Hari ke 2 kami di bumi Turki.
Sekarang ni berada di Bolu. Tidur sangat nyenyak malam tadi. Cuaca pulak sejuk...aduhhh rasa nak sambung tidur lagi. Jam 6.30 pagi kami dah keluar bilik untuk ke hotel cafe for breakfast. On the way ke cafe tu kami jalan-jalan menikmati keindahan resort ini, Punyalah banyak pokok buah-buahan di sekeliling resort ni. Ada pokok buah peach, buah lai dan buah apple. Geram tengok uolss. Nak petik tapi pokoknya sangat tinggi tak sampai nak hulur tangan.
Nampak keceriaan di wajah setiap ahli rombongan pada pagi ni. Masing-masing dah cukup tidur, cukup rehat dan bersemangat nak memulakan perjalanan hari ini. Bila tengok semua ceria...aku pun jadi ceria juga.
Tak percaya? Cuba tengok gambar kat bawah ni. Tersenyum lebar semua....happy jer.
keriangan dan keceriaan di wajah mereka......
kami berdua laki bini pun ceria juga. Jom kita mulakan hari ini dengan hati yg lapang dan fikiran yang terbuka...jiwa pun tenang...alhamdulillah
tengoklah resort ini....cantik dan tenang jer, Pokok buah2an di sekeliling tu. Kalau winter...tempat ni penuh dengan salji.
2 tingkat sahaja...buka pintu kaca tu...ambil angin pagi di luar...memang nyaman jer pepagi.
ada buaian uolsss.....apakandaya kami dah kena berangkat pagi ni. Tak puas nak bercanda sambil main buaian dengan cik abe i kat sini hehehe.
cuba teka buah apa tu? Itulah buah apple. Petik dan terus makan. Ya Allah sedapnya..manis dan crunchy sangat. Walaupun saiznya comel ajer....tapi aku tetap puashati dapat makan apple fresh dari ladang. Pokoknya tinggi...kena minta tolong my uncle petikkan.
dah siap breakfast...jom kita siap2 naik dalam bas.
sebelum naik bas...Hasan dah pesan untuk check luggage masing2 ada di bawah ni.
oppsssss.....siapakah itiewww???
tengok tu baru 2 hari di Turki...semua dah tak sabar2 nak bergambar dengan Hasan. Nanti tengoklah esok2 pula. Nasib baik free...haha.
Di sebelah aku tu Kak Zuraida. Sebelum ni dia join trip ke India dan kali ni dia join sekali lagi ke Turki pulak... tqsm kak zue....lepas ni join lagi trip saya yea kak...Europe April 2018 jom kita. Disebelahnya ialah Kak Nani...teman sekerja Kak Zue. Suka saya tengok kakak2 ni cerita pagi tu.
Ke manakah destinasi kami pagi ni. Kita ke Ankara............jommmmm
Hari yang indah...perjalanan yang lancar...cuaca yang cerah....suasana yang nyaman....semuanya perfect. Siapa kata Turki tak selamat? Alhamdulillah perjalanan kami berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yg tidak diingini. Saya rasa sangat safe masa ni.....syukur sangat. Cuba tengok highway di sini,,,,,view memang terbaiklah!!!
Kami sedang berada di Mustaffa Kamal Attaturk Memorial yang terletak di Ankara. Serius aku cakap,,,,tempat ni tak ramai orang. Sunyi. Even tourist pun tak ramai. Cuba tengok pic ni...hanya group kami berada di sini. Ikut experience orang lain yg pernah ke sini...ada juga yg tidak dapat masuk sebab tutup jalan atas faktor keselamatan dan juga ada yg berlaku kesesakan untuk naik ke atas. Tapi...cuba tengok rezeki kami pada hari ini.....Alhamdulillah syukur sangat...Allah permudahkan urusan kami di sini.
Hasan sibuk menceritakan tentang memorial ini dan kenapa attartuk sangat hebat di mata rakyat Turki. Tetapi ahkak sibuk selfie kannn. Malas nak dengar pasal attarturk ni...dah byk baca ttg pemerintahan kerajaan sekular dia. Aku pernah argue dengan tour guide masa aku gi Turki sebelum ni....but then mereka masih tetap pertahankan pemimpin itu. Kali ni...ahkak malas dah.
tengoklah ahkak dan abam tetap nak selfie dengan abang polis guard ni. Muka dia tegak jer hehehe.
Walaupun ketika ini panas terik tapi angin tetap kencang. Tak berpeluh langsung.
Nampak tak orang lain? Boleh dibilang dengan jari. Sumpah tak tipu.
Masa ni kami nampak polis guard ni tengah berkawat....barulah nampak tourist lain mula kerumun mereka untuk bergambar. Tapi tetap aku rasa tak ramai. Kebanyakan ialah local tourist.
Hasan bgtau...kat Turki ni rakyatnya diwajibkan sertai national services selepas habis sekolah. Walaupun dah kawin atau dah kerja...memang wajibkan. Kalau tak silap 5 bulan mcm tu. Betulkan aku kalau silap yea.
jom kita masuk dalam...apa yg best sangat pasal attarturk ni.
walaupun tak suka pemimpin ini...tetap nak bergambar sama kan...hahahaha. Ikutkan tak boleh mengambil foto di sini....tapikan En Bos ni kan paparazzi,
orang tak ramai....rombongan kami yg bolot segala ruangan
Siapakah Mustaffa Kamal Attartuk ini?
Orang turki kagum dengan dia ni sehingga digelar Bapa Permodenan Turki. Dialah yg mencetuskan gerakan Turki muda dan akhirnya telah berjaya menjatuhkan institusi Empayar Uthmaniyah dan menghapuskan sistem kesultanan di Turki ini. Kenaikan dia bukan menyatukan umat Islam malah telah menjadi agen tali barut yg menghancurkan Islam.
Malas nak cerita panjang lebar. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi boleh google di internet. Tapi yang pastinya aku boleh lihat perubahan pada rakyat Turki 8 tahun lalu semasa aku pertama kali ke sini dan dibandingkan ketika aku sampai kali ini. Dulu nak tengok rakyat yg bertudung memang susah dan setiap kali kami berhenti solat di surau atau masjid memang boleh dikira dengan jari yang solat...tapi sekarang ni alhamdulillah rakyat Turki dah mula mendalami Islam. Masjid pun dah penuh dgn rakyat mereka dan malah yg paling aku terkejut masa nak ambil wuduk di salah sebuah masjid ramai wanita2 turki yg penampilan agak moden tapi tetap berhenti ambil wuduk dan solat. Yang pakai hijab pun makin ramai. Dulu yg pakai hijab ialah golongan tua sahaja tetapi sekrang dah banyak berubah. Anak2 gadis ramai dah bertudung. Orang yg meniaga tudung turki pun melambak2. Dulu.....memang susah nak jumpa. Syukur alhamdulillah suatu perkembangan yg sangat positif.
gambar agak blur sbb pencahayaan kurang ...maklumlah curi2 snap gambar.
dia ni yang mengubah Turki mejadi kerajaan sekular.
di sini dimana segala merchandise berkernaan attartuk di jual. Sempat beli sekeping FM hehehe.
ada yg kata mayat dia tidak diterima bumi masa nak dikebumikan. Tapi Hasan kata dia ditanam di tempat yg tinggi ....bukannya tidak diterima bumi. Lantaklah......hanya Allah yang mengetahuinya.
tomb of attarturk
jom kita balik...dah habis kita jelajah tempat ini. Oh yea lupa nak cerita. Memang agak penat juga nak jalan di sini dari panjat bukit hinggalah panjat tangga. Memang agak memenatkan dengan keadaan cuaca yg panas mcm ni. So, aku dah bagitau awal2 pada ahli rombongan jika ada yg tak larat jalan boleh tunggu di bas.
masa nak tengok tomb tu aku malas nak panjat ke atas tu...aku suruh en bos gi sendiri. Malaslah...dulu dah pergi pun. So aku duduk kat bawah ni sambil melepak dengan ahli rombongan yang lain.
kami sambung lagi perjalanan. Kali nak pergi makan lunch plak. Ankara merupakan bandar kedua terbesar di Turki selepas Istanbul. Di sini juga merupakan pusat pemerintahan dan pentadbiran Turki. Kita punya embassy pun ada di sini. Jalan raya agak jammed juga ketika kami sampai di sini.
bangunan di sini semuanya mesti ada gambar attaturk. Bagi mereka....Turki moden sebab dia. Hmmmm.
bandar Ankara
kami makan lunch di salah satu restaurant yang terletak di dalam hotel ini. Untuk pengetahuan semua...makanan Turki tidak pedas tau. So,,,kalau datang sini kena bawa sambal pedas dari Mesia. Aku bawa sambal bilis berapi....memang pedih mulut lepas makan hehehe. YB Yosri suka sambal bilis ni sampai tak boleh berkata-kata...pedas katanya hehe.
makanan turki mesti ada cheese, yogurt, salad, olive oil,.....memang sesuai untuk mereka yang diet. Memang betul2 healthy food. Fresh fruit memang wajib ada....yang best pergi musim ni ialah banyak fruits yg baru dipetik.
baru hari ke-2...semangat nak makan makanan turki. Tapi lepas hari ke 5 tekak dah rasa lain macam...masa ni teringat nasi lemak, roti canai dan sambal.
baru hari ke 2 tapi dah nampak kemesraan di antara mereka...makin rapat. Alhamdulillah ukhuwah yang sangat indah. Dah boleh bergurau senda...tidak lekang kami ketawa berdekah-dekah.
Ok aku stop sampai di sini dulu. Next entry aku sambung lagi dengan kisah-kisah lebih menarik. Banyak gambar nak dikumpulkan ni. Insyaallah pelan-pelan aku update. Next entry plak kisah lucu yg membuatkan kami tertawa bila diingatkan balik. Apakah itu. Next entry yea.
p/s - lambatnya tunggu bulan Jan. Apakah?
SERONOKNYA tengok dah lama nak pergi tapi belum lagi kesampaian. Bukan ker dengor citer Kamal Ataturk tu mayatnya tak diterima bumi. entah yerk. jemput singgah kat blog akak dan follow akak.
ReplyDeleteInsyaALLAH ada rezki lebih & bdn sehat pasti akn ikut lg trip Leez yg seterusnya...sbb amat2 puashati dgn service yg diberikan
ReplyDeleteliz, april 2018 gi eropah belah mana?? nak ikut..
ReplyDeletetelekungmusleema -
ReplyDeleteyea kak....katanya mayatnya tak diterima bumi. Tapi org sana menafikan.
kak zuraida -
ReplyDeletetqsm kak, ada rezeki kita boleh jalan2 lagi insyaallah.
ameris -
ReplyDeleteikut perancangan nak ke London-paris-amsterdam.
april 2018