August 19, 2015

Raya di Besut 2015



Salam semua.
Habis dah bulan Syawal. Cukuplah tu sebulan raya. Kalau tidak setiap minggu ada ajer acara makan-makan. Tak larat nak memenuhi jemputan. Bukan tak sudi tetapi kekangan waktu dan kesendatan perut yang menyebabkan aku tidak dapat memenuhi semua jemputan. Anyway, thanks pada semua rakan taulan dan saudara mara yg menjemput datang beraya.

Tahun ini merupakan tahun kedua kami suami isteri menyambut hari raya. Tahun ini juga rasanya tahun yang sangat happening beraya. Start minggu pertama raya hinggalah minggu terakhir raya....fuhhh dari Timur ke Selatan then ke Utara kami jelajah. Tunggu cerita selanjutnya pada entry akan datang yea.

Raya kedua aku dan family beraya di Klang rumah sedara mara arwah my father. Kami keluar rumah dari tengahari hinggalah ke maghrib baru balik ke rumah. En Bos kerja malam raya kedua tu. Tinggallah aku keseorangan di rumah uhuk uhuk. Esok raya ketiga ramai tetamu dah call nak datang ke rumah my mum. So, awal pagi aku dah sampai menolong apa yang patut. Juadah utama kami di raya ketiga ialah Soto resipi my mum...hanya bulan Syawal jer dapat rasa hehehe.



kami dah bersiap nak beraya ke Klang. Sorry tak banyak pic raya kali ni sebab malas nak bergambar. 


Juadah Soto yang kami hidangkan pada tetamu pada raya ketiga. dari tengahri hingga ke malam rumah mama penuh dengan tetamu.



Raya keempat En Bos dah start cuti raya. Raya pertama hingga ketiga dia kerja shift malam.....nasib baik siang ada di rumah...so sempatlah kami beraya bersama. Raya keempat kami bersiap untuk pulang ke kampung En Bos di Besut. Lebih kurang jam 11.30 pagi kami dah gerak ke Pantai Timur. Singgah sebentar di Temerloh beraya di kampung my sis in law Azam. Memang kebetulan kami sampai dah tengahari....makanya kami dihidangkan dengan masakan kampung yang popular di Temerloh iaitu Tempoyak Ikan Patin, Ikan Talapia Goreng, Pucuk Ubi Kayu dan pelbagai lauk lain. Fuhhh sedap terangkat dan En Bos makan sampai bertambah hehe. Habis peluh semua keluar sebab sangat2 berselera dengan lauk kampung.

Sebelum meneruskan perjalanan kami sempat beli ikan patin untuk bawa balik kampung. Punyalah ramai orang membeli. Dalam perjalanan kami balik kampung kami nampak kereta punya panjang jammed nak menghala ke KL. Fuhhh.....nasib baik kami tidak termasuk di kalangan mereka. Next year siaplah...turn kami pulak uhukkk. Lebih kurang jam 7 malam kami selamat sampai di kampung. Kali ini perjalanan agak cepat sebab Highway LPT dah dibuka untuk pengguna jalanraya tetapi masih belum dikenakan bayaran tol....fuhh selamat. Next year....memang pasti kena bayar.



En Bos punyalah happy nak balik kampung. Sepanjang perjalanan dia asyik nyanyi lagu raya. Adoiiii tak larat mendengarnya......bingit. Padahal dia baru balik kerja pagi tadi tapi mata dia segar bugar sepanjang perjalanan....happy lah tu. Takpa...layankan ajer.


nampak menarik tak? adakah anda rasa lapar?


inilah juadah lauk kampung yang disediakan oleh family adik ipar bila kami dtg beraya di Temerloh.


Kami sampai Besut dah malam. Esoknya ibu mertua masak nasi dagang...permintaan khas anak dan menantu. Slurrpppp...sedap sangat. Sempatlah jugak belajar camana nak masak nasi dagang. Percaya tak akhirnya aku berjaya buat nasi dagang dan sempat menjamu rakan2 yang datang ke rumah.



Lauk nasi dagang....ikan tongkol atau ikan aya.


Tengok pun tau memang sedapkan.


Belah tengahari En Bos kata jom kita buat BBQ kat pantai Bukit Kluang. Ok aku terus masuk dapur buat rempah untuk merinate ayam. Berpeluh ahkak kat dapur sebab by 1pm kami nak pergi dah. Sempat juga aku buat sayur colslaw. Tapi sedihnya di bumi Besut pada hari tersebut seharian hujan...seperti tak nak berhenti. Kami dah sampai pantai tapi masih hujan. Akhirnya kami tukar plan....bakar ayam di rumah kakak ipar ajer. Rumahnya tak jauh dari pantai. Uhukkk...uhukkk.


nyum nyum....anda terliur tak? hehehe. En Bos ambil tugas membakar ayam.



kami bentang tikar di tengah laman parking rumah kakak ipar dan berkelah kat situ. Oklah jugak...yang penting enjoy.


makan 2 ketul ayam dah kenyang. Sempat juga aku repeat makan nasi dagang yang sedap itiewwww.




Petang tu sebelum balik aku dan En Bos sempat singgah bandar Jerteh untuk membeli sesuatu. Uolss agak apa yg kami nak beli?? Sebab esok kami nak beraya di satu tempat ini. Ikan-ikan dan penyu dah bersedia menanti kami.....cuba teka.



p/s - rasa mcm sedih tengok Ringgit jatuh menjunam...camana nak terbang ni????? Sedihhhh.




6 comments:

  1. Yeaahh dah update lama tunggu story raya sis, dari sehari ke sehari..

    ReplyDelete
  2. exicited tgu citer akak....

    ReplyDelete

  3. Zakiah..

    Menu raya yg kami suka tentulah best hehe

    ReplyDelete

  4. Anony1...

    Sapa ni yea...bagilah nama skit.

    Sibuk beraya tu yg tak sempat nak update blog.

    ReplyDelete

  5. Anony2...

    Sapa nu yea...bagilah nama skit.

    ye ke excited. Tu pun sempat update mana yg terdaya. Busy maaa.

    ReplyDelete