Salam semua.
Tak sabar rasanya nak habis entry India ni. Kalau dah habis akan rasa lega sebab dah keluarkan segala pengalaman yang terpendam dan memori di sana. Selagi masih tersimpan di minda ni...selagi tu rasa tak puas. Untuk pembaca semua....saya akan share pengalaman ini bersama anda semua.
Hari ke 4 kami di bumi India Kashmir.
Dah masuk hari ke 4 kami semua bagaikan satu family. Kami dah bertambah rapat dan dah kenal each other. Walaupun baru 4 hari dah rasa macam 4 tahun rasanya hehehe. Alhamdulillah group yang best dan kami share banyak benda sepanjang 4 hari bersama. Sampai ke hari ini ukhuwah ini masih terjalin. Terima kasih whatsapp group yang mengumpulkan kami semua berkongsi rasa dan pengalaman lalu...masih terngiang-ngiang dalam ingatan.
Hari in kami nak ke Gulmarg. Kawasan pelancongan popular. Pelancong kalau datang Kashmir tetapi tidak menjejakkan kaki ke Gulmarg memang tak lengkap. Boleh dikatakan Gulmarg ialah destinasi wajib jika datang ke Kashmir.
Pagi sebelum bertolak......suasana sunyi dan nyaman. Tenang jer kat sini.
Nampak seperti houseboat ni 2 tingkat......
pendayung shikara sibuk membawa pelancong
Untuk pengetahuan....beginilah bentuk dan panjangnya houseboat dari pandangan sisi. Jika houseboat ini mempunyai 4 bilik...maka saiz lebih panjang .
Awal pagi kami sudah bersiap....naik shikara ke jeti. Pukul 8.30 pagi kami dah bergerak.
Tetiba nampak jiran sebelah houseboat kami ada ramai orang berkumpul. Rupanya ada peniaga datang meniaga barangan souvenirs seperti keychain dan FM. Sempat memborong FM Kashmir di sini. Tapi ....idok ler menarik sangat.....ini ajer yang ada. Semuanya hasil kerjatangan warga Kashmir...ukiran kayu,
Houseboat belah sana pulak...mereka sakan berposing. Semuanya nampak happy dan tak sabar nak ke Gulmarg.....kita main salji lagi. Yang paling kanan sekali tu ialah Ibu Indira....datang all the way from Jeddah because of me and sama-sama nak join this trip. Eventhough kami tak pernah kenal sebelum ini. Kenal di blog ini ajer...lepas tu jumpa pertama kali di KL. Tqsm ibu....support me and sudi join this trip.
Para model kita bergaya sakan di depan camera sementara menantikan shikara. Mr Farroq dah pesan kita berkumpul semua di tempat bas pada jam 9 pagi.
Dalam group kami juga ada 2 orang cik doktor, Salhana dan Ayda dan seorang cik lawyer, Shima. Jangan main-main tau...hebat-hebat belaka mereka ni. Tq iron ladies for joining this trip.
sebaik kami tiba di tempat bas...waduhhhh sudah ramai peniaga kerumun kami. Letih jugak nak melayan. Tapikan aku suggest uols membeli di sini sebab mereka menawarkan harga yang murah. Kena pandai bargain harga semaksima yang mungkin. Cumanya kami tiada masa nak membeli sebab sebaik kami tiba...van dah bersedia nak bergerak. Sehinggakan Mr Farooq terpaksa menghalau mereka ni menghampiri van kami.
Tengok tu En Bos dah kena kerumun. Aunty As pun sempat membeli handbag Kashmir tuuu. Aku pulak sibuk menguruskan ahli group semua dgn memastikan mereka dah ada dalam van sebelum bergerak.
Dari Srinagar kami bergerak ke Sonamarg yang mengambil masa 2 jam untuk sampai. Jaraknya dari Srinagar ialah 52km. Yang membezakan perjalanan ke Sonamarg dan Gulmarg ialah....jalanraya menuju ke Gulmarg lebih besar dan proper sikit. Sebabnya di Gulmarg merupakan tempat tumpuan pelancong dan lebih ramai pelancong ke sini.
Kita akan singgah di Tangmarg terlebih dahulu di mana perjalanan mengambil masa sejam lebih....then barulah naik ke atas yang mengambil masa 30 minit. Perjalanan di sini tak ubah seperti perjalanan kita mendaki Genting Highland. Permandangan sekeliling ialah pokok-pokok pine.
Di Gulmarg juga terdapat lebih 40 hotel dan resort untuk penginapan pelancong. Pelancong boleh bermain ski dan golf yang terdapat di sini. Untuk bermain salji dan bermain ski pelancong kena menaiki gondola yang merupakan gondola tertinggi di dunia. Terdapat 2 phase untuk sampai ke sana.
Dalam perjalanan nampak banyak kenderaan awam ....tengoklah bus awam di sini...sebijik mcm dalam cerita Hindustan. Boleh naik bas hingga ke atas bumbung...siap ada tangga tu. Memang unik India ni. Ini ialah realiti.....bukan fantasi tau!!!
permandangan di bandar Srinagar. Ramai rakyat mundar mandir di atas jalanraya.
kedai di tepi-tepi jalan yang tak ubah seperti pekan cowboy.
tuktuk pun ada di sini. Cuma bezanya di sini berwarna hitam.
Bas mereka yang sangat unik. Hanya di India.
kami sempat merakamkan situasi ini. Menurut kata Mr Farooq...mereka ini bukan penduduk asal Kashmir dan mereka juga bukan Muslim. Orang Muslim Kashmir tidak hidup merempat seperti ini. Mereka datang dari daerah lain dan datang ke Kashmir untuk hidup. They are homeless dan hidup mereka kais pagi makan pagi. Jika musim sejuk bagaimanakah agaknya mereka tinggal? Katanya mereka duduk di celah-celah tanah untuk menahan diri dari kesejukan. Sedih kan melihat kehidupan mereka.
Memang betul kata Mr Farooq.....memang tak pernah nampak orang Kashmir meminta sedekah di sini. Kalau ada pun....mereka bukan orang Kashmir dan bukan penduduk asal di sini. Permandangan seperti ini akan mencacatkan kesucian dan keindahan bumi Kashmir.
Melihat pada pembangunan di sini...agak menyedihkan. Menurut kata Mr. Farooq....hasil pertanian dan pelancongan di Kashmir banyak membantu ekonomi negara India tetapi akhirnya mereka juga yang tidak maju. Tiada pembangunan moden dan mereka seperti tertindas. Kashmir inginkan kemerdekaan sendiri tetapi perebutan antara India dan Pakistan membuatkan kawasan ini menjadi wilayah bergolak. Aku sempat tanya Mr Farooq....kalau ada perlawanan kriket antara India dan Pakistan....orang sini pilih mana? Hahahaha...dia gelak besar tanpa memberikan sebarang jawapan. Tak lama lepas tu aku tanya lagi.,,,akhirnya dia mengaku mereka lebih suka hidup sebagai negara Islam dan tentulah Pakistan menjadi pilihan.
Anggaran penduduk Kashmir ialah lebih kurang 5 juta. Kalau you all perasan nama-nama kedai di Kashmir ini adalah dalam bahasa Inggeris bukannya bahasa Hindi atau Urdu. Sebabnya.....Kashmir ialah kawasan pelancongan. Majoriti rakyat di sini fasih dalam English.
Walaupun di mana-mana banyak askar-askar India membuat road block dan menjaga keselamatan di sini.....tapi rakyat di ini semua hidup aman tanpa kekecohan. Bila orang kata wilayah bergolak mesti kita fikir tempat tu tidak selamat...tapi di sini tidak...semuanya aman dan kita rasa selesa. Askar-askar ini pun respect kat pelancong macam kami.
Hanya di India !!!
cantiknya.....sepanjang perjalanan kami dihiasi dengan pokok-pokok yang kurus tinggi dan ladang mustard selang seli menghiasi pandangan. Tiada kesempatan berhenti mengambil gambar di sini. Gambar ini dirakamkan dari dalam van ajer.
walaupun tempat ini belum maju tetapi keindahan alam ciptaan Allah ini bagaikan menutup segala kekurangan.
Van kami berhenti di sini untuk membuang air kecil. Bila cuaca sejuk memang mudah untuk selalu ke toilet.
Amboi Kak Jem happy jer. Dah tak sabar nak bermain salji lah tu.
Tu dia...kakak-kakak dan abang-abang kita beratur panjang menunggu turn untuk masuk ke dalam toilet. Tetapi ke manakah yang lain? Kemana mereka menghilang? Suspen jer tau....
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
tadaaaaaaaaaaaaaaaa........shopping??????
pantang nampak kedai saree....di sinilah mereka berkumpul. Padahal tujual asal nak buang air kecil jer tu..hehehe
Mr Farooq kata....takpa kita bagi masa sesiapa nak shopping kain saree di sini.
syurga kain saree di sini. Harganya pun murah. Tengoklah tangan kakak kita tu...sana sini tunjuk....dah berapa ribu habis ni??? hehehe
pelbagai jenis design dan material.
yang nak membeli kusyen cover pun ada juga..........pilih jangan tak pilih.
Kak Zaleha dan Emma...jangan rebut-rebut yea. Banyak tu kusyen cover.....larat tak larat nak pikul jer,
Kak Aini dan Salhana dah pegang kain tu....agak2nya beli tak kain tu?. Ke pegang kain utk posing jer. hehehe.
Aduhhhh......korang cair tak? hahahaha. Inilah wajah-wajah driver van kami yang ganteng-ganteng. Dah setaraf pelakon Bollywood uolssss. Van B paling happening sbb dapat driver van hensem yg baju merah tu. Sebab tulah uols happy semacam yea.....rupanya ada "Hrithik Roshan" dalam van tu kekekeke.
Ok dah tahu Mawar target yang mana satu? Driver Van A yea......Kak KC dah cop dengar citer hehehe. Dalam diam Mawar juga dah ada peminat...tu yang kat atas dia tu..."Inspector Shahab" driver Van C. Hehehehe sesuai sangat.
sementara yang lain tengah bershopping....group muda mudi sakan beramah-mesra dengan penduduk tempatan.
Kajol & Shah Rukh Khan dlm Kuch Kuch Hota Hai naik basikal sambil nyanyi
" Tum paass aye, Yun Muskurayee
Tum paass aye, Yun Muskurayee
Tum ne na jaane kya
Sapne dekhaye
Tum paass aye, Yun Muskurayee
Tum ne na jaane kya
Sapne dekhaye "
" Tum paass aye, Yun Muskurayee
Tum paass aye, Yun Muskurayee
Tum ne na jaane kya
Sapne dekhaye
Tum paass aye, Yun Muskurayee
Tum ne na jaane kya
Sapne dekhaye "
Amboiiiii.....dalam diam Kak Aini dan Kak Kasmah bergambar dengan "Hrithik Roshan" hehehe.
suasana di Kashmir.
kami sambung lagi perjalanan.....Ya Allah cantiknya. Dah nampak gunung ganang di Gulmarg.
kampung orang Kashmir yang dikelilingi sawah padi. Tak tau plak padi boleh ditanam di negara sejuk.
Jarak dari Srinagar selama 2 jam tidak terasa kerana permandangan yang disajikan bagaikan sebuah lukisan, sangat indah sehinggakan sakit leher asik pandang kiri dan kanan. Sungguh menakjubkan.
Alhamdulillah kami dah sampai ke Gulmarg. Orang tempatan sebut "Gulmarak" dalam loghat mereka.
sebelum kita mendaki lagi...kami berhenti sebentar untuk menyewa kasut phua chu kang sekali lagi. Sewanya tetap sama. Di sini juga disediakan sewa glove, baju sejuk dan mafla. Hahaha...sanggup ke nak sewa tu....baik bawa sendiri. Kalau kasut tu masih ok lagi.
Amboi Maz....sampai muncung mulut tu hehehe. Entah apa yg dia borakkan tu.
Amboi Maz....sampai muncung mulut tu hehehe. Entah apa yg dia borakkan tu.
Masri gigih try kasut yang sesuai dengan kakinya. Tu kat belakang tu baju-baju sejuk yang boleh disewa...macam baju bundle plak tengoknya. Tak sanggup i.
guide kami yang akan bawa kami ke atas. Pada mulanya Mr Farooq kata dia tak ikut kami naik atas....rupanya dia join juga.
Inilah pendakian yang aku kata pada awal entry ini. Perjalanan di sini tak ubah seperti di Genting Highland. Cumanya permandangan kami dihiasi dengan pokok pine.
Jika musim sejuk...tempat ini penuh dengan salji.
video yang sempat aku snap sepanjang perjalanan di sini.
Makin lama makin tinggi kami mendaki. Cantiknya...subhanallah ciptaan Allah.
Dalam perjalanan kami singah di look out point. Boleh tgk view snow mountain dari sini. So apa lagi...ahkak dan abam nak selfie dulu yea.
Masa nie dah terasa sangat sejuk dah
Semua orang dah tak sabar dah nak main salji nie. Group Van B yang happening. Maklumlah dapat driver van yang hensem...ahakssss.
Dalam 15 minit jugak kami sakan bergambar disini. Sambil tu rest dan regang-regangkan badan. Alhamdulillah semuanya happy.
WE ARE FAMILY. Love you guys!!!
Ok aku stop dulu di sini. Entry yang panjang dengan pelbagai aksi bergambar. Next entry nak cerita apa yang kami buat di puncak gunung di Gulmarg. Ada macam-macam peristiwa berlaku....happy...takut....penat...lawak...semuanya ada. Memori indah yang takkan kami lupa. Tunggu aku update lagi InsyaAllah.
Kepada yang nak join India trip bulan November ini...masih ada kosong. Boleh hubungi aku segera. Deposit RM500 sahaja dan boleh buat bayaran ansuran. Yang pastinya anda takkan menyesal mengikuti trip ini. India the best!!!
p/s - gigih menyiapkan order cookeis raya. Mata dah rabak tak cukup tidur....adooooooo.
Haha...sronok bc citer Leez,driver van B tu kitaorang panggil dia bayya Wolverine,ada iras Hugh Jackman ;)
ReplyDeletebetul ayda
ReplyDeletesekali pandang memang ada iras hugh jackman
selalu kena tegur dengan saya. bahya slow-slow
suka sangat bawa laju-laju
Seronok baca entry kali ni holiday di Kashmir..klu sy xgi Greece mungkin sy join trip bln Nov ni klu next year Leez buat winter time nk join dgn my cousin dia pun berminat dgn trip ni.
ReplyDelete