Salam semua.
Kita sambung lagi journal percutian kami ke HK pada hari pertama. Selepas kami berehat seketika di apartment tepat jam 3 petang kami keluar semula menuju ke destinasi seterusnya. Ke manakah kami? Kami nak cari ticket di agent pelancongan. Aku ada terbaca di blog kawan2 bahawa kalau beli ticket di travel agent di sana lebih murah berbanding kalau beli secara online. Mesti korang terpikir ticket apa aku nak beli ni yea??? Ticket disneyland, ocean park dan peak tram yg aku maksudkan uolssss. Bukan sikit-sikit punya beza harganya uolss...boleh tahan banyak jugak. Kalau darab dua pulak kami laki bini....memang lah lagi banyak. So, kami semua dah sebulat suara untuk membeli di travel agent di sini ajer.
Oh ya sebelum tu, terlupa nak bgtau. Kami belum beli Octopus Card lagi. Plan nak beli di station MTR ajer. Agaknya apa fungsi card tu yea? Fungsinya sama ajer macam Touch & Go card di negara kita ni. Card ini boleh digunakan untuk bayar tambang train MTR, bus dan sebagainya. Untuk permulaan kita kena bayar HK$150 (RM69) iaitu termasuk HK$100 nilai yang boleh digunakan di dalam card itu. Kalau nak balik nanti boleh refund balik baki deposit card HK$50 tu di mana2 customer service center di MTR station. Kalau baki duit masih ada....boleh dapat semula juga.
ini ialah pintu masuk ke dalam building apartment kami. Boleh keluar dan masuk di mana-mana pintu kiri dan kanan. Tapi ada password yea nak masuk pintu tu. Kalau takda password....tak boleh masuk.
Jom kita gerak ke MTR Station. Memandangkan kami nak turun di station MTR Mongkok...so kami kena naik MTR di station Jordan iaitu yang paling hampir dengan apartment kami. Lebih kurang 15 minit juga perjalanan kami tu. Tapi sepanjang perjalanan tu memang happening lah sebab banyak kedai-kedai jualan dan manusia yang sangat ramai. Kami kena melalui Jordan Road untuk menuju ke Jordan Station. Masa ni masing-masing tengah excited.
nampak tak signboard Jordan Road. Uols takkan sesat punya bile berada di tengah-tengah bandar HK kerana banyak signboard macam gambar di atas. Ia akan tunjuk attraction places dan MTR station ikut arah mana.
cik kak ni dan En Bos macam tour guide kononnya bawak pelancong hahaha. Padahal baru first time masuk HK. Bukan apa....aku yg buat itinerary dan aku yg pegang map, so para jemaah yang lain ikut jer mana kami pergi. En Bos pulak sibuk dengan camera merakamkan segala mcm benda di HK ni. Sehinggakan dia tanya aku...kenapa gambar dia tak ada kat first entry HK aku tu...ye ke hahahaha. Bukan taknak masuk gambar dia...tapi dah memang gambar dia tak ada pun. Sian dia. Ok entry kali ni aku masukkan pic dia banyak2...eheheh.
manusia yang sangat ramai sepanjang pejalanan kami menuju ke Jordan Station. Bukan happening tapi pening.....
Fuhhh akhirnya dah sampai Jordan Station.
inilah customer service center untuk membeli octopus card di MTR station. Semua MTR station ada kaunter macam ni. Map MTR HK pun boleh didapati di sini.
Octopus Card
Baca atas tu. Kami tak ambil tourist day passes sebab kami akan berada di sini 5 hari...so kami beli yang HK$150. Kanak2 berumur 3 tahun ke atas pun kena bayar yea.
Gelagat kami ketika menunggu train sampai. Masa ni muka sangat fresh....cuba tengok muka kami hari ke 5 nanti hahahaha.
Kami naik MTR dari station Jordan untuk ke DingDing Travel. So kami kena turun di Mongkok MTR Station. Exit di E2.
DingDing Travel : MTR Jordan Station - MTR Mongkok Station and Exit E2
Alamat DingDing Travel :
1403, 14F, Sino Centre, 582-592, Nathan Road, Mongkok
Sebaik keluar dari E2....terus belok ke kanan. Anda akan melalui lorong kecil di sini. Then akan nampak Nathan Road di hadapan. Terus ke kiri melalui jalan yang sama (Nathan Road). Jalan ini agak sibuk dengan kenderaan dan manusia yang ramai. Jalan terus dan cari Bangunan Sino Centre di sebelah kiri berdasarkan nombor di alamat di atas. Di hadapan bangunan ini ialah Bank of China. Mudah nak cari.
Tapi aku nak cerita apa yang telah terjadi pada kami. Kami ikut direction yang dibaca di blog kawan2. Rupa-rupanya kami memang betul tersesat. Masa keluar dari E2 tu aku tak terus beluk ke kanan tapi aku ke depan melalui jalanraya then barulah belok ke kanan. Jawapnya memang tak jumpalah bangunan Sino Center tu. Sebaik keluar tu memang rimas jugak sebab manusia sangat ramai uolss.....serabut otak aku jap masa ni. Tak caya cuba tengok pics di bawah ni
muka blur tercari2 manalah bangunan Sino Centre ni. Ahkak dan geng2 sesatlah. Kami tanya orang...takda sapa yang tahu. Alamak camana ni. Tetiba aku teringat yang aku sempat save gambar bangunan tu dalam hp. So, melalui gambar itulah aku tanya pada orang yang ramai2 tu camana nak ke sana. Jangan tanya makcik2 tua...memang dorang tak faham English...sebaiknya tanya orang muda yang nampak muka educated...sangat membantu.
jalan punya jalan...cari punya cari....akhirnya kami jumpa. Alaaaa...dekat ajer taklah jauh sangat dari MTR Mongkok tadi.
Tadaaaaaaaaaaaa....inilah bangunan yang kami nak cari. Nampak tak tanda S kat atas tu....itulah penanda utk Sino Centre.
satu lagi untuk mudah. Bangunan tu berhadapan dengan Bank of China seperti dalam gambar di atas.
Kami naik ke tingkat 14 dan cari DingDing Travel. Alhamdulillah dah sampai. Untuk info semua....travel agent ini dibuka setiap hari...walaupun hari ahad. Kami berbincang tentang harga.
Sebaik kami sampai aku tanya wanita yang berkaca mata tu tentang harga ticket yang kami nak beli. Fuhhhhhhhhhhh...semua nya naik harga uolss. Katanya harga tahun 2015 naik sebab harga online pun naik juga. Ni aku bandingkan harga Ding Ding Travel dan harga online.
|
Note : Ngong Ping aku lupa tanya sebab kami tak pergi pun situ.
Oh ya lupa nak bgtau. di samping beli ticket kami juga membeli prepaid line unlimited data di sini dengan harga HK$70 yang boleh bertahan selama 7 hari. Boleh buat call utk 20 minutes sahaja dan selebihnya untuk mobile data. Memang sesuai untuk pelancong macam kami. Kami pernah tanya pasal package ini di airport...tapi harganya lagi mahal HK$100. So, aku rekemen uolss beli kat sini ajer. Line nya pun laju uolss. Aku rasa memang perlu kita pakai line kat sini sebab mudah untuk berurusan dengan sesama rombongan. Yelah masing2 dengan arah tujuan masing2 especially masa bershopping...dgn ada nya line ini senang nak ber whatsapp.
habis membeli ticket semua, dari MTR Mongkok Station kami bergerak ke Central Station pulak untuk ke Peak Tram. Stop di sini.
Direction ke Peak Tram
By MTR : Mongkok MTR - Central MTR and Exit J2, dan naik tangga ke ground level. Pusing ke kanan ke Chater Garden. Kemudian anda perlu melintas Queen’s Road Central dan jalan terus menuju Garden road. Anda akan melepasi Bank of China Tower dan Citibank Plaza di sebelah kiri anda dan St John Chathedral di sebelah kanan . Kemudian berjalan terus ke The Peak Tram Station dan ambil tram untuk naik ke The Peak.
Actually mudah jer nak pergi Peak Tram ni sebab sebaik anda sampai di Central Station ni akan nampak direction tulis ke Peak Tram. Keluar ajer di J2 memang akan nampak signboard tulis Peak Tram....so ikut ajerlah. Sehinggalah anda akan sampai ke tempat yang dituju. Mudah sangat.
hamboi sakan kami. Sebaik keluar dari MTR station.
tu dia...En Bos. Mesti dia tersengih bila aku masukkan pic ni dalam blog hahaha.
melepaskan lelah sebentar sebelum meneruskan perjalanan. Jangan terkezut...perjalanan menuju ke Peak Tram ini adalah mendaki uolsss. Memang berpeluh sakan kami walaupun cuaca sejuk di luar.
alhamdulillah dah nampak word Peak Tram...lega ahkak. Terkedek2 ahkak mendaki untuk sampai ke sini uolss. Pancitttt.
Jalan sikit barulah nampak pintu masuk ke Peak Tram. Ya Ampunnn.....ramainya manusia. Fuhhhh....jenuh kami menunggu di sini. Sejam jugaklah kami menunggu untuk naik ke atas. Pasrah. Tapi kalau you all ikut travel agent akan diberi kelebihan untuk naik awal. Kalau nak beli ticket di sini pun boleh tetapi harganya mahal.
ticket Peak Tram dan Sky Terrace 428. Kalau nak beli ticket untuk masuk Madam Tussaud pun ada...tapi kami tak beli pun.
sambil menunggu kami berborak ler untuk menghabiskan masa. Ini pandangan dari arah depan.
Bila bawak baby...memang kesian sebab kena menunggu lama di sini. Nasib baik baby Musa budak baik. Merengek sekejap ajer....pastu dia diam.
Ini pula pandangan arah belakang.
Untuk mendapatkan scenery yang cantik...aku cadangkan uols duduk di sebelah tingkap kanan. Boleh nampak bangunan tinggi pencakar langit. Camana keadaan kami ketika tram mendaki ke atas??? Fuhhh....sangat sharp 90 darjah. Kepada yang berdiri tak dapat tempat duduk tu sangatlah perit buat aksi 90 darjah uolss. Masa aku naik ni...tetiba seorang pelancong China di belakang aku letak beg dia atas bangku depan dia iaitu bangku aku lah tu. Ehhhhhhh...sorry this is my place...i come first. Muka bengang pompuan China tu. Sempat pulak dia nak booking tempat untuk orang lain. Aku sampai dulu....so tempat tu aku punya lah.
sebaik kami sampai di atas nampak ada banyak jualan souvenir. Harga tak pasti sebab aku tak stop pun. Lepas balik apartment malam tu tetiba rasa menyesal tak singgah. Sebabnya aku tak jumpa pun tempat jual snow globe HK. Frust giler...
tu dia....dah jeling actor HK ni. Ada hajat mau jadi actor kah?? Hahaha
sila abaikan kakak ni nak berposing kay....
dari tempat tadi kami naik escalator lagi hingga sampai ke tempat paling atas di sini. Punyalah ramai manusia. Konon datang awal nak amik pic waktu siang dan malam. Tetapi disebabkan kami tunggu lama kat bawah tadi....sebaik sampai di atas kami hanya mampu melihat pic malam sahaja...uwaaakkk. Tapi manusia punyalah ramai time kami sampai tu. Tension juga sebab kena berebut dengan pelancong lain untuk mendapatkan spot yang cantik. Cuaca di atas ini...sangat sejuuuukkkk!!!! Satu yang kami ralat bila tiba di HK pada hari pertama ni ialah cuaca berjerebu. Kalau ambil gambar ni pada waktu siang memang tak cantik dan tidak jelas.
buka monopod dan lagi puashati ambil gambar sendiri. Hp tu kami terbalikkan sebab kami nak ambil pic menggunakan cahaya. Tanpa cahaya pic gelap ajer. Lama jugak kami lepak di atas ni. Ok jomlah kita turun tempat tadi.
Hard Rock Shop terletak di atas ni. Singgah kejap membeli tshirt sampai menambahkan lagi collection kami. Sebenarnya aku dah ada tshirt HRC HK...so En Bos seorang jer yg membeli.
tadaaaaaaaaaaa......Lepas membeli kami lepak di cafe kat atas tu sambil minum coffee. Tak larat nak turun bawah sekarang sebab katanya Q terlalu panjang. It may takes one hour jugak.
Penat menunggu ....jomlah kita turun jugak. Memang sejam lebih jugak kami beratur di luar ni. Udahlah cuaca sejuk melampau. Sabar yea.
Turun bawah...kami bergambar beramai2 di tempat tadi. Jumpa pelancong Mesia dan minta tolong depa ambilkan gambar kami.
Balik ikut jalan yang sama naik MTR dan kami stop di Jordan Station juga. Ikut plan asal kami nak pergi ke Ladies Market untuk bershopping katanya. Tetapi masa ni kami pun dah sangat penat dan masa dah suntuk. Kat sana katanya kul 11.30 malam penjual dah sibuk mengemas barang jualan. So kami tukar plan untuk pergi ke Temple Street. Sebabnya....market ini terletak berdekatan dengan apartment kami. On the way balik tu boleh nampak market ini.
Dah sampai.....jom kita posing dulu. Market ini sebijik macam Petaling Street kat negara kita. Peniaga di sini kasar giler sebijik mcm Petaling Street juga. Kalau tak jadi beli...memang kena maki hamun kaw2 punya...tabahkan hati anda wokay.
Banyak jual FM di sini....peniaga jual 13 for HK$100. Tapi aku minta 14...boleh dapat.
rambang mata memilih FM dan souvenir lain di sini.
segala jenis baju dan bag tangan serta tshirt pun banyak di jual di sini. Jangan lupa utk bargain harga lebih daripada 50 % hokay. Kalau dia tak bagi....korang angkat kaki jer. Pastu mesti dia akan panggil uols balik. Masa tu korang buat2 confident dengan harga yg uols nak kan.
Kami shopping ala kadar ajer. Sebab kepenatan tak sabar nak balik apartment. Plan asal kami nak singgah 7E untuk mencari telur ayam. Alangkah sedihnya sebab kat 7E tak jual telur....frust sangat. Nak singgah kedai lain tapi dah tutup. Kami ternampak satu kedai jual sayur-sayur masih buka...sempat kami capai timun dan sayur kubis. Sampai apartment masing-masing dah kelaparan, sampai ajer terus masak. Menu malam nie ialah nasi putih + rendang ayam segera + ikan bilis berlada + serunding dan sayur kubis goreng. Fuhhh sedappp dan kenyang...abis licin sebab lapar sangat. Lepas makan terus tidur kumpul energy untuk esok hari plak...
Nak tau apa yg terjadi esok ? ada org tu seludup brg sehingga ditahan. Siapakah ???? tungguuuu.
p/s: lagi 2 hari kami nk fly
Terima kasih atas latest info tiket kat dingding travel tu.Mahal jugak tiket disneyland kt situ...
ReplyDeletebetul tu...sgt rekomen kepada sesiapa yg travel ke HK beli tiket di Dingding travel ni sbb lebih murah dari beli di kaunter tiket or online. Tapi harga ni mmg agak mahal compare wkatu JM pegi dulu Disneyland ticket baru HKD380
ReplyDeletefuhh...kalau nk bawak anak2 pegi sini mmg mikir 4-5 kali kan
muhammad,
ReplyDeleteyes mmg mahal...tiap tahun naik harga.
Beli di dingding lebih murah.
JM,
ReplyDeletealhamdulillah kawan2 blog mmebantu rekemen beli tix di dingding ni.
salam kak..
ReplyDeletetq for sharing info.. detail sgt.. membantu, saya nye trip 25-29 april ni.. :) ramai sungguh time nak tunggu peak tram tu ye.. masa ni pergi weekend ke weekdays?
Dah la tiket Disneyland makin naik...duit kita pulak tengak jatuh...rezeki betul lah....huhuhu
ReplyDeleteSato,
ReplyDeleteMasa kami pergi tu weekdays. Rasanya tempat ni sepanjang masa penuh org tak kira hari apa.
Hi Kak! Nak tanya pasal Ding Ding Travel Agency, mereka buka setiap hari tak kira public holiday ke? Terima kasih!
ReplyDeleteassalam, just finished reading your hong kong trip ni..thanks a lot. nak tanya mcm soalan atas ni ding ding ni tutup jam brp. flight kami sampai HK mlm
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteTerima kasih utk info. sy jdkan rujukan trip kami bln jan 2016. :)
Salam kak, saya nak tanya sikit. Masa akak beli ticket kat dingding, mereka boleh berbual bahasa english?
ReplyDelete