyikan lagu happy birthday. Ohhhh...terharu hokay sampai keluar air mata si gadis ini...hehehe. Celebrate kat Turki tuuu...sapa tak happy.
Happy birthday Amoi....besday ke berapa agaknya yea. Tengok kat belakang tu senyum minah salleh tu. Terharu hokay....orang yg tidak kita kenali sama-sama nyanyi untuk besday kita.
Siapakah orang di sebalik tabir yang arrangekan besday cake ni? Tuuuuuuuu...si jejaki berbaju blue black tu....Hasan ler tu.
Adik Amoi bergandingan dengan Abam Hasan. Heheheh...secocok nampaknya. :p
sesi penyerahan sijil penyertaan...tersenyum lebar cik abe saya.
Yehaaaaaa.....dah dapat sijil. Berbaloi-baloi tau. Rugilah sapa yang tak naik hot air balloon. Meleleh air liur lah tengok sijil ni. Cik abe kata balik Malaysia dia boleh jadi pilot bawa ballon nie sebab dh dapat lesen :)
ok habis kisah hot air balloon. Lepas habis...mereka menaiki van dan terus ke hotel. Masa mereka sampai di lobby kami yang tidak join this ride tengah menikmati breakfast. Tetiba riuh rendah bila mereka sampai. Semua pakat tengok gambar dan video yang dorang ambil masa kat sana. Kami yang tak join nie rasa jelesss...cantik sangat. Hari ini kami akan melawat tempat yang menarik di sekitar Cappadocia. Hassan kata hari ini tidak perlu rushing mengejar masa. Just rilex and enjoy santai-santai sambil menikmati pemandangan yang sangat cantik di semua tempat. Nanti akan sambung kemana kami akan pergi dan malam nanti ada kejutan dan ada juga yang ternganga melopong..hehehe. Tungguuuu.
seronoknya group ni. Insya Allah satu masa nanti nak join juga.
ReplyDeleteOk ni baru tahu kak liz buat travel group sekarang..
ReplyDeletewah kemain meriah atas balloon tu sampai 4 compartment temannye..
Pada mulanya cam takut2 nak minum ayor tu.. ttbe die bisik ni takde alcohol..terus sume lega.. haha
Seronok nampakye trip bersama Leez.Apakan daya x dpat ikut your group next coming soon..
ReplyDeleteShahrizat -
ReplyDeleteNanti i buka lagi group...join my group tau. Memang berbaloi-baloi.
shah_rule -
ReplyDeleteYea dik...skrg akak buat group tour. Jom lah join.
Next year ada lagi nak bukak.
Harga berbaloi-baloi.
Kak Mariam -
ReplyDeleteTakpa kak. Next time boleh join. Saya akan buka group lagi ke turki.
Salam Kak, nak tanya harga naik hot air balloon tu kalau di convertkan ke RM.
ReplyDeleteThank you.