Hari ke -1 di bumi Turki.
Dari Tehran flight delay lebih kurang sejam macam tu. So, kami sampai di Attartuk International Airport iaitu di Istanbul lebih kurang pada jam 9.30 pagi. Lepas berhenti sebentar di toilet dan cop passport kami mula bergerak ke tempat mengambil bagasi. Cari punya cari dan cari punya cari. Semua orang dah dapat bagasi masing-masing tapi tour leader merangkap tuan empunya blog ini tidak jumpa luggage dia. Yang jumpa hanya satu luggage sahaja. Satu lagi beg tidak jumpa. Aku mula cuak tapi air muka tetap aku control. Aikkk....camana boleh berlaku ni. Puas kami pusing tempat bagasi ni untuk mencari beg yang satu ni....masih tidak jumpa.
Di dalam hati ini berkata-kata. Apa agaknya salah aku yea...adakah aku dah buat satu kesalahan hingga Allah uji aku begini. Puas aku merenung dan berfikir. Hanya Allah yang tahu apa yang aku dah buat silap. Sambil mencari beg....aku istighfar banyak-banyak sambil berdoa dalam hati.
"Ya Allah jika ini ujianMu....ampunilah dosaku Ya Allah. Permudahkanlah urusanku di sini dan berikanlahku kekuatan".
Setelah puas mencari...akhirnya kami berdua buat report di Kaunter Lost & Found. Alhamdulillah kerjasama yang sangat bagus diberikan oleh petugas di situ. Then...kami segera beredar di situ dan menuju ke pintu keluar. Kesian tour guide kami mungkin dia dah lama menunggu kami di luar. Ahli group yang lain semua dah dapat beg masing-masing.
Kami disambut oleh tour guide yang ditugaskan untuk menjaga kami dari hari pertama hingga hari terakhir di sini. Nama guide kami ialah Hasan Uzun. Nanti aku cerita serba sedikit tentang Hasan ni di entry akhir. Hari pertama tak boleh nak menilai sama ada dia bagus atau tidak....hehehe.
selamat sampai di Istanbul...alhamdulillah
kami di luar airport sambil menunggu bas sampai.
yang baju coklat membelakangkan camera tulah tour guide kami.
nampak tak...Hasan dah panggil sambil angkat tangan...bas kami dah sampai.
orang lain sibuk susuh bag dia sibuk peace pulak hahaha. Perkenalkan...inilah tour leader group ni.
Amboi Ila.....sempat lagi jeling ke camera.
driver bus kami namanya Syukri....dia yang tolong susunkan beg kami masuk dalam bas. Bagus dia ni.
Tadaaaaa....inilah tour guide kami Hasan. Masa ni kami dah sampai di kawasan Sultanahmed iaitu kawasan pelancongan yang terkenal. Di sinilah terdapat Blue Mosque, Topkapi Palace, Hagia Sophia dan Grand Bazaar. Dari airport ke tempat ini mengambil masa setengah jam jika tidak traffic jammed.
En Bos bersama 3 orang mummy kami yg hebat
Yang di sebelah kanan sekali tu ialah daddy kami atau gelaran popular di kalangan kami di sini ialah YB Yosri. Datang sini lone ranger ajer hehehe.
Tempat pertama yang Hasan akan bawa ialah Topkapi Palace
Hasan sedang memberi penerangan tentang tempat ini dan serba sedikit sejarah tentang Istanbul.
Jom kita gerak ke Topkapi Palace. Kalau musim sejuk...pokok-pokok ni akan togel tanpa daun.
Ketika kami sampai ni actually dah masuk musim autumn sebab daun-daun dah start warna kuning. Tapikan...cuacanya masih panas lagi. Hampir 30C dan matahari terpacak di atas kami. Memang agak tidak selesa bagi aku yg tak suka travel musim panas. Rasanya inilah first time aku travel musim panas. Selalunya kalau ke Europe mesti aku pastikan musim sejuk atau bunga.
ticket untuk masuk ke dalam Topkapi Palace. Harga ticket ini dah termasuk dalam pakej. Dah tak perlu bayar apa-apa lagi. Cumanya aku tak pasti berapa harga ticket ini.
Topkapi Palace ini merupakan kediaman rasmi Kesultanan Uthmaniah selama lebih 600 tahun lamanya. Pembinaanya telah bermula pada tahun 1459 pada zaman pemerintahan Sultan Mehmed II. Istana ini terdiri daripada 4 dewan utama dan banyak bangunan-bangunan kecil di sekitarnya. Pernah suatu ketika istana ini pernah dihuni oleh 4,000 orang di dalam nya.
Selain menjadi tempat kediaman kerajaan, istana ini dijadikan tempat acara-acara rasmi kenegaraan dan hiburan. Sekarang ia telah menjadi museum yang menjadi tarikan pelancong. Di dalam ini juga ada bahan peninggalan Islam zaman nabi dulu...diantaranya ialah pedang dan jubah Nabi Muhammad.
posing depan pintu masuk istana.
Hasan beri penerangan tentang sejarah Topkapi dan dia beri kami masa selama sejam di sini. Meeting point dia akan bagitau di mana.
sebaik kami masuk dalam istana ni...wahhhhhh dah nampak Selat Bosphorus. Cantiknya. Di sebelah sana ialah Turki belah Asia dan kami sekarang ni berada di Europe. Nanti aku cerita tentang sejarah Turki ni.
lautnya biru dan sangat mendamaikan.
kasi close up sikit. Kecantikan Istanbul dibantu dengan kecantikan air laut yang membiru warnanya. Duduk tepi cafe mengadap laut ni sambil minum coffee atau apple tea...fuhhhh memang romantic uolsss.
agaknya raja-raja dulu yg menginap istana ni setiap hari tengok laut cantik ni kan. Memang tempat ni sangat best.
cantiknya senibina ceiling istana raja ni.
di dalam museum ini juga ada Al-Quran gergasi seperti gambar di atas. Sebenarnya tak boleh snap photos...tapi En Bos telah mengambil gambar secara senyap2 guna Gopro
Jubah zaman nabi dulu.
pedang Nabi zaman dulu...gambar tidak berapa clear masa snap ni secara diam-diam hehehe.
jom kita balik....setelah puas meneroka setiap sudut di dalam istana ini. Besar giler istana ni.
Sebaik kami keluar dari Topkasi Palace...boleh nampak Hagia Sophia. Kami tidak masuk pun dalam ni sebab sedang di dalam renovation.
Masa untuk lunch. Hasan bagitau...kita kena jalan kaki sikit untuk ke restaurant.
di tepi-tepi bangunan area ini banyak orang meniaga roti Turki yang terkenal ini.
sambil jalan kaki aku sempat snap kedai-kedai souvenirs yang berhampiran.
ahli rombongan masing-masing duk menjeling ke kedai. Aku bgtau jangan shopping lagi...nanti last day baru kita shopping kat sini lagi.
Turki memang terkenal dengan ais krimnya yang sedap tu. Bila cuaca panas mcm ni sedap sungguh kalau dapat makan ice cream. Tapi apakandaya kami rushing ke restaurant skrg. Simpan dulu niat nak makan ice cream.
wahhhh... dah nampak Blue Mosque. Hasan kata nanti lepas lunch kita solat di masjid ni.
kami mengambil gambar kenangan beramai-ramai di luar masjid ini. Nanti kalau dah sampai sana tak lalu dah tempat ni.
Baru beberapa jam kami berada di bumi Turki ini...aku dah rasa selamat berada di sini. Syukur pada Allah walaupun pun baru hari pertama kami di sini.....keadaan di sini sangat aman dan seperti tiada ada apa-apa yang berlaku. Aku lihat rakyat Turki bebas bergerak ke sana sini tanpa rasa takut. Cumanya pelancong agak berkurangan datang ke Istanbul sejak peristiwa rampasan kuasa tentera yang lepas. Satu advantage kepada kami sebagai pelancong ialah kami berasa agak privacy, bebas dan tidak berebut-rebut dengan pelancong lain untuk masuk mana-mana tempat lawatan. Rasanya masa ni hanya group kami pelancong dari Malaysia.
Sempat berbual dengan Hasan, dia kata sejak peristiwa bom dan rampasan kuasa tentera tu memang pelancong dah tak datang ke Turki. Dia sendiri dah 3 bulan tidak bawa pelancong....last masa bulan June yang lepas. Memang industri pelancong mereka merudum amat dahsyat sejak peristiwa itu. Sekarang ni baru nak start perlahan-lahan semula. Jom kita support industri pelancongan mereka...kita support negara Islam.
Jangan terpedaya dengan berita-berita di media yang menakut-nakutkan kita tentang keselamatan di Turki. Kekadang tu media sengaja melebih-lebih kan isu tentang berlakunya kejadian bom...padahal sikit jer pun. Berlaku plak di daerah sempadan yang tidak terkenal. Pelancong memang tidak lalu daerah-daerah tu. Orang Turki kata media barat sengaja membesarkan isu itu sebab mereka sengaja nak menghancurkan negara Islam yang maju macam Turki.
Memang rugilah kepada kaki-kaki travel yang belum menjejaki Turki. Pakej menarik, mewah dan berbaloi-baloi dengan harga. Kalau you all pergi secara backpackers ke sini...memang tak dapat nak menampung harga yang aku tawarkan kalau join pakej aku. Malah kos anda makin bertambah.
rakyat Turki bersantai di sini...
alhamdulillah aman damai dan sangat selamat di sini
tram di dalam bandar Istanbul
untuk memudahkan anda bergerak ke sana sini dalam bandar Istanbul,...digalakkan menaiki tram. Mudah, cepat dan ringkas.
bigbus pelancong pun ada di sini...cuma aku tak pasti berapa harga
Hipodrom Constantinopel
aku just nak ingatkan kepada yang nak berjalan kaki di kawasan sultanahmet ini...agar badan anda sentiasa fit. Sebabnya jalan di sini agak berbukit-bukit. Kena banyak berjalan. Sebab setiap attraction berdekatan antara satu sama lain. Ok...kami dah sampai ke restaurant utk lunch.
perut dah lapar....menunggu makanan.
ketika sampai di restaurant ini tetiba Hasan memanggil aku sebentar. Jap aku citer di bawah ni.
sedapnya dapat makan roti nan. Fresh from oven. Aku perati jer dari jauh roti tu. Sebabnya aku ada hal nak diuruskan masa ni ...apakah itu?
Sebaik sampai di sini....tetiba Hasan memanggil aku dan berkata sesuatu. Dia kata luggage aku dah dijumpai. What???? Alhamdulillah syukur sangat. So...dia suggest aku pergi ke airport sekarang juga. Dia akan carikan teksi untuk aku dan seorang staff restaurant ini untuk temankan ke sana. Maklumlah tidak semua orang Turki boleh berbahasa Inggeris. Mahan Air kata mereka tiada service penghantaran luggage. Gitu plak. Memang menyusahkan kita nak ke airport plak.
Sebelum ni masa di airport aku ada memberi number phone Hasan kepada orang yg mengambil report kehilangan beg aku tu. Nasib baik aku simpan number dia...agent dah bagi number tour guide awal lagi pada aku. So...bila beg dah dijumpai...mereka terus hubungi Hasan. Syukur sangat. Memandangkan kami dah kesuntukan masa...Hasan suggest aku dan En Bos untuk pergi ke airport naik teksi.
So, ahli rombongan kami dia akan jaga. Lepas makan mereka akan ke Blue Mosque. Kami berdua dan seorang staff restaurant menaiki teksi ke airport. Nasih baik jalan tak berapa jammed masa ni. Di luar airport ada phone booth utk call staff di dalam jika kita nak masuk ke dalam. Kalau lah staff ni tak ikut kami...susah juga nak berkomunikasi dgn staff airport tu.
Sebaik sampai dalam office lost and found...akhirnya kami jumpa luggage kami...alhamdulillah. Entah manalah tercampak luggage kami ni. Dalam kepala duk berfikir...kalaulah tak jumpa jugak jawabnya kena gi kedai cari seluar En Bos. Sebab dalam luggage tu semuanya jeans, jacket dan makanan. Luggage satu lagi hanya baju kami berdua sahaja.
Dalam teksi menuju ke airport. Kami patah balik semula ke area sultanahmet selepas selesai mengambil luggage tu. Jumpa balik dengan group di sini. Hasan dah pack kan untuk kami makanan tengahari. Lapar sangat masa ni.
Bas meneruskan perjalanan ke Bolu. Ia mengambil masa 3 jam ke sana. Hasan kata dia tak nak sampai lambat ke sana sebab dinner telah disediakan jam 7 malam. Jika kami sampai lewat....dinner restaurant tu dah tutup nanti. Sambil makan makanan yg dah dipack tadi dalam bas....kami snap gambar di sekitar sini.
ramainya manusia di sini.
ramai yang memancing ikan di Selat Bosphorus ini.
Nampak tak belah kanan tu. Itulah Fateh Sultan Mehmet Bridge yang menghubungkan antara benua Asia dan Eropah di Turki ini. Menurut Hasan jambatan ini telah ditukarkan kepada nama baru. Lupa plak dah nama barunya. Ia sempena dengan peristiwa yang berlaku di Istanbul baru-baru ni.
nampak belah sana tu...tulah dia benua Asia. Ia dipisahkan oleh Selat Bosphorus.
kami sedang melalui bridge ini.
dinner kami di Bolu. Banyak fresh fruits. Bestnya.
Tepat jam 7 malam kami selamat sampai di Bolu. Kami menetap di sebuah resort terkenal di sini iaitu Vonresort Abant. Bolu ialah kawasan peranginan tanah tinggi yang terkenal...yang paling hampir dengan Istanbul. Kalau hujung minggu warga Istanbul memang suka bercuti di sini. Tempatnya sejuk dan tanahnya subur utk tanaman buah. Kalau musim winter...tempat ini dipenuhi dengan salji.
Kami menikmati dinner di resort ini. Cumanya restauran dan bilik agak jauh sedikit. Malam tu nasib baik ada buggy car hantar kami ke bilik. Sejuk pulak masa ni.
manisan yang terdapat di sini. Menurut Hasan...makanan di sini antara yang terbaik dia pernah rasa sebab chefnya agak terkenal juga. Desert memang sedaplah kat sini. Buah anggurnya manis giler.
kami menikmati dinner beramai-ramai. Mata dah ngantuk....esok pagi kami nak gerak awal plak.
Bilik kami sangat selesa dan besar. Tidur nyenyak giler malam tu.
Selesai sudah acara untuk hari pertama kami di Turki..alhamdulillah. Nampaknya dalam keletihan ahli rombongan seharian dalam flight dan tak cukup tidur tetapi masih terpancar aksi happy di wajah masing-masing...seperti tidak sabar menunggu hari esok. Ada yang tak sabar-sabar nak shopping...siap tanya aku bila kami boleh shopping ni hahahah. Sabor yea kak.
Esok pagi kami nak bergerak ke tempat lain pulak. Pukul 6.30 pagi kami kena bersiap untuk breakfast dan 7.30 pagi bertolak ke daerah lain pulak. Suatu kejadian lucu berlaku di satu daerah ini. Apakah agaknya? Tunggu next entry plak yea...hehehe. Sajer nak suspen lagi.
p/s - menghitung bulan untuk next trip hehehe...lamanya
besh sgt baca entry psl ur turkey trip ni..moga2 dpt jejak kaki kat sini one day...my hubby's wishlist tp bajet lom mengizinkan
ReplyDeletemama zharfan -
ReplyDeleteInsyaallah byk lg trip ke turki saya akan buat. Nanti bila budget dah mengizinkan..calling2 kita yea.