February 4, 2015

Day 1 : Hong Kong & Macau Trip - HK International Airport & Man Wai Building Apartment



Salam semua.
Alhamdulillah aku sudah beransur pulih untuk meneruskan kerajinan mengupdate blog ini. Banyak benda nak tulis ni sepanjang 5 hari kami di Hong Kong. Banyak benda juga yang aku nak kongsikan di sini. Sebelum aku terlupa point2 yang penting.....baik aku update cepat2.

Trip ke Hong Kong dan Macau ini telah dirancang lama iaitu 6 bulan yang lepas. Kami berjaya mendapatkan harga promo ke HK melalui AA flight. Harga ticket flight kami RM350.00 return ( x tmasuk luggage)...murah tak ?. Sepanjang 6 bulan itulah kami membuat pelbagai persediaan seperti booking apartment dan membuat itinerary. Banyak juga sumber yang boleh aku buat rujukan untuk segala tips2 dan tempat-tempat menarik di Hong Kong. Aku rujuk pada blog kawan2 dan forum cari. Ikutkan 5 hari di sana tidak cukup untuk cover everything. The only way kami kena struggle sikit keluar awal pagi dan balik lewat malam. Kalau nak bersenang lenang melepak di apartment baik jangan datang HK. HK bukan tempatnya. Baik uols pergi Bali melepak tepi pantai atau tepi pool. Camana you all tengok betapa padatnya penduduk Hong Kong...macam tu jugaklah padatnya itinerary kami hahaha. Penangan HK punya pasal...balik KL kami semua demam, batuk dan sakit tekak.

Flight kami ke Hong Kong ialah pada jam 6.30 pagi. Lebih kurang jam 2.15 pagi kami berdua dah keluar rumah untuk ke TBS. Kami ambil bas di awal pagi jam 3.00 pergi ke KLIA2. Simpan kereta di TBS untuk 5 hari huhuhu. Sampai di KLIA2 lebih kurang jam 4.00 pagi. Oh ya lupa nak bagitau, sebelum tu jam 8 malam kami berdua dah tidur awal. Bagi pakaian semua aku dah packing siap. Jam 12 tengah malam barulah kami bangun, mandi dan makan malam. Yelah...badan ni kena cukup rehat dan cukup tidur sebelum bergerak. Schedule kami esoknya di HK sangat padat hingga ke malam. Aku memang tak harap boleh tidur nyenyak di dalam flite walaupun hanya 4 jam perjalanan. So, baik kami kasi cukup tidur dan rehat sebelum bertolak.

Di dalam flite pada mulanya aku tidur sekejap...tetiba lagi setengah jam nak mendarat tetiba pilot memberi announcement bahawa berlaku turbulence di sebabkan kelajuan angin yang luarbiasa. So captain bertugas terpaksa mengubah laluan mengikut jalan lain. Aduhhhh....tak senang duduk aku dalam flite. Tangan duk genggam tangan En Bos sambil mata memerhati di luar tingkap. Keadaan di luar agak tenang tetapi kami di dalam flite bergoyang-goyang agak lama juga. Mulut ku tak berhenti berdoa dan mengucap nama Allah semoga kami selamat sampai ke HK. Alhamdulillah akhirnya kami sampai juga. Dulu aku memang tak amik port benda2 ni tetapi sejak berlakunya nahas pesawat kebelakangan ni....aku kena lebih elert tentang keselamatan.

 di dalam waiting room sambil menunggu untuk masuk

 rombongan cik kiah 6 orang dan seorang baby. Sepanjang 5 hari kami di HK...bagus baby Musa..baik jer dia.

 tu dia....tengoklah bukan main sukanya dia bila nampak word Hong Kong tu. Akhirnya sampai juga aku ke HK walaupun ramai teman2 aku dah terlebih dahulu sampai di sini.

 punyalah besar airport HK ni....lebih kurang mcm KLIA kena naik train untuk ambil luggage.

dalam train

 sampai dah kami di sini. 

Untuk pengetahuan semua, airport di sini tidak strict seperti airport di Aussie and NZ kerana tidak ada pun tempat untuk pemeriksaan dan scan luggage. Lepas ajer kaunter imigresen...terus dah sampai ke luar. Aikkk...bestnya. Risau juga kami sebab kami ada bawa pelbagai makanan dan segala jenis binatang hehehe. Satu lagi nak bgtau...kat sini takda cop HK di dalam passport tau huhuhu. Alaaaa...tak bestnya. Sebaik kami sampai ternampak seseorang memegang kad nama Qistina...ahli rombongan kami. Tepat jam 11 pagi kami berada di sini dan seperti yang dijanjikan driver van yang kami chartered setia menunggu kami di sini.

Untuk info, kami memang dah booking shuttle van dari airport ke tempat penginapan apartment kami. Senang dan mudah. Bukan tak nak naik bas airport tetapi kami pikir agak susah juga jika kami naik bas. Kami tak tahu hendak berhenti di mana kerana apartment yang kami stay ini ialah di dalam kawasan perumahan penduduk dan bukannya di dalam kawasan hotel dan bandar. Kalau ada nama hotel memang mudah nak cari. Tapi kalau takat nama building yang susah orang nak kenal...memang merumitkan. Kebetulan kami pulak ramai 6 orang semuanya...memang berbaloi ambil shuttle van. Harga yang dikenakan ialah HK$350 satu hala. So, per couple hanya membayar HK$117 (RM54). Oh ya lupa nak perkenalkan nama driver yang mengambil kami naik van tu...nama dia Mr Anwar yang berasal dari Pakistan. Tapi dia dah bertahun-tahun stay di HK dan sudah pun menjadi HK citizen. Minta maaf uols sebab kami terlupa nak mengambil no phone dia. Sebelum ni kami booking dia melalui agent apartment yang kami stay itu.

 ini ialah counter untuk membeli Octopus Card. Tapi ramainya orang beratur panjang. So, kami decided to buy the card at any MTR station.

setia menunggu Mr Anwar datang dengan van dia. Berdebar-debar jugak entah camanalah rupa van dia. Muat ke dengan kami yg ramai ni dan bag kami yg banyak ni. Nak tau camana rupa van nya....

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
Tadaaaaaaa.....nampak macam buruk kan. Tetapi dalamnya sangat selesa. Kat belakang ada space khas untuk letak luggage dan di dalam ada 7 seaters.

CB punyalah seronok naik van ni..hahahaha

kami para isteri yang happy menjejakkan kaki di bumi HK.

perjalanan mengambil masa 35 minit sahaja dari airport ke apartment kami. Kami disambut oleh agen apartment nie, namanya Eddy (lelaki yg berbaju merah tu). Kami stay di area Jordon Road. MTR station yang paling dekat dengan apartment kami ialah MTR Austin yang mengambil masa 3 minutes berjalan kaki. Dan ada satu lagi MTR station yang dekat ialah MTR Jordon yang mengambil masa 15 minutes berjalan kaki. Kedua-dua station ini terletak di dalam colour line yang berbeza. Overall memang kawasan ini sangat strategik. Di bawah apartment kami ada halal food iaitu Indian Restaurant dan tidak jauh dari situ iaitu arah menuju ke MTR Austin ada satu lagi halal food iaitu Turkish Restaurant. Depan apartment juga ada pasar basah dan juga convenient store. Bawah apartment pun banyak kedai runcit juga. Memang puas hatilah stay di sini.


Inilah pandangan luar rupa apartment kami. Nampak macam buruk kan. Yelah ini kawasan local resident. Nak tengok tak camana rupa dalam apartment kami? Tadaaaaaa.......

cantikkan. Dalamnya pun bersih dan just nice for six of us. Dalam ni ada 3 rooms and 2 bathrooms, setiap bilik dan hall ada aircond, heater,TV, meja makan dan yang best free WIFI laju gilerrr...Ada satu bilik attach dengan bathroom. Oklah...sebab di HK ni mana nak dapat rumah yang besar. Ni pun kira besar juga jika dibandingkan kalau kami stay di hotel. Cuma bilik kami agak comel. Kami booking apartment ini melalui website ini www.airbnb.com . Harga untuk 4 malam di apartment ini ialah RM3000. So, jika di bahagikan kepada 3 couples...kami hanya membayar RM1000 per couple.
Aku cadangkan kalau korang dtg HK ramai amat berbaloi ambil apartment berbanding hotel kerana lebih murah, ada ruang lebih besar, boleh masak dan semestinya lebih selesa daripada hotel. Cuma apartment tidak terletak di town centre seperti hotel. Yang penting berdekatan MTR station.

Nama Agent : Eddy
No HP : +852 92343762


bilik kami berdua. Katil ni comel ajer. Oklah juga..malam2 boleh peluk cik abe rapat2...maklumlah sejukkan...oppsssss.

ini pulak bilik kedua yang attach dengan bathroom. CB, CQ dan baby Musa stay di bilik ini. Ada satu tilam untuk baby disediakan.

Ini pula bilik ketiga....B & D stay di sini. 

Kitchen untuk memasak. Semua complete ada dalam dapur ni. Cuma bahan makanan kena bawa sendiri lah. Segala beras, garam, gula dan minyak kena bawa sendiri yea. Sabun basuh ada disediakan. Aku bawa sabun tanah Taharah untuk samak segala periuk belanga dan pinggan mangkuk. 

bilik air utama kami. Air panas pun ada....pressure air kuat dan best mandi.

jeng..jeng... Inilah makanan yang kami bawa. Setiap couple bawa semua bahan ni sama2. Sampai di apartment kami keluarkan semua. Jangan terkejut...dalam masa 5 hari semuanya habis dimasak hahahaha. Tak percaya ke?

Sebaik sampai dah masa untuk makan tengahari. So, makanan yang segera ialah masak sambal sardine. kebetulan pulak aku bawa ikan bilis berlada dan B bawa serunding daging. Alhamdulillah kenyang kami makan dengan nasi panas.

Sambal sardine yang aku masak............

Lepas makan dan kekenyangan kami berehat sebentar di bilik dan mandi manda. Sebab jam 3 petang kami nak keluar semula. Ke manakah kami seterusnya???? Naik turun train dan kami tersesat...aduhaiiiii camana ni? Di mana kami tersesat dan siapakah yang kami bertanya??? Tunggguuuuuuuuuuuuuuuu.


p/s - tetiba kami laki bini excited.......tunggu.



8 comments:

  1. sedapnyaaa makan tu...hahaha kalo ada telur dadar ni lagiii tambah sedap...hehehe

    ReplyDelete
  2. BESTNYE....please share harga apartment tu.Haritu kami g HK dok hostel je.. tak jumpa aprtment

    ReplyDelete


  3. DJ,

    Tulah kami cari telur tapi kedai dah tutup. Tunggu hari kedua baru dapat beli telur.

    ReplyDelete

  4. f.m.y.,

    I ada share pasal apartment di entry ni. Cuba you baca balik.

    ReplyDelete
  5. Assalam..bole tau tak address apt ni? Yg mana satu yer dlm airbnb tu?

    ReplyDelete
  6. Boleh dapat contact number apartment atau nama penuh dia kalau nak sewa.

    Thank you

    Augustine Jumat
    Kota Kinabalu
    0198822361

    ReplyDelete
  7. SALAM,

    NAK TANYE WEATHER YOU PERGI TU WEATHER APA YE??

    ReplyDelete
  8. Salam, nak minta share no contact driver van, boleh x? Berapa yer harga 1 trip tu? Sy & family akan ke HK bln Dis..Kalau bleh share itinerary lg bagus. Thanks in advance. Email sy: roksanah.sa@gmail.com

    ReplyDelete