Salam semua.
Maaf lambat nak update blog ni. Sampaikan ada yang message aku minta update turkey trip ini secepat mungkin...hehehe. Sebenarnya aku agak busy membuat persiapan dan study trip akan datang ni. InsyaAllah one more trip early Jan ni. Tapi kali ini aku tak bawa group....gi sendiri2 ajer. Sambil jalan...sambil survey tempat... akan datang aku buat trip pulak. Agak rumit gak destinasi kali ini sebab kena banyak study dan early booking. Nak kena faham route dan macam2 perkara. Hampir setiap malam aku dan En Bos buat discussion pasal trip ini. Bincang laki bini macam nak exam pulak. Memang betul-betul mencabar. Perjalanan selama 10 hari. Rasanya boleh agak tak kami akan ke mana?
Ok jom sambung cerita Turkey plak. Sambil tu tetap kena selit masa untuk Turkey trip ini.
Hari ke-3 kami di bumi Turkey. Aduhhhh banyak lagi nak habiskan.
Selepas breakfast jam 8.00 pagi memang Hasan dah ingatkan kami berkumpul di lobi hotel dan terus masuk dalam bas. Hasan bagitau pada hari ini kita tak payah rushing sangat sebab kami akan stay one more nite here. So tak perlu jalan jauh. Just sightseeing around Cappadocia ajer. Aktiviti hari ni more kepada lawatan ke kilang dan shopping ajer.
Awal pagi kami menuju ke tempat menjual batu permata dan perhiasan wanita. Berhadapan dengan lokasi ini permandangannya cantik iaitu di mana terdapat bentukan cave. Di sini juga terdapat cave resort dan kedai-kedai restoran. Resort di sini didirikan dalam cave. Semasa percutian kali pertama aku ke sini dulu aku stay di sini. Di dalamnya memang sejuk dan sangat tradisional. Cumanya kalau yang jenis lemah semangat agak takut sikit... tempatnya agak gelap dan sunyi. Lampu pun dipasang tak berapa terang. Pengalaman yang best jugak.
di dalam bas...terus nampak cave ini. Cantiknya.
Rupanya bas memang berhenti betul-betul berhadapan dengan cave ini. Kedai batu permata yang kami nak pergi tu pun memang lokasinya di sini. Very nice view.
kenangan kami di bumi Uthmaniah
Kedai ni pun macam bentuk cave....
Sales person sedang memberi penerangan tentang keistimewaan batu permata dan perhiasan barang kemas wanita yang di jual di sini.
Masing-masing sedang kusyuk mendengar.
Amboi Kak Ton...agak2nya apa benda yang dibualkan tu yea.
wanita dan perhiasan memang tidak boleh dipisahkan. Tengok tu Amoi kusyuk memilih yang berkenan di hati. Besday girl akhirnya membeli sebentuk cincin sebagai reward kepada diri sendiri dan hadiah besday untuk diri sendiri. Tengok Mama Lola tu sampai lentik-lentik tangan mencuba cincin. Memang ada gaya!!!! Papa Lolan dah pening......
Pakcik Ahmad sambil mendagu...pening tengok harga hahahaha, Asmidar maintain jer....agak2nya apa yg terngiang-ngiang dalam fikiran Asmidar kan " Kalau aku beli cincin ni...jawabnya puasa dua bulan lah yea. Sure kurus lepas ni" kekekeke......
Semua dah puas membelek dan membeli. Jom kita posing di luar bersama pekerja2 di sini.
Suasana dalam bas kami...memang meriah dan gamat. Cuaca pun sejuk jer kat luar....nyaman dan mendamaikan. Memang bestlah Cappadocia ni.
2 orang tour leader untuk group ini. Kami memang akan duduk di hadapan sekali untuk memudahkan kami berinteraksi bersama tour guide Hasan dan driver Syukri. TQ YB Yosri for this photo.
Turki ni baru jer menerima pelancong sejak peristiwa bom dan rampasan kuasa beberapa bulan lalu....keadaan di Cappadocia ni agak sunyi sedikit. Di sini memang menjadi tempat tumpuan pelancong jika datang ke Turki. Sana sini memang akan nampak bas pelancong. Tetapi masa kami berada di sini...aku tengok Cappadocia bagaikan tidak bernyawa. Sunyi giler. Tapi advantage kepada kami ialah.......sangat privacy!!!!!
Cappadocia ini terletak di daerah bersejarah di Turki iaitu di kawasan Anatolia Tengah. Kawasan ini memiliki sejumlah kejaiban alam khususnya "Fairy Chimney" iaitu batu batan ajaib yang banyak meliputi sebahagian daerah Cappadocia. Batu batan unik ini terbentuk dari material volcanic sekitar 3 hingga 9 juta tahun dahulu yang terhakis oleh angin dan hujan sehingga membentuk seperti menara dan pilar. Akan tetapi lapisan bawah tanah batu-batan ini menyimpan seribu satu rahsia yang lain. Nanti kita citer lagi.
Tempat ini juga memiliki warisan budaya Anatolia yang unik, mempunyai ciri geologi dan pelbagai sejarah. Nak tahu sejarah secara detail boleh google yea. Aku cerita ni pun sikit-sikit ajer.
Kemudian kami berhenti di Lembah ini....dikenali sebagai Pigeon Valley. Sambil menikmati permandangan indah...kita juga boleh shopping di sini dan menikmati air krim Turki yang sangat sedap itu.
ada disediakan kerusi sambil melihat keindahan alam.
cantikkan permandangan ni. Memang rugilah sesapa yang tak pernah datang Turki. Sekali seumur hidup wajib jejak ke Turki.
Sebelum turun bas...aku buat announcement ...hari ini tour leader belanja makan ais krim...yeahhhhhhhh semua suka.
masing-masing beratur menanti dengan penuh kesabaran untuk mengambil ais krim
Macam biasalah.....sebelum dapat air krim kena main game dulu. Tipah tertipu banggg!!! Asik kena tipu jer hehehehe.
Pelbagai helah dan game dilakukan untuk menarik perhatian orang. Macm aku ni...senang jer. Sebelum dia buat...aku cakap terus terang. I'm in hurry...no game ok!!!! Gelak peniaga tu.
lepas semua dah dapat ais krim masing-masing...barulah kami ambil kami punya. Sedap sangat ais krim Turki ni. Rasanya entah berapa kali kami beli ais krim kat Turki ni. Pantang nampak orang meniaga.....wajib beli heheheh.
gambar yang diambil oleh YB Yosri.
sedapnya makan ais krim. Cuaca pun sejuk nyaman jer. Kenangan terindah masa ni.
Birthday girl dah jadi Puteri Anatolia plak ni. Reward sebagai birthday girl katanya. Murah jer kalau nak sewa baju ni. 10 Lira sahaja (RM15)
kami berdua berjalan ke belakang sikit untuk mendapatkan permandangan ini....lebih cantik. Makanya kami menjadi model lah. Ada banyak pelbagai aksi...tapi cukuplah aku share 3 gambar ni. Nanti termuntah plak korang tengok model tak bertauliah ni.
pulak tu ada plak kerusi kayu ni.....makin hebatlah aksi kami hehehe
aduhai En Bos ni.....kaki sampai naik ke atas......memang over okay!!!!
"Fairy Chimney" iaitu batu batan ajaib yang banyak meliputi sebahagian daerah Cappadocia. Ia terbentuk seperti ini akibat hakisan angin dan hujan. Memang unikkan bentuk nya.
subhanallah......cantik sangat. Unik dan sangat rare.
Kalau depan-depan tengok dengan mata kasar sendiri.... lagi cantik. Ciptaan Allah, bukan buatan manusia yea.
kalau musim winter..penuh snow kat bawah tu.
ada juga kedai menjual souvenir di sini. Kalau sesiapa nak membeli kena pandai tawar menawar. Setiap kedai lebih kurang jer harganya.
FM ada pelbagai jenis. Ada yang dapat 5 biji 10 Lira....dan ada juga yang dapat 4 biji 10 Lira.
Untuk piring hiasan ni....aku dapat tawar harga hingga 30 Lira untuk saiz yang besar.
pilih-pilih yang mana berkenan di hati.
jom kita mengambil gambar kenangan di sini.
Jangan marah yea....ahkak dan abam ni nak berdating sat. Nak berdua-duaan katanya. Tapi jangan terpedaya dengan gambar ini. Nampak jer berduaan tapi di keliling kami punyalah ramai duk menyakat hahaha.
Ok next kami pergi ke tempat membuat hiasan pottery yang sangat terkenal di Cappadocia.
masuk dalam bilik ni untuk melihat demo cara-cara membuat hiasan pottery.
kreatif giler. Hiasan atas piring itu mengikut motif yang popular. Contohnya....ikut design bunga tulip...bunga poppi....burung merak dan macam2 lagi. Semuanya bercirikan Turki.
tu dia....semua tak sedar aku mengambil gambar candid. Terpegun sungguh umie tengok hehehehe. Semuanya kusyuk bebenor hehehe.
kat belakang orang tu tempat utk buat pottery secara tradisional. Dorang pusingkan yang bulat tu dengan hanya guna kaki jer.
tangan dia ni sungguh lembut dan kretif. Sesapa yg tangan keras...memang jadi cekodok penyek vase ni. Agak-agak ada yang terasa tak? hahahaha
kami dibawa ke tempat ini. Fuhhhhh cantik sangat. Rambang mata untuk memilih,
Rambang mata tengok corak yang sgt cantik. Aku pun beli 2 piring untuk letak kat dinding rumah.
letak kek time raya nie..sgt sesuai lah kan. cantik
design ayat suci Al quran pun ada gak
Sharid dah pegang 2 ketul tu...nak bagi kat sapa agaknya hehehe. Vase cekodok penyek tadi apa dah jadi agaknya????
kami beli 2 biji piring sebesar pinggan makan....simpan dulu untuk rumah baru Insyaallah. Ada juga rakan di Malaysia yang mengirim kami.....semua nya cantik pening nak pilih.
YB Yosri tetiba minta kami posing sat...dia beriya2 nak snap gambar kami......aksi spontan dari kami.
tak cukup gambar tadi.....dia panggil kami lagi suruh posing. Kami layankan ajer. Entah aksi apa pun tak tau.
Ni perkenalkan YB Yosri yang suka mengambil gambar hehehe. Boleh dikatakan dengan semua orang Turki dia bergambar...kenangan katanya.
Hero-hero Malaya.
Bagus Asmidar ni....sentiasa disamping ayah tercinta Pakcik Ahmad. Nanti kirim salam kat dia yea.
pasangan suami isteri yang sedang honeymoon di Turki. Lepas ni ikut kami ke Europe Trip plak yea. Aunty Miskiah dan Uncle Ahmad - mereka juga ibu dan bapa saudara saya hehehe....alamak terpecah rahsia.
jom kita balik.....banyak lagi tempat persinggahan kami. Bagus betul orang Turki ni....mereka memang tak lokek untuk bergambar sama.
Next kami nak masuk tunnel plak. Sepatutnya kami pergi ke Kaymakli Underground City. Tetapi Hasan bagitau....tempat tu agak crowded with people dan nak masuk dalam tunnel tu pun takut ada yg tidak selesa. So...kami pergi ke sini...sama ajer kata dia. Cuma yang bagusnya di sini....takda orang. Hanya kami sahaja. Ia dikelilingi rumah-rumah orang Turki.
nampak tak ada tingkat kat belah atas tu. Rupanya ada juga orang Turki yg masih tinggal di dalam gua ini.
perlu mendaki sikit untuk sampai ke sini. Ada juga yg tak larat...boleh stay di dalam bas ajer.
kami dah masuk dalam tunnel ni
Menurut Hasan...sejarah underground city ni pada zaman dahulu kala ia dijadikan tempat menginap, sekolah dan gereja. Tempat ini juga dijadikan tempat persembunyi zaman perang dulu. Sebab itu aku cerita di atas tadi...bahawa di sini juga tersimpan seribu satu rahsia. Beribu-ribu manusia pernah tinggal di sini. Terdapat stor, tempat simpan makanan, bilik-bilik kecil, tempat masak dan tempat tidur. Ventalasinya juga sangat hebat...di mana suhu di dalam ini tidaklah sejuk sangat dan tidak panas sangat juga. Just nice jer.
Bukan mudah yea nak masuk terowong kecil di dalam ni. Ada ketika kita kena tunduk, membongkok dan melalui celah2 yang sempit. Just image jika ramai ketika ini. Sure sesak tak bernafas kita. Oooo baru aku faham kenapa Hasan nak bawa kita ke sini dan bukannya di tempat satu lagi tu.
rendah dan kecik jer lorong laluan nye.
yang bulat macam donut tu adalah pintu. Kalau ada musuh or binatang buas datang....just tolak pintu bulat tu ke tengah untuk selamatkan diri. Kreatif org zaman dulu. Tq Linda menjadi model utk gambar ini.
nasib baik muat badan YB Yosri masuk dalam ni yea. Kalau tak x boleh masuk......tinggal dalam cave ni jerlah. Tak payah balik Malaysia. Boleh YB Yosri???
masa keluar dari gua nie terjumpa budak comel nie kat luar. Comel kemerah-merahan kulit dia..geram tengok. Tetiba terasa nak amik anak angkat Turki. Hasan...tolong carikan utk kami.
ok Linda dah dapat anak angkat. I is jeles hokay!!!!!!
Habis jer menjelajah dalam cave ini.....kami tetiba rasa kepenatan dan perut pun dah lapar bebenor. Ohhhh rupanya dah tengahari lunch time ketika ini. Tak sedar plak...sebab cuaca sejuk jer...tak rasa panas langsung.
Masa kami nak balik ke bas...tetiba kami ternampak sebuah kedai meniaga barang2 kraf buatan Turki. Group cik kiah serbu kedai ni sebab dia jual murah sangat. Kedainya kecik jer....barang pun tak banyak pilihan. Tapi disebabkan harganya murah...kami pulun membeli. Tak tentu hala kejap taukeh kedai sebab ramai serbu kedai dia. Dia jadi serba tak kena.....terkezut kot. Memang orang Malaysia ni giler berbelanja kan. Pantang murah...pakat semua nak beli. Orang lain beli....kita pun rasa nak beli. Fuhhhh...orang Malaysia memang kaya raya. Alhamdulillah.
Then...Hasan kata jom kita gi makan tengahari pulak. Ada yg soksek kat aku....ada tempat shopping lagi tak...hehehe. Aku bgtau Hasan....mereka semua tak puas bershopping.....nak juga cari kedai. Hasan pun pening....shopping...shopping....shopping. Dont worry guys...kat tempat makan kejap lagi ada tempat shopping. Semuanya hooorayyyyy....hahahaha.
Next entry aku sambung lagi.
Terjadi satu kejadian....tetiba aku dan suami kena tarik. Puas menolak....kena tarik juga. Agak2 siapa yg tarik kami yea? Kejadian mulut melopong pun akan aku ceritakan next entry. Jangan terhenti di sini bacaan anda....ada banyak lagi entry2 menarik turkey trip ini. Muahhhhhh.
p/s - masih menghitung hari demi hari
Next trip pergi ke Jepun kan? Saya baru je balik dari sana (10D9N) ...... Norliza
ReplyDeleteNorliza -
ReplyDeleteHahahaha...rahsia. Tak boleh cakap skrg.
Wahhh bestnya baru balik Japan.
Salam.... boleh akak tau, group trip syalina akan pegi mana tahun depan? maybe akak nak join.. hehehhe.
ReplyDeleteSaya pun baru balik dr Jepun..bestttt sesangat...tp sayang tk sempat merasa salji pertama kt Tokyo sebab masa tu dah gerak ke Osaka...
ReplyDeleteLiza -
ReplyDeleteSaya buat trip ke
italy Mac dan turki april...tapi dah penuh...minta maaf.
saya akan buka lagi yg lain..nanti sy share di blog.
Sha -
ReplyDeletebestnya gi jepun. Sy x pernah gi lagi. Insyaallah one fine day.