Salam semua.
Buat pertama kalinya saya nak berkongsi dengan pembaca semua berkenaan dengan trip yang akan saya organize pada tahun depan. Saya nak ajak pembaca semua untuk join trip ini bersama-sama dengan saya buat julung kalinya. Dah lama sebenarnya saya nak buat trip bersama pembaca.....akhirnya saya nekad untuk buat juga tahun depan. Insya Allah. Ke mana tu? Mesti dah tau kan.
Jom kita sama-sama travel ke India-Kashmir.
Kenapa saya pilih India dan bukannya negara-negara lain? Sebabnya.....
1. Nak sangat menjejaki Kashmir yang merupakan syurga dunia dan merupakan kawasan pelancongan yang sangat cantik. Kita akan stay dalam boat house yang unik dan cantik yang terletak di Dal Lake. Gulmarg pula merupakan kawasan tanah tinggi yang dikenali sebagai "Meadow of Flowers". Anda akan menaiki cable car untuk ke sini dan dapat merasai salji serta bermain ski di sini.
2. Ingin melihat keindahan Taj Mahal yang merupakan salah satu Seven Wonders of the World
3. Ingin mencoret banyak perkara tentang gaya hidup dan budaya penduduk India
4. Syurga membeli belah fabrik seperti kain sari dan kain ela cotton yang murah dan cantik. Boleh beli banyak-banyak dan meniaga di Malaysia.
Menarik tak ??
Harganya saya akan update lagi 2 minggu akan datang. Yang pasti ia murah dan sangat berbaloi.
Bilakah agaknya?
Hujung Bulan March atau Awal bulan April tahun 2016. Ada beberapa bulan lagi untuk kumpul duit. Trip ini merupakan kerjasama saya dengan sebuah travel agent. Saya memilih untuk mengikut travel agent kerana negara India ni berbeza dengan negara lain yang kita boleh pergi sendiri. Kita akan mudah kena tipu dan sistem pengangkutan awam sana tidak efficient. Kalau ikut travel agent ia memudahkan sebab mereka akan uruskan segala-galanya. Kita cuma bawa diri dan duit shopping ajer.
Pakej ini selama 7 hari dan 6 malam
Lokasi : Delhi - Srinagar - Agra- Delhi
Airline - MAS
Saya akan limitkan seramai 16 orang sahaja. Siapa cepat dia dapat.
Jika berminat dan jika ada sebarang pertanyaan boleh hantar email pada saya : syarliz.saaid@yahoo.com atau whatsapp 013-3305023
Jika dah dapat harga nanti baru anda boleh confirmkan persetujuan untuk join trip ini. Untuk entry ini saya hanya nak war-war kan terlebih dahulu. Syarat-syarat untuk join trip ini saya akan bagitau 2 minggu lagi bersama dengan harga pakej.
Taj Mahal...sangat cantik seni binaannya
Gulmarg - ada macam kat Swiss tak? Jangan lepaskan peluang anda. Kalau nak pergi Swiss mahal sangat...so jom ke sini..lebih murah harganya.
Fuhhh.....jatuh cinta dah...walaupun saya belum menjejakkan kaki lagi.
Gulmarg
naik cable car untuk sampai ke sini
ada berani? Belasah ajer...nanti ada guide yang akan tolong kita.
Dal Lake....kita akan stay di dalam boat house di sini.
Fuhhh cantik sangat...indahnya ciptaan Allah. Rugilah kalau anda melepaskan peluang ini. Kalau nak pergi sendiri memang tidaklah. Alang-alang saya organize trip ini dan open pada pembaca semua....jom ramai-ramai kita pergi.
Boat house di Dal Lake yang kita akan stay nanti. Ni salah satu contoh.,....saya google gambar ni.
Ini pulak salah satu design di dalam boat house tersebut, Ini pun saya google di internet.
suka shopping? Nanti di Agra kita akan bawa uols semua ke kedai borong jual kain cotton yang sangat murah. Beli banyak-banyak boleh bawa balik meniaga di Malaysia. Actually tidak termasuk dalam itinerary...tapi saya sendiri yang request untuk ke tempat ini. Kalau pergi sendiri...mesti uols tak tau nak ke kedai mana. Tapi jika ikut trip ini....kita akan bawa ke tempat yg dinyatakan tadi.
Menarik tak? Cepat kumpul duit dan kita ke India pulak.
kain sari di sana memang murah tapi bergantung pada kualiti kain dan material. Kalau nak cari kain sari cotton pun banyak....boleh buat baju kurung. Nanti kami akan bawa uols. Bawa duit banyak2 kita boleh beli borong dan dapat harga lebih murah.
Ada masa lagi untuk berbincang dengan kawan-kawan atau family kalau nak join trip ini. Siapa cepat dia dapat. Kalau misalnya trip ini dah penuh dan anda tetiba last minute nak join...saya minta maaf banyak2 sebab saya selesa dengan bilangan yang dinyatakan tadi. Kalau lagi ramai....susah untuk jaga dan kawal the crowd.
Okay....saya stop di sini dulu. Jika ada pertanyaan boleh contact saya.
p/s - menghitung hari lagi.
Leez!!! menarik..dah lama bercita2 nak ke sini..hujung mac awal april?
ReplyDeleteadus!!! 8 April dh ada trip cuma baru ada tiket pegi lum ada tiket balik
kalau harga tirp ni menarik haruslah JM burn je tiket tu..tgk dulu mcm mana eh
Salam...
ReplyDeleteBerminat nak join trip...=)
India! Saya pun nak pergi tapi agak susah sikit nak DIY especially untuk wanita. Berminat nak join malangnya dah ada trip untuk bulan March dan April.
ReplyDeleteda nk besalin time tu Insyaallah..klu idok..nk gak join.... :'(
ReplyDeletemati2 ingat cerita hindustan tu diorg berlakon kat swiss. Kashmir pun ada rupanya
ReplyDeletemenariknya....insyaAllah...tgk bajet dulu kak leez...hehehe
ReplyDeleteLeez akak nak ikut trip Leez ni. Akak tak pernah pergi lagi India. Memang menarik. email akak: jamaliah.ahmad@mps.gov.my
ReplyDeletetelepon akak 0123770204. Harap2 Leez boleh bawa akak ke sana ya....nak tgk Taj Mahal. Bye...
Assalamualaikum Leez, akak nak ikut pi India ni akak belum pernah sampai lagi. Nak tengok Taj Mahal. Jangan lupa bawa akak ye Leez. No email akak: jamaliah.ahmad@mps.gov.my
ReplyDeleteno tepon akak; 012-3770204. Harap Leez sudi bawa akak ok.
wow Leez ....mmg best kashmir ni. Rinduuuu sgt tmpt ni.
ReplyDeleteassalam sis...woahhhh me in boleh? seronoknya dapat pegi india...nnt sy email ya..sy shida~~ ;) kawan2 panggil cinet..salam kenal...
ReplyDeleteSaya nakkkkk
ReplyDeletewah!! menariknya..dah lama tringin nk gi kashmir...tapi ada confirm trip akhir April tu..sob3x...nk ikut..India kena visa tak?
ReplyDeleteWow..bestnya Leez...macam nak ikut...nak tau budget dulu yer.....-Yanie_
ReplyDeleteWow...mcm best jer trip ni....insya allah kalau ada kesempatan nak join......-Yanie-
ReplyDeletebestnya ..if cuti sek march blh lah ikut saya ada dah date cuti sek nxt yr12/3 - 20/3
ReplyDeleteteringin nak join..
ReplyDelete
ReplyDeletesaya dah pergi new delhi-agra-jaipur-kashmir about 10 days in 2007. The experience was stunning lebih2 lagi in kashmir. Masha Allah, incredible scenery. You guys should go and experience by yourself.
assalamualaikum kak leezz..mcm best je...agak2 cuti sekolah x masa tu..email boleh x kak harga ke sana..wkt_431 @yahoo.com.sg..saya peminat blog akak..saya zehan..salam pekenalan
ReplyDeletekalau buat 2017 lagi saya nak ikut!
ReplyDeletetahun ini saya nak hongkong n macau
saya berminat akak boleh emal dekat mashitoh.itoh@gmail.com saya nak pergi dengan suami dan 3 org anak 10 5 dan 4 .tapi kak saya nk tnya bajet dulu..akak email kat saya ya
ReplyDeletesaya berminat untuk 5 org 2 dewasa 3 kanak2 bajet brapa ya kak?apa akak email saya mashitoh.itoh@gmail.com
ReplyDeleteKami ada 4 org pompuan....berminat nak join...tp utk bln 4 rasa x sempat...ada x trip utk hujung thn....cuti sekolah..klu ada emel sharon.adra2012@gmail.com
ReplyDeletesalam kak
ReplyDeleteberminat nak join.nak tahu die punye itinerary..
putriville@gmail.com
Sy berminat kalau ade trip hujung bln 7 @ 8.. Kalau ade boleh email ke norasyikinnoorazahari@gmail.com. Thank you
ReplyDeleteSaya juga berminat..bln april 2017.email saya masitahab@gmail.com.tq
ReplyDeletesaya sgt berminat untuk bln march or april 2017
ReplyDeleteemail saya dayangfitrah@gmail.com
Assalamualaikum, aka berminat tuk pakej budget 5 dewasa dan 2 kanak2. Bole tak email aka di fawziyah_sweety@ymail.com . Klu bole nak hujung bulan Nov atau awal bulan Dec 2016. Terima Kasih
ReplyDeletesaya berminat.
ReplyDeleteinfo kos keseluruhan berapa?
Kalau ade bukak untuk ke India lagi bagi tahu yer... berminat sangat nak pergi. Amir 0136304463
ReplyDeleteSalam. Tpt ski tu ada org ajar main snowboard tak?
ReplyDeleteSalam. Tpt ski tu ada org ajar main snowboard tak?
ReplyDeleteHi sy nak tahu lebih lanjut pasal trip nie.. cozz sy Dan group plan nak ke India hujung tahun nie.
ReplyDeleteSALAM..MOHON EMEL INFO TRIP NI honda6106@yahoo.com
ReplyDeleteingat nak join...nak pi mac 2017
saya berminat nak join trip to kashmir. berapa harga
ReplyDeletesaya berminat. pm kos
ReplyDeleteMac 2017 ada buat trip tak. Sy sedang cari travel partner untuk backpacking ke kashmir
ReplyDeleteMac 2017 ada buat trip tak. Sy sedang cari travel partner untuk backpacking ke kashmir
ReplyDelete