September 11, 2015

2nd Raya Makan - Makan 2015




Salam semua.
Tuan tanah baru baik demam. Risau gak sekarang ni kan musim demam denggi. Dah check darah kat hospital alhamdillah takda apa yg memudaratkan. Doktor kata hanya demam virus. Kalau demam bercampur dengan batuk tu....punyalah tak tahan sakit. Ok dah lega sikit.

Ok nak sambung kisah raya lagi.
Kali ni 2nd trip kami buat makan-makan jemput kawan-kawan. Last minute plan dengan En Bos nak buat hari Ahad. Nasib baik kebanyakan yang kami jemput tu free dan boleh hadirkan diri. Memang semuanya first time datang rumah aku. Ikutkan ramai lagi nak jemput tapi tak terdaya nak melayan semua serentak. Lain kali hari2 biasa aku jemputlah yea.....tunggu jer jemputan. Sorry yea kawan2 lain yang tidak dijemput.

Menu kali ni special sikit sebab pertama kali seumur hidupku memasak menu ini. Menunya ialah Nasi dagang Terengganu dan Mee Kari. Memandangkan aku mcm tak confident nak buat sorang2..makanya aku telah mengimport my mother ke rumah untuk membantuku masak menu2 ini heheheh. Yang pasti tetap airtangan aku huhuhu.



 Nasi dagang Terengganu....nampak terliur tak? Sedap katanya. Ramai yang memuji.



 Tetmu pertama..Kak Rose and family. Aku jemput tetamu dari jam 3 petang hingga jam 7 malam. Yang peliknya semua datang serentak lepas jam 5 petang. Tak menang tangan aku dan En Bos melayan tetamu. Setiap ruang dalam rumah kami penuh dengan tetamu duduk. 



 rakan sekerja yang tak dapat dtg Jumaat lepas....so aku invite hari Ahad. Thanks for coming Iskandar


my beloved blogger friensd Neena dan Anuar. Couple yg romantik dan fofuler di alam maya. Thanks dear for coming. Nanti datang lagi dan lepak kat rumah akak tau.



seorang lagi my blog reader yang juga kaki jalan macam kami.....Azie and husband. Dah banyak kali juga kita berjumpa dan this was first time they came to my house. Thanks Azie.


my beloved friend yang juga kaki travel macam kami juga.... Dr Siti Haida and husband. Dia dah travel to 39 countries all over the world. Fuhhh...memang kaki travel yg sgt tegar. Kalau jumpa dia...mcm2 kisah travel dia boleh share dengan kita. Aku jumpa Dr Siti masa kami travel sama di Turki few years ago. Pernah bertugas di hospital yang sama dengan En Bos sekarang suatu ketika dulu. Alhamdulillah dengan persahabatan kami sehingga kini. 


terima kasih teman-teman. Lain kali datang lagi kay.



My universiti friend (baju kuning) and his friend. Thaks Gap and Riz for coming. Berpeluh2 dorang makan nasi dagang hehehe. Tengok tu...pegang tangan laki mcm takut laki lari jer ...hahaha.



Teman-teman sekerja yang sempat datang ke rumah ku..Rahmah and CT. Mereka pun kaki travel jugak. Thanks for coming both of you.



empat orang kawan-kawan travel bila berkumpul....gamat dengan kisah masing-masing. Topik utama tentulah pasal travel. Ada rezeki bolehlah kita travel sama nanti kay.  So, kesimpulannya petang tu....teman-teman ku kebanyakannya mempunyai hobi yang sama iaitu travel, 



Lepas maghrib belah malam...barulah kawan-kawan En Bos datang ke rumah kami. Memang sajer jemput mereka belah malam. Senang sikit nak melayan. Kami jemput teman-teman UIAM dia dulu. Yang ni ialah teman En Bos....sama kampung...sama sekolah....sama matriks....dan sama universiti. Cuma kerja tak sama hospital jer. Sama tak muka suami isteri ni? Sama kan....



teman En Bos jugak....same universiti dulu.


Dah macam reunion kat rumah kami. Masing-masing dengan pasangan masing2 dan anak2 kecil. Masa ni tak ramai lagi yang hadir.



Jam ketika ini hampir ke 12 tengah malam. Esok plak kerja hehehe. Tapi kami semua masih fresh dan rancak berbual. Maklumlah dah lama tak jumpa since majlis kahwin kami dulu. Thank again to all of you. Nanti datang lagi yea.


Itulah dia cerita raya kami dengan acara makan-makan. Penat memang penat tapi yang penting silaturrahim yang terjalin. Tak kisah jumpa setahun sekali pun.....asalkan ikatan ukhuwah ini tidak terputas begitu sajer. 

Bila kita jemput tetamu datang ke rumah kita dan tetamu berbesar hati datang dari jauh untuk berjumpa kita....syukur alhamdulillah. Rezeki namanya. Semoga apa yg kita buat mendapat keredhaan dan keberkatan olehNya.

Next entry.....cerita raya kami ke Utara pulak. Memang tahun ni kami beraya sakan. Ke Pantai Timur...ke Selatan dan akhir sekali ke Utara. Syukur semuanya di permudahkan.


p/s -  semoga apa yg diimpikan terlaksana...doakan.






2 comments:

  1. Salam...Syarliz...bila nak update blog...hope dpat latest story....best nasi dagang tu...

    ReplyDelete