Salam semua.
Sambung kembali cerita raya haji yang tak habis lagi hari tu. Esok paginya kami dah bersiap-siap untuk check-out homestay tersebut. Lebih kurang jam 10.30 pagi kami dah bergerak ke satu tempat ni. Here we come Bukit Gambang Resort City. Kami 3 kereta bergerak ke sini. Dari Temerloh lebih kurang sejam untuk sampai ke sini. Gigih patah balik tu hehe.
Di sini terdapat 2 park yang boleh anda lawati iaitu Water Park dan Safari Park. Masa kami sampai ni orang punyalah ramai. Cuti sekolah macam tu lah keadaannya. Memandangkan ticket yang aku dapat ni akan expired pada hujung bulan Sept....kami redah jugalah. Kalau tak...memang rugilah.
pintu gerbang masuk Gambang Resort City.
gambar ni sebenarnya aku snap dari gambar yang dibeli dari sana. Tu pasal nampak macam pelik sikit. Bersiap untuk mandi manda di sini.
nampak tak,....ramainya orang. Di celah-celah orang ramai tu kami tetap mandi jugak. Yang paling excited my nephew. Sebenarnya aktiviti macam ni aku dah lama tak buat. Zaman muda belia dulu memang seronok sangat...semua aku redah. Tapi pada zaman sekarang aku rasa dah tak relevan aku nak aktif mcm ni lagi. En Bos dulu belajar kat Kuantan....dia kata ni kali keempat dia ke sini...ya ampun.
Lebih kurang jam 3.30 petang kami gerak ke Safari Park. Dalam ni kena bergerak naik bus yg disediakan. Lokasi pertama kami bergerak ke Bird Show. Best jugak...tengok bird membuat persembahan yg melucukan. Well trained.
Sexy lady bird katanya. Memang lucu tengok.
Then kami naik ke atas pulak untuk naik bus yg berhawa dingin dan tertutup ke Savannah Park. Di sini terdapat banyak binatang liar dan buas. My nephew sangat excited. Dalam bus ni dengar suara dorang ajer. Oklah best jugak.
tu dia Lion King. Besar giler...tatut. Camana lah agaknya kalau terlepas dari kandang. Ishhh....tak dapat digambarkan camana.
Habis dah. Then kami terus ke surau utk solat jamak. Lepas maghrib barulah kami bergerak balik ke KL. Ikutkan plan awal kami nak stay satu malam di sini. Tapi my brother kata...esok mungkin jammed teruk di Karak Highway. So, malam tu jugak kami balik ke KL....walaupun masih kepenatan. Sepanjang jalan memang banyak kereta. Di RnR Gambang punyalah banyak kereta...sampaikan tak boleh masuk.....sampai ke jalan raya kereta beratur panjang. Rupanya semua beratur utk mengisi petrol. Fuhhh...nasib baik kami dah isi petrol kat Gambang lagi.
Ok nak cerita ni climax perjalanan kami balik ke KL.
Sebaik habis bayar tol di LPT....terus masuk Karak Highway. Masa tu jam menunjukkan pukul 9.30 malam. My 2 brothers dah jauh ke hadapan sebab dorang gerak dulu masa kami berhenti makan di RnR Temerloh. Aku dan En Bos gerak lambat 15 minit kemudian. Masa sampai Karak....jalan dah jammed...kereta banyak dan melekat antara satu sama lain. Tetiba aku teringat kata-kata my ofismate...dia selalu ikut jalan lama kalau Karak jammed. Aku terus bgta En Boss...why not kita try jalan lama tu. En Bos called his brother in law....nak tanya camana nak masuk jalan lama tu. Sebab kami berdua memang tak pernah pun lalu jalan tu. Abang ipar kata....keluar kat Bentong dan ikut direction ke Gombak. Oooo ok...kami dah berjaya keluar dari Karak dan masuk ke Bentong.
Maka bermulalah perjalanan kami.
Sebaik kami masuk ke jalan lama ini...aku tengok banyak kereta yang turut masuk. Di depan kami ada lebih kurang 5 buah kereta dan di belakang kami ada 3 buah kereta. Kami semua konvoi serentak melalui jalan ini...walaupun tak kenal siapa mereka tu. Bila masuk ajer....fuhhhhh jalannya sempit....jalannya gelap...jalannya bengkang bengkok dan jalannya sunyi. Pokok kiri dan kanan bercantum antara satu sama lain. Ini menunjukkan jalan ni memang jalan lama zaman British dulu. Orang zaman dulu dari KL ke Pantai Timur kena melalui jalan ini. Walaupun jalan ni sempit tapi struktur jalan masih baik dan tidak rosak. Lebih kurang 35km dari Bentong ke Bukit Tinggi jika melalui jalan ini. Masa kami jalan ni....aku rasa okay ajer. Aku hanya borak mcm biasa dengan En Bos sambil sesekali guide dia agar tidak memandu terlalu laju dan rapat dengan kenderaan di hadapan, Masa ni dah rasa pening sikit tapi masih boleh bertahan.
Jalan memang sunyi dan tidak jumpa apa2 pun...lampu jalan pun tiada. Apalagi lampu rumah orang...memang takda pun. Sehinggalah kami nampak lampu melalui kedai-kedai cina yg terdapat di tepi jalan. Ohhh lega sikit...dah nampak lampu. Rupanya kami tembus di Bukit Tinggi dan keluar semula di jalan Karak. Masa ni giler punya jammed. At the same time my brother call me bgtau jalan di hadapan memang sesak teruk. Automatik aku terpikir....baik kita keluar dari Karak ni. Entah pukul berapa nak sampai rumah ni. Aku cakap kat En Bos....kita ikut jalan lama baliklah. Kami masuk ke Genting Sempah dan ikut laluan ke Gombak.
Di disinilah segalanya bermula. Jeng...jeng..jeng.
Kami ikut signboard ke Gombak. Sebaik masuk jalan ni...tetiba aku rasa semacam. Seram...takut...menggigil. Semuanya ada. Aku tengok En Bos dah diam. Dia concentrate memandu...boleh tahan laju. Tetiba aku terfikir ...
1) kenapa yea takda kereta lain...kenapa kereta kami ajer di dalam kawasan yg gelap gelita dan sunyi ini?
2) kenapa tetiba kami berada di sini di waktu malam begini....kenapa berani sangat ni?
3) kenapa kami mengambil keputusan melalui jalan ini secara tiba-tiba?
Aku macam lost seketika bila aku tengok handphone dah takda line...asik on and off. Ohh tidakkk!!!
Di dalam kesunyian itu....tiba-tiba......
Ada ternampak pancaran cahaya di belakang kereta kami. Sebuah kereta tetiba menjelma. Ohhh tidakkkk...pikiran aku tetiba melayang fikir yang bukan-bukan. En Bos memandu agak laju juga....tapi rupanya ada lagi kereta yg lagi laju daripada kami dan terus membontoti kereta kami. Ahhhh sudah!!!
Aku ketika itu hanya pikir "Orang Jahat". Aku tak pikir pasal hantu ke...cik ponti ke...cik pocong ke. Semua tu dah hilang dalam pikiran. Mungkinkah kereta di belakang kami berniat jahat? Benda tu yg sedang aku fikir ketika itu. Aku tanya En Bos...kenapa kereta belakang tu ikut kita? Kenapa dia tak potong kereta kita? En Bos hanya diam membisu tidak menjawab pertanyaan aku. Gelombang jantungku dah turun naik dengan lajunya. Yessss...aku memang sangat takut masa tu. Aku dah terbayang....kalau kereta tu berniat jahat....habislah kami. Camana kalau tetiba dia tahan kereta kami atau dia langgar kami dari belakang? Pulak tu di jalan yang sangat sunyi ini. Cuba kalau tetiba kereta tu tinggalkan kami berdua di situ. Ohhh....semua tu bermain dalam fikiran aku.
Masa tu handphone aku dah nyawa2 ikan...akibat battery weak. Aku pakai power bank pun dah tak membantu. Ya Allah...camana ni? Apa nak buat ni? Masa tu aku dh standby number my bro jika apa2 terjadi pada kami. Aku hanya perlu tekan ajer number dia. Macam-macam doa aku dah baca masa tu...supaya Allah melindungi kami berdua daripada musibah atau kesulitan. Di laluan sebelah pun sunyi.....takda kereta langsung. Ada sekali aku nampak lori lalu...itupun sebuah ajer. Memang giler lah tempat ni.
Tetiba En Bos memandu perlahan sedikit...mungkin dia pun nak cari ketenangan ketika itu. Then...kereta yang follow kami tu terus memotong kami. Memang aku tak pandang ke arah kereta tu...aku asik memandang ke hp sahaja. Aku suruh En Bos perlahankan lagi kereta. Biar kereta tu pergi....kita jangan follow dia. Fuhhhh lega. Kereta tu dah pergi...memandu pecut.
Then kami teruskan perjalanan mcm biasa. Kami ternampak pula sebuah lori di hadapan kami memandu dengan sangat perlahan. Pelik pun ada. Kenapa perlahan sangat? Aku suruh En Bos potong lori tu. Selepas agak jauh kami meninggalkan lori tersebut....tetiba kami berada di satu simpang cabang tiga. Mana nak ikut ni? Kiri atau kanan? En Bos tanya aku. Alamak...camana ni? Gelap gelita tak nampak apa2 di sini. Kereta kami berhenti di tengah2 laluan bercabang di dalam kepekatan malam yg sangat sunyi itu. Aduhhhh...masa ni aku dah seram balik. Seram yg susah nak gambarkan. Nak buka wave....line takda pulak kat sini. Giler punya experience.
Tetiba aku nampak balik lori yg slow tu...dia memotong kereta kami dan menghala ke simpang kanan. Aku kata kat En Bos...kita ikutlah lori tu....betul agaknya. Kami pun ikut lori tu semula...aduhai dah mcm drama plak aku rasa masa ni. Entah ada pemandu ke tidak lori tu.....mana tau tetiba dia bawa kami ikut jalan mati hahaha. Parah oii!!! Then di depan aku ternampak sekumpulan motor di laluan sebelah. Ohh lega sikit...betul agaknya jalan ni. Aku suruh En Bos potong semula lori tadi. Masa ni aku dah rasa pening semacam. Mual nak termuntah. Memang sungguh aku muntah masa ni. Sangat mual dan pening. Jalan di sini bengkang bengkok mcm ular kena palu.
Dalam hati aku berkata....cepatlah sampai. Aku dah tak sanggup nak berada di sini lagi. Aku nak cepat keluar dari sini. Selepas 10 minit...barulah kami ternampak lampu-lampu di kiri dan kanan kami. Kami melalui satu perkampungan. Kampung sapa plak ni di tengah2 hutan belantara ni? Aku terbaca di satu signboard di situ "JHEOA". Ohhhhh kami dah sampai di kampung orang asli. Maknanya kami dah sampai Gombaklah ni. Ya Allah...leganya. Syukur Alhamdulillah kami dah nak sampai. Kami meneruskan perjalanan dan ternampak UIA Gombak di hadapan kami. Fuhhhhhh.
Barulah nampak tol Gombak di bawah laluan kami. Giler punya jammed masa ni kat tol. Percaya tak ketika itu jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Hahahahaha.....anda berani seperti kami??? Berani lah sangat.
Sampai rumah barulah aku berborak dengan En Bos. Kami borak pasal pengalaman tadi. Yelah dalam kereta tadi dia diam seribu bahasa. Di rumah barulah dia buka mulut. Rupanya dia pun takut jugak hahahaha. Aku dah agak dah. Dia diam tu maknanya dia memang sangat takut uolsss. Hehehe....suamiku.
Kesimpulan yang aku boleh cakap berdasarkan pengalaman tadi.
1) Jangan pandai-pandai atau berani sangat nak lalu jalan yg kita tak pernah lalu. Malam pulak tu. Kalau siang lain citer.
2) Pastikan andai konvoi dengan kereta lain yang dikenali. Bahaya bawa kereta sorang2 di tempat sunyi. Sekarang ni banyak orang jahat di mana-mana. Malaysia dah tak aman.
3) Kalau kita terperangkap dalam jammed...banyak-banyak bersabar. Biar lambat asalkan selamat.
Esoknya aku called my mum bgtau dia pasal pengalaman kami semalam. My mum terkejut sebab betapa beraninya kami...malam pulak tu. My mum bgtau minggu lepas baru dia baca paper ada orang asli citer pengalaman dia terjumpa mayat takda kepala di jalan tu...aduhhhh tetiba aku jadi seram meremang bulu roma. Entahlah kenapa kami tak terfikir ketika itu adalah malam...bukannya siang. Yang kami fikir nak elakkan jammed...nak cepat sampai. Cukuplah pengalaman sekali melalui jalan lama tu. Sekali cukup. Orang kata kalau jalan siang best jugak...sebab permandangan cantik kehijauan pokok-pokok. Kalau nasib baik boleh jumpa cik ponti tengah terbang hahahaha.
Esoknya juga aku search di internet pasal jalan bentong lama dan jalan gombak lama. Erkkkkk....banyak nya orang citer kisah seram di sini. Salah satunya....bunuh orang dan buang mayat di sini...alamakkkk tatutnya. Kisah orang jahat tahan kereta dan bawa larikan kereta pun ada...uwaaakkkkkk. Syukur sangat tidak terjadi pada kami malam tu. Kalau dah bawa lari kereta....kita ditinggalkan kegelapan di tengah hutan pekat tu camana agaknya. Ishhhh memang menakutkan. Itu belum lagi pengalaman jumpa cik ponti bertenggek di bahu jalan dan ...cik pocong pun ada. Aduhhhhh...memang macam2 citer ada. Ok tobat tak nak lalu lagi.
Sekian. Itu cerita pengalaman aku. Lain orang lain pengalaman dan masing-masing ada cerita tersendiri. Kalau yg lemah semangat tu memang mudah berjumpa benda2 ghaib ni...so elakkan lalu di tempat ini. Sampai rumah aku masih pening kepala. Dua tiga hari lepas tu...masih terbayang jalan lama in. Aduhhhh.
p/s - sebulan lagi.....

>>

ni jalan lama yg aku ceritakan tu..... tq mr google
jalan bengkang bengkok uolssss.....tq mr google
bestnyaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletegrrrrr.....menakutkan
ReplyDeletenasib takde apa2 yang jadi...LPT tu pun tahan gak, kak..kawan saya penah cik pon tumpang kete dia waktu nak balik KL..katanya nak pitam sepanjang waktu tu, tapi mengenangkan dia tengah drive gagahkan jugalah smp benda tu hilang huhuhu...
ReplyDeleteme & mr hubby dh few times lalu jalan lama tu (waktu mlm jugak just like ur story)..utk lari dari jem kat karak..memang sunyi dan horror sikit tp so far ok alhamdulillah..
ReplyDeleteBlogwalking :) Scarynyaaa pengalaman. Memang kalau bentong-karak-gombak jem rasa nak lalu je tapi bila baca nih memang takdelah nak lalu, redha jelah rempuh jem hehe
ReplyDeletesaya dan husband pon selalu lalu jalan ni sebab nk elak jem.. tapi biasa kitaorg lalu siang hari je. malam x berani.. adik husband dia pemandu lori, dia cakap lori2 yg otai pon kalo x cukup 3 lori time nak masuk jalan tu, takkan masuk kalo malam.. kalo lalu siang hari mmg best sebab leh tgk sungai kat tepi tu.. plg gerun, gaung kat tepi jugakk..
ReplyDeleteseram nya baca bawah2 tu ... kami masa pergi ke gabang tu yg sesat .. buat lawak tengah pagi buta
ReplyDeleteseram jgak
ReplyDelete