January 22, 2014

Day 9 : Journey to New Zealand - Waiheke Island


Salam semua.
Tinggal lagi satu entry nak habis...untuk hari ke 10 kami di bumi Kiwi.
Now aku nak citer hari ke 9 kami di Pulau Utara NZ. Pagi tu kami dah bergerak awal menaiki van yang sama kami naik semalam. Kami dah booking awal. Seperti semalam kami turun di Civic Theatre, Queen Street. Then....jalan kaki hingga ke Downtown Terminal. 

Plan hari ni nak menaiki cruise ke Waiheke Island. Patutnya boleh jer turun terus di sana...tapi kami ambil keputusan nak jalan kaki sambil menyinggah di kedai2 yang berdekatan kot2 ada yang berkenan di hati. Hari ni cuaca tidak seperti semalam terang benderang.....mendung sedikit. Takpa....yang penting tak hujan. 

inilah van yg kami naiki....45 minit perjalanan ke bandar Auckland

bersama Chef Watie

kami sampai di Downtown Terminal dan beli ticket ferry ke Waiheke Island. Harganya tak ingatlah NZD38 mcm tu rasanya. Actually ada beberapa island yang kita boleh pergi dari terminal ini. Mr Edi yang rekemen kami pergi Waiheke Island sebab cantik katanya. Kalau nak amik package yang termasuk sight seeing dalam pulau pun ada tapi agak mahal sikit. 

menunggu ferry sampai



kami menaiki ferry ini...Fullers yang membawa kami ke Waiheke island



ini ticketnya....kami beli return ticket ajer tak payah amik package....kat sana ada bas yang boleh bawa kami jalan2.

sempoi jer tempat duduk di sini. 

gambaran terminal downtown yang diambil dari dalam ferry

keseluruhan bandar Auckland

Dah nak sampai Waiheke Island....kesejukan mula terasa masa kami berada dalam ferry...tu yang pakai jacket. Sebaik sampai di sini....terpegun dgn keindahan pulau ini...byk boat2 persendirian di sini

Welcome to Waiheke Island

berjalan kaki sedikit untuk ke bus stand



kami perlu berjalan lebih kurang 10 minit untuk ke bus stand ini. Kelihatan byk betul kereta parking di kawasan ini. Oooo rupanya penduduk pulau ni yang berkereta jika hendak ke bandar Auckland menaiki cruise kena parking kereta di sini. Bayaran mengikut jarak ke terminal ferry. Kalau lagi dekat...maka mahal harganya.

lepak menunggu bas di Waiheke Island. Lama gak menunggu bas sebab bas akan datang setiap setengah jam. Nampak tak kereta2 di belakang kami ni. Masa kami menunggu bas ini kami telah ditegur oleh satu couple yang dah veteran sambil menarik luggage setiap seorg. Rupanya mereka berdua ialah penduduk di pulau ini dan bercadang hendak ke bandar Auckland mengunjungi rumah anak mereka. Masa kami berada dalam bas....ramai sungguh orang tua. Kebannyakan mereka memang stay di sini dan anak2 stay di Auckland. Suasana dalam pulau ni memang mcm kampung yang mendamaikan. So...bas tu akan mengelilingi pulau dan berhenti di setiap bus stand. Bayaran seorang bas ialah NZD9.

kami berhenti di sini iaitu berhadapan dengan laut. 

cafe yg kami lepak ini berhadapan dengan laut ini

jom berhenti sebentar sampai pekena hot chocolate dan banana cake ni....sedap giler cake ni.


geng cik kiah bersantai sambil berchit chat....alahai mak datin sangat. Masa ni datuk2 tengah main golf...ahakssss. Kat sini ada wifi free sebab kami pengunjung di sini. Apalagi....masing2 sakan mengudate apa yg patut hahaha. Memang best dan santai sangat.



permandangan di persekitaran kawasan beach ini



apalagi jom berposing sakan...sebab hanya esok kami akan berada di NZ ini.

syahdu nak meninggalkan bumi Kiwi ini setelah 10 hari berada di sini. Apalagi...masing2 melayan perasaan sampai memandang laut yg terbentang luas. Entah bilalah kami akan kembali ke sini lagi??? Jom kita balik semula ke Auckland.....hari pun dah petang. Lama jugak kami menunggu bas di sini...sambil2 melayan wifi kat cafe tadi. Kami lepas sebelah cafe untuk mendapatkan line wifi. 

sampai bandar Auckland kami dah kelaparan....jom kita pekena nasi di kedai yg sama mcm semalam. Mak tak kosa nak cari kedai lain dah.....

nasi padang pun ada uolsss...sedapsss!!!


Lepas dah makan...kami meronda di setiap kedai souvenirs di Queen Street untuk menghabiskan duit dollar yang ada...maklumlah esok dah nak balik kan. Souvenirs di sini boleh tahan murah jugak....bergantung pada kedai. Ada kedai yg jual mahal dan ada yg murah. Kena rajin bandingkan harga dan mencari harga yg terbaik. Aku banyak beli tshirt All Black di sini...murahlah jugak. 

Then aku ke Pasaraya Downtown untuk membeli coklat dan segala jenis biskut yang sedap di sini. Borong sakan aku di sini sebab jadi giler tengok biskut dan coklat di sini...semuanya sedap2 belaka. Sempat beli buah Kiwi....tapi harga taklah murah sangat pun. Dah malam baru kami balik ke hotel. Malam tu kami packing bag...giler berat beg aku uolssss. 

p/s - sebulan jer lagi.....




5 comments:

  1. pasni nak ke mana ajer la tu hehee ;)

    ReplyDelete
  2. Salam Leez,
    Indahnya NZ. Saya follow your entry from the first day until now. Berminat utk ke NZ hujung tahun ni. Boleh tahu what kind of food yg kita boleh bwk masuk ke NZ? Raedy made foods mcm Brahims, makanan dlm tin like tuna,sardin boleh bwk tak?
    Atau senang dpt yg halal kat sana?
    Tq. (Liza from Perlis)

    ReplyDelete
  3. sgt2 la jeles dgn geng cik kiah leez....

    ReplyDelete
  4. Teringin nk join miss syarliz for the upcoming vacation. May i know, the next trip that u guys planning to go within this year?

    ReplyDelete
  5. Hrp lps dah berdua ni,k leez still berblogging.hihihi

    ReplyDelete