Salam semua.
Salam Aidilfitri.
Lama betul blog ni tidak diupdate. Sebelum raya busy sangat dengan cookies. Dah siap half entry tapi terpaksa edit balik intro ni. Kita citer pasal raya plak. Kisah puasa dah basi hehehe.
Salam Aidilfitri.
Lama betul blog ni tidak diupdate. Sebelum raya busy sangat dengan cookies. Dah siap half entry tapi terpaksa edit balik intro ni. Kita citer pasal raya plak. Kisah puasa dah basi hehehe.
Masih lagi hari ke-4 kami di Gulmarg.
Sebelum kami naik ke atas, Mr. Farooq ada bgtau untuk sampai ke kawasan gondola kenderaan tidak dibenarkan masuk kecuali kalau kita menginap di hotel sana. Ada 2 cara samaada dengan berjalan kaki atau menaiki pony. Hmmm...macam-macam cara mereka nak buat duit. Apalah salahnya hantar sampai ke destinasi. Tak payahlah kami nak turun naik kenderaan lagi. Rupanya mereka nak bagi business kepada orang lain. Maknanya sub pada orang lain. Hmmm menyusahkan pelancong sungguh. Kalau nak berjalan kaki lebih kurang 15 minit perjalanan menurut kata Mr. Farooq.
Bila aku memikirkan ada beberapa orang ahli group yang tak larat nak jalan jauh...aku jadi susah hati. Takkanlah mereka nak naik pony kot. Then, aku berbisik dengan Mr Farooq please settle this problem. Jika mereka mahukan wang...bagi ajerlah. Ding dong ding dong antara driver van dan penjaga gate akhirnya kami lepas juga. Aku tak pasti berapa tips yang dikenakan. Everything tips di sini....letih ahkak.
Alhamdulillah kami selamat tiba di depan hotel.
Di pintu halangan ini lah yang kami tidak dibenarkan masuk. Hanya yang menginap di hotel sahaja dibenarkan.
Kalaulah kami kena berjalan kaki di sini....bukan 15 minit uolsss. Tapi makan sejam jugak tu. Gilossss.
permandangan beberapa hotel penginapan di sini. Terdapat lebih 80 jenis hotel di sini.
Nampak tak permandangan gunung di Gulmarg tu.....cantik sangat.
Di sepanjang jalan kelihatan salji yang dah jadi keras. Kalau datang musim sejuk...tempat ini penuh dengan salji.
Kalau nak naik pony....entah berapa jam nak sampai ke gondola entah.
masa ni dah terasa sejuk sangat..........katanya lebih kurang 5C
Di sinilah kami berhenti iaitu di sebuah hotel, Pada mulanya Mr Farooq kata kita naik ke hotel ini untuk ke toilet sahaja. Malumlah bila sejuk sangat mudah sangat terkucil. End up dia kata why not kita makan dulu......then boleh naik gondola. Nak balik lambat pun takpa sebab masing-masing dah kenyang kan.
kami makan tengahari di restoran di dalam hotel ini. Sedapnya....tetiba jadi lapar tengok gambar ini.
Masa ni ada yang sibuk pergi ke toilet dan ada yang dah start makan. Makan sampai kenyang sebab nanti kat atas sana takda makanan. Maklumlah cuaca sejuk memang mudah lapar.
muka lapor hehehe
Aku jadi rindu dengan makanan di sana. Sedap sangat dan memang lain sikit dengan makanan India di tempat kita.
perut dah kenyang dan masing-masing dah ready dengan winter jacket masing-masing dan bergaya "kasut" yang cantik itiewwww....hehehe.
menunggu masa untuk bermain ski hehehehe. Jangan tak tahu.
gambar ini diambil dari atas hotel. Nampak serpihan salji yang dah mengeras
semua orang dah turun dan stanby untuk bergerak ke tempat gondola. Kena jalan sikit dalam 5 minit ajer
memang rezeki kami tak perlu beratur panjang untuk menaiki gondola. Mereka ni beratur sebab menunggu beberapa orang yang lambat sampai. Terpaksalah En Bos menunggu mereka.
ketika ini cuaca hujan renyai-renyai. Dua hari lepas iaitu hari pertama kami sampai...ada group yang menunggu sampai 2 jam beratur nak naik gondola. Pulak tu masa tu hujan lebat di sini. Basah kuyup mereka. Memang rezeki kami ketika ini sebab tak perlu beratur panjang dengan group lain. Masa ni group kami ajer di sini. Alhamdulillah. Setakat hari keempat kami di India ni..memang semuanya berjalan dengan lancar dan Allah permudahkan perjalanan kami. Syukur.
Tips nak naik gondola di Gulmarg ini.....jangan datang pada hujung minggu.....memanglah beratur panjang.
posing jangan tak posing. Terasa sejuk masa ni.
beratur menunggu turn untuk naik atas menaiki gondola
Rindunya dengan kawan-kawan this trip
seorang demi seorang untuk naik ke dalam gondola
tour guide di Gulmarg ini uruskan semuanya di sini. Ticket untuk naik gondola ini termasuk dalam tour package. Semua mereka yang akan uruskan.
alhamdulillah selamat dah masuk ke dalam gondola. Boleh muat 5-6 orang untuk setiap unit.
tersenyum lebar Mr Farooq (belah kiri sekali)
Bila tengok gondola ni teringat kat cable car Genting Highland....memang lebih kurang jer. Mengambil masa 5 minit menaiki gondola hingga ke 2nd phase.
Sebaik turun dari gondola. Kabus dan sejuk. Kalau musim sejuk camanalah agaknya yea, Orang memang ramai. Bukannya ramai pelancong tapi ramai orang mereka.
kelihatan ramai betul orang tempatan di sini. Mereka mencari rezeki dengan menyediakan perkhidmatan menyewa perkakasan utk bermain ski dan sledge.
jika ada yang berhajat untuk bermakin bolehlah sewa perkakas ski di sini...murah jer jika dibandingkan sewa di Korea atau Europe
Yang meniaga air dan makanan pun ramai. Tapi aku nasihatkan jangan lah membeli di sini....takut tidak serasi dengan perut kita...walaupun minuman botol disediakan.
nampak tak rail gondola dalam gambar ni. Tapi yang ini open gondola. Aduhhh tak sanggup nak naik dengan keadaan cuaca sejuk macam ini.
sebaik kami sampai di sini.....aku jadi pening kepala. Macam nak bergaduh situasinya. Padahal kami dah pn booking awal untuk menyewa sledge. Tapi cara approach mereka pada kita mcm nak gaduh besar. Aduhhhhh....gitiewlah cara orang sini.
Tengok tu mawar dah standby dengan monopod. Kelassss uolsss.
hasil gambar yang diambil dengan menggunakan monopod. Keadaan huru hara di belakang tu yang tak tahan tengok. hehehe
hahaha lawaklah emma dan born. Siap ada tukang tolak dari belakang tu. Jangan tak tau...kalau nak tukang tolak dari belakang tetap kena bayar yea....bayar tips. Born tengah setting monopod lah tu hehehe.
Aunty As and Asni bersedia untuk bergerak. Gambar lawak aunty saya tak masukkan di sini yea...jangan takut hehehe.
En Bos bersedia untuk naik sledge ketika ini. Wife dia kat mana yea??? Entah hilang ke mana agaknya.
Tengok tu.....dengan awek lain plak dia bersledge hehehehe.
Yehaaaaa...kami dah sampai ke atas. Apalagi...jom kita posing. Tengoklah telatah mereka. Happy sangat tu.
seronok semua bermain dengan salji.
macam-macam aksi dan posing. Semua happy...saya pun turut happy.
tuan tanah barulah nak bergambar.....setelah selesai settlekan permainan sledge tadi. Sekarang masa untuk berposing.
ehem...ehem....salji putih menjadi saksi cinta kami...wallaaaaaaaa.
ketika ini...sejuk sangat dan keadaan berkabus...rupa-rupanya
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
salji turunnnnnnnnnnn.......bestnya. Pengalaman yang indah.
nampak tak butir-butir salji turun sudah kelihatan. Happy cik abe saya. Kenangan yang tidak dapat dilupakan.
dah start nak main ski plak dia...hehehe.
yang ni plak dah start berposing dan terbaring sakan atas salji.
Hahahaha...tu dia siap berbaring atas salji. Happening lah uolss ni.
salji turun makin banyak tapi tidaklah berapa lebat. Tetap menggembirakan semua ahli group
mengabadikan gambar kami beramai-ramai untuk kenangan. Kashmir yang indah.
tetap nak berganbar dengan salji tu....padahal sejuknya sukar digambarkan.
hujan salji di negara orang tapi hujan lebat di negara sendiri...ehhhh!!!!
background gondola
jom balik menuju ke van
masih ada saki baki snow yg keras
Mr Farooq memberi kebebasan kepada kami bermain salji sehingga puas. Bila semua dah tak larat...barulah kami perlahan-lahan berjalan kaki menuju ke gondola. Aku perhatikan semua dah mcm kepenatan dan masing-masing tak sabar nak balik. Bukan sajer penat tetapi kesejukan pun juga.
En Bos mengalami kekejangan otot pada kakinya. Sukar untuk berjalan kerana kesejukan pada kaki...walaupun dah pakai kasut phua chu kang tu. Dari jauh aku nampak dia jalan berjengkut-jengkut dengan dibantu oleh tour guide. Rupanya banyak ais dah masuk dalam kasut dia tu. So...kaki dia dah jadi beku dengan ais. Ya Allah...sampai begitu sekali. Nasib baik tak kena frostbite.
Kami meneruskan perjalanan balik. Van singgah di tempat jualan saree tadi untuk solat. Ada juga yang nak sambung shopping hehehe. Lama juga kami melepak di sini. Setelah puas bershopping barulah kami beredar. Dalam perjalanan pulang aku request nak membeli rempah beriyani. Then, Mr Farooq bawa kami shopping barang-barang runcit di sebuah kedai. Sempat lagi aku membeli beras basmathi dan rempah ratus. Balik di houseboat masing-masing kepenatan.
shopping terakhir sebelum balik ke Delhi esok
entah apalah yang dibualkan oleh mereka bertiga ni. Muka masing-masing mcm serius jer
Untuk entry akan datang ke manakah kami? Agak-agaknya apa yang berlaku di airport semasa kami pulang? Nak tau ceritanya...tunggu next entry. Banyak lagi entry nak dihabiskan ni .... aduhhhhh.
p/s - ke manakah destinasi kami berdua selepas ini?
saya nampak JM di situ :D
ReplyDeleteMy eyes focus to JM... He He He...
ReplyDeletewahhh...banyaknya gambar menarik...
ReplyDeletemain snow...best jugak kahsmir kan...
Salam Aidilfitri
p/s: entri terbaru di cik-anne.blogspot.com