Sambung cerita entry lepas.
Sehari sebelum tu kakak ipar tetiba tanya kami...jom kita pergi Pulau Perhentian esok. Wahh....aktiviti yang ditunggu oleh kami berdua. Sebenarnya sejak kami berkahwin ni memang dah lama plan nak singgah Pulau Perhentian kalau balik kampung. Setiap kali balik kampung....mesti plan tak jadi. Tapi kali ni...memang tak plan tapi menjadi pulak. Tak kisahlah walaupun masih lagi orang beraya ke sana sini...kami pulak ke pulau. Kebetulan pulak memang ada geng...kami on ajer. Abang ipar pun memang tengah cuti panjang masa ni....memang terbaiklah plan kami.
Petang sebelum tu.....lepas balik dari BBQ di rumah kakak ipar kami singgah di pekan Jerteh nak mencari sesuatu. Apakah yang kami cari???
1. baju mandi lengan panjang
2. topi dan cap
3. UV protection lotion
4. sarung tangan
5. makanan ringan
Gigih tak????
Apa nya tak gigih....itu semua benda wajib ketika gi pulau. Kami berdua memang tak bawak apa2 pun dari rumah. Bawak baju biasa ajer. Kalau tau nak pergi pulau...memang dari KL dah bawak semua tu. Tau ajerlah kat pekan Jerteh tu tak semua benda yang kita nak ada. Baju mandi lengan panjang mana nak cari??? Semua shooping complex takda jual...tetiba terjumpa di DIY....terus beli utk En Bos. Aku pun memang tak bawa baju mandi....jawabnya pakai tshirt ajer lah. Tapi lengan pendek plak....so terpaksalah cari sarung lengan. Tu pun jumpa satu ajer skin colour. Topi dan cap pun beli jugak...maklumlah panas terik kat pulau tu. Singgah supermarket beli lotion utk uv protection....takut muka terbakar beb hehehe. Ok lengkap semua.
Hari ketiga kami di kampung.
Awal pagi jam 7.30 kami dah gerak ke Jeti Kuala Besut....mengambil masa 20 minutes juga untuk sampai ke sana dari rumah mertua. Sebelum tu abang ipar dah arrange untuk kami boat dan snorkeling trip di sana.
On the way ke Kuala Besut, kami singgah kedai kejap untuk beli nasi berlauk for our lunch nanti. Senang beli kat sini ajer...murah pun yea. Dalam beg kami penuh dgn makanan ringan jugak yg kami beli semalam.
Kami sampai di area Jeti Kuala Besut lebih kurang jam 8.00 pagi. Pergi ke ofis di sebelah kanan tu...namanya Seven Seas Holiday Sdn Bhd. Kami bayar di sini untuk bot laju ke Pulau Perhentian. Di sini juga kami dah arrange untuk snorkeling activity.
Untuk harga boat laju pergi dan balik Pulau Perhentian ialah RM70 seorang...tetapi disebabkan abang ipar booking melalui kawan dia disini...kami dapat RM50 sahaja seorang. Kalau 2 orang kami dah save RM40...huhuhuhu.
setiap pelancong yang nak ke Pulau Perhentian wajib bayar RM5 utk memasuki taman laut di sini.
here we come.....tengoklah seluar pendek En Bos yg berbunga-bunga tu hehehe.
sementara menunggu bot bergerak....jom kita posing dulu.
kami berdua dengan kakak ipar (kakak En Bos) dan abang ipar dan anaknya.
alhamdulillah cuaca memang best hari ni. Semalam seharian hujan di sini.
perjalanan kami ke Pulau Perhentian mengambil masa 45 minit. Cuaca cantik dan laut pun tak bergelora....semuanya ok..alhamdulillah. Ok dah sampai jeti taman laut. Kami berhenti di Pulau Perhentian Kecil dan kata orang tu tunggu di Abdul Chalet.
tu dia dah nampak Abdul Chalet. Sementara menunggu orang yg akan bawa kami untuk snorkeling activity....jom kita posing dan ambil gambar dulu
awal pagi orang tak berapa ramai dah cuaca belum panas terik lagi.
memang teruja tengok keindahan laut di Pulau Perhentian ni. Laut biru turquois dan bersih sangat. Dalam laut tu crystal clear can see ikan berenang2.
ini merupakan pengalaman kedua aku ke Pulau Perhentian dan kali pertama bagi En Bos. Heheheh orang Besut baru nak jejak Pulau Perhentian...padahal dekat ajer,
nampak tak air laut yg sangat jernih ni...memang tak sabar nak snorkeling.
masa kami pergi ni ialah hari bekerja. Tourist tempatan memang tak ramai sangat tetapi tourist luar negara tersangatlah ramai. Nampak tak kat belakang kami tu. Menurut kata budak yg bawak kami naik bot tu...semua chalet di sepanjang Perhentian Kecil ni penuh dengan tourist mat salleh...dah fully booked, Kalau nak stay dan tak booking chalet...jangan haraplah nak dapat. Satu lagi...sekarang ni ialah peak season di sini.
ok adik yg nak bawa kami naik bot utk snorkeling dah sampai. Bot kecil ajer yg sesuai utk kami 4 orang dewasa dan seorang kanak-kanak. Kami bayar seorang RM40 sahaja.
tu dia...selfie laki bini dalam boat. Topi tu nasib baik tak terbang ke dalam laut. Angin kuat dan bot plak laju....anytime leh terbang hehehe.
kami stop di Long Beach untuk activity snorkeling. Memang terbaiklah tempat ni. Pelbagai jenis ikan ada dalam tu dan coral pun cantik sangat. Aku bergandingan dengan En Bos snorkeling sama2 dalam laut.....moment yg sangat best. Romantiklah konon :p
Cantikkan tempat ni. Adik yg bawak bot tu kata...tak kisah berapa lama pun boleh nak stay sini,..dia tunggu jer. Sayangnya kami takda camera dalam air.....tak dapat nak share gambar masa snorkeling.
lepas habis snorkeling....tetiba rasa kepala pening. Sempat lah jugak bergambar kat pantai ni.
yes...we did it!!! Puashati dapat tengok ikan.....kami beraya dengan ikan ler hari ni.
then pit stop kami ialah turtle area. Bawah ni ada turtle tengah beristirehat. Boleh turun ke bawah laut tengok turtle. Hanya En Bos yg turun. Aku dan yang lain berada atas bot ajer.
happynya dia. Tengok tu punya ramai yg turun,,,dari bot lain.
amboi tersenyum sengeh dia dapat tengok turtle in live dalam laut. Madam Leez gigit jari ajerlah. Ikutkan hati memang nak turut gak....tapi budak bot tu kata...nanti susah akak nak naik sebab bot ni kecil takut tak seimbang. Hahahaha....perli akak ke dik??? ok fine...akak faham.
cantiknya....mcm kat Maldives ajer...ehhhhh
nampak tak bot kat dalam pic ni...macam ni lah rupa bot yg kami naik.
bot ni plak agak besar skit....ramai orang boleh muat.
tak dapat turun ke laut,....akak posing jer lah dik untuk ubat hati yg lara tak dapat tengok turtle...ahakssss.
satu lagi pit stop....kali ni nak lama2 pun boleh adik tu kata. Tapi masa ni dah tengahari dan cuaca sngat panas matahari terpacak. Habislah muka terbakar nanti.
tengoklah muka aku yg dah terbakar tu. Setelah selesai snorkeling sekali lagi di sini. Kami naik semula dalam bot. Adik tu kata dah boleh balik. Aikkkk cepatnya. Kita tak pergi ke Light House ke??? Adik tu kata tu pakej lain kak....jauh sikit tempat tu. Alamakkkk.....rugilah tak ke sana sebab di situlah tempat snorkeling paling best sbb dalam tu byk ikan yg cantik2 dan coral pun memang meletops. Huhuhuhu...frust nya.
kami pulang semula ke taman laut. Perut dah lapar uolsss...penat snorkeling. Kami makan nasi berlauk yg dibeli masa on the way nak ke jeti. Kebentulan kat sini ada kerusi meja...kami pinjam sat na. Lepas makan kami mandi dan tukar baju di toilet awan yg ada di sini.
bila dah tengahari dan panas memancar....permandangan di sini bertambah cantik dgn colour laut yg sangat kebiruan.
sangat cantiik
pukul 4 petang barulah bot laju datang ambil kami balik ke jeti. So untuk memenuhi masa yg ada ni kami lepak kat gerai ni. Order air sejuk utk menyegarkan tekak ini dan sempat lagi order makanan bergoreng. Padahal kenyang lagi tu...sajer nak kunyah2.
selfie laki bini di jeti ni sementara menunggu bot laju sampai.
masa kami menunggu bot sampai tetiba kami ternampak seseorang yang dikenali di sini. Seorang menteri penuh yang diiringi oleh ramai bodyguard dan isteri muda pun ikut sekali. Katanya singgah sini utk makan tengahari di sini...huhuhu. Boleh agak tak menteri mana?
Sampai di rumah mertua semula lebih kurang jam 6.30 petang macam tu. Happy sangat dgn aktiviti mcm ni. Sesekali kita buat oudoor activity yg tiada dalam plan. Akhirnya menjadi
Esok kami pulang semula ke KL. Jom tengok apa plak aktiviti kami nanti. Tungguuuuuuuuu.
p/s - tak sabar nak travel...tapi tengok duit ringgit jatuh...terus mood ke laut.
ke pulau juga akak ya? hehehee..
ReplyDeletewow seronoknyaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteWaaaah, bestnyer! Insya Allah nak ajak si suami cuti ke Pulau Perhentian jugaklar! Thank you for the wonderful pictures...cantik betul the scenery.
ReplyDelete
ReplyDeleteZilla,
yea ke pulau....tak plan pun. Alang2 dah ada kat sana kan.
Oooo u pun aktiviti pulau gak yea...hehe
ReplyDeletezakiah,
i mmh hantu air...sudah pasti seronok
ReplyDeleteCheeky,
Thank you. yea pulau perhentian mmg sgt cantik....cepat2 gi sana.
Thanks reading my blog.
Bab Minah Salleh ni yg bapak-bapak kena lebih berhat-hati nak bawak anak kat sini....hehehehe
ReplyDelete