Salam semua.
Dah lama rasanya tak update blog. Kemalasan melanda sejak akhir-akhir ni. Mood nak bukak blog asyik ke laut jer. Aku terima banyak message bertanyakan bila nak update blog hehehe. Okay okay my dear beloved blog readers....aku gigihkan juga diri untuk update blog ini.
Kali ni nak citer pasal percutian kami suami isteri balik kampung sebelum bulan puasa yang lepas. Tak sempat nak update pasal percutian ini sebab nak mengejarkan cerita raya pulak. Nanti basi plak citer raya. Kami balik ke kampung kejap ajer kali ni. Pergi hari jumaat dan balik hari Ahad petang. So esoknya di kampung kami berdua dah plan nak pergi jalan-jalan ke Pengkalan Kubur...sajer nak cari periuk dan pinggan mangkuk. Rumah kami ni tak banyak pinggan baru...alang2 dah ada di kampung why not kita jalan ke sepadan Siam pulak.
En Bos ajak family dia join this trip sekali. Bila dah ramai-ramai...plan nak bertolak awal...akhirnya lewat jugak kami gerak. Untuk ke Pengkalan Kubur kena melalui bandar Kota Bharu terlebih dahulu. En Bos kata jom kita singgah kat Nasi Berlauk Kak Wok dulu...kami nak merasa kelazatan makanan original di sini. Makanannya sangat sedap dan sangat terkenal di Kota Bharu. Pertama kali aku try di kedai cawangan nya di Ampang...itupun En Bos yang ajak makan. Kali ni nak cuba yang original pulak di Kota Bharu. En Bos pernah rasa dulu di sini tapi dia dah terlupa nama jalannya. Kami ke sana guna waze...sekali dia bawak jalan celah-celah rumah orang...biar betul!!! En Bos kata memang betullah jalan nak ke sana. Ehhhhhhh...tetiba dah sampai. Terkezut aku!! Kedai nya biasa ajer....ala2 style kedai kopi kampung. Nama kedai pun takda uolsss. Ia terletak di belakang Kota Bharu Medical Centre. Kalau orang tak tau...mmg tak tau kedainya yang mana satu. Senang ajer nak kenal...kalau nampak ramai orang beratur...yea itulah kedainya.
aku dan ibu mertua tengah beratur. Kalau nak tapau....beratur di luar kedai. Kalau nak makan di situ kena masuk dalam dah order di dalam.
tu dia. Ada orang tu belum makan dah tunjuk tangan sedapppp.
Ini lauknya. Simple jer lauknya. Ada gulai, ayam goreng yg dipotong kecil dan sambal belacan. Tapi rasanya...mmg sedap uolsss. Kami tak makan di sini...tapau ajer.
Then kami teruskan perjalanan ke Pengkalan Kubur. Panasnya di sini...berdeting cuaca.
Segala mcm jenis periuk belanga ada dijual di sini.
Aku beli periuk kukus...senang utk masak pulut atau nasi dagang. Mula2 aku pilih yg ini...then taukeh kedai tu kata...why not amik yang bertingkat2....boleh masak sikit2 dan byk2 pun boleh.
Tadaaaa..... akhirnya aku pilih yang ini....huhuhuh
cuaca panas...jom kita rasa makanan ni. Sedap sangat uolss. Dalam ni ada buah mangga manis, ais krim vanilla dan fruit coktail.
aku nak cari pinggan mangkuk...akhirnya aku nampak kedai ni...agak murah berbanding kedai yg lain.
Pengkalan Kubur ni ialah tempat membeli belah bebas cukai sama mcm di Langkawi. Harganya pun tak banyak beza..sama ajer.
geramnya tengok pinggan mangkuk ni.
Akhirnya aku ada beli satu set pinggan makan dan set tea. Total harga kami ialah RM350. Lepas tu kami kena melalui kastam. Memang nasib kami tak baik....dalam banyak2 kereta yang lalu depan kastam tu...kereta kami yang ditahan utk check bonet kereta. En Bos yang keluar deal dengan kastam tu. Terkena jugakkkkk.....kena bayar RM25 ajer, Apa taknya...pinggan mangkuk tu cantik berbungkus dalam kotak dan open mcm tu dalam bonet kereta. Memang lah kastam nampak. Aku geram betul. Bayar ajerlah nak buat camana.
Kawan aku budak Kelantan bgtau...lain kali sorok pinggan dalam beg sekolah budak dan suruh anak sedara ke tolong bawakkan dan jangan parking kereta dalam bangunan tu. Parking kat luar ajer. Oooo ye ke. Manalah aku tau. Aku ni lurus bendul main jalan ajer masuk dalam gated area tu.
Kami makan nasi kak wok dalam kawasan ni jugak. Lepas makan terus balik Jerteh. Ingatkan nak singgah Pasar Siti Khadijah. Hampehhh...dah tutup uolsss.
Sekian pengalaman aku di sini.
p/s - duit makin naik...tension tul.
aloo..looo..shopping sakan kita.. terasa kat tekak akan dessert tu... bestnyaa..
ReplyDeleteklo mak sya dtg sni mst habis diborongnya tu periuk belanga.
ReplyDelete