Salam semua.
Gigih nak update blog secepat yang mungkin. Lepas ni gonna be my busy month. Ok sambung hari ke 8 di Northland NZ. Harap jangan ada yg letih nak baca entry ni sebab banyak gambar. So...aku tulis mana yang terdaya jer. Biarlah gambar-gambar ini berbicara huhu.
Kami meneruskan aktiviti berjalan kaki di bandar Auckland yg happening ni. Mr Edi kata jom kita pergi Wynard Quarter. Dia kata kat situ boleh tengok bandar Auckland dan Skycity Tower dari jauh. Cuaca memang sangat cantik dan meletopss. Nampak matahari tapi dingin sesekali angin bertiup. Memanglah rezeki kami hari ni. Mr Edi kata semalam sehari suntuk warga Auckland tak keluar rumah atas faktor cuaca ribut petir dan hujan lebat. Aku tengok warga Auckland mcm excited semacam bila tengok cuaca mcm ni. As uols know....NZ weather is unpredictable.
me @ Auckland
jom berjemaah jalan-jalan santai...sambil tu sesekali stop jap kat kedai souvenirs
kami sampai di area Downtown Terminal....sambil tu nak tanya cruise package di pulau2 area sini. Plan nak gi jalan2 esok di sana. Kami singgah makan ice cream yg sedap ini..
ferry building yang unik
sempat photoshoot model kita hari ini
geng cik kiah yang bergambar sakan di sini
kami jalan dan terus berjalan di tepian ini
cantik lautan pun warna biru turquois
langit biru matahari terang memang gambar pun akan jadi cantik.....walaupun org nya tak berapa cantik
sehinggalah kami nampak kapal2 sewaan yatch ini
mengabadikan kenangan berlatarbelakangkan bandar Auckland ini
sesapa yg banyak duit nak sewa pelayaran kapal di perairan sini...boleh jer. Kalau aku banyak duit...tringin sangat nak sewa kapal mcm ni. Jom encik tunang....untuk hadiah besday wife pun dah okay :p
dah nampak skycity Auckland.....tak sempat naik sbb kesuntukan masa
untuk ke Wynard Quarter kami mesti melalui jambatan ini. Tetiba terdengar siren menandakan jambatan ini ditutup untuk laluan kapal
cantik sangat...kelihatan laut berwarna turquois dan pelbagai kapal percutian menghiasi perairan
disinilah tempat yang cantik dan sesuai untuk mengambil gambar berlatar belakangkan bangunan pencakar langit di Auckland...nampak skycity tower di sini
dah ghupa penyanyi nasyid plak bile berdiri mcm ni ...muahaha
apa yg menarik di Wynard Quarter.....di sini menjadi tumpuan pelancong untuk beriadah melihat keindahan bangunan pencakar langit, kapal-kapal berlabuh dan banyak juga cafe-cafe santai bersama family. Menurut Mr Edi....masa NZ menjadi tuan rumah Rugby World Cup tahun lepas....juga diadakan di sini.
tengoklah model in the making.....sapa ajar? mamat tu lah yang ajar kami posing mcm ni...walaupun bentuk badan masing2 nan hado ghupa model....berangan lebih.
pantang dituju lensa...mesti dia nak posing
sesuai untuk dimasukkan dalam majalah Mangga Mempelam
masa nak balik.....again jambatan di tutup utk laluan kapal yg belayar
Kami bisik pada Mr Edi....kami nak merasa Fish n Chips di Auckland ni. Kat mana yang sedap? Dia kata kat Mission Bay ada restaurant fish and chips yang terkenal dan sedap. Tapi kena naik bas untuk ke sana. So, dari Wynard Quarter kami berpatah balik dan jalan kaki ke Central Train Station....kami mengambil bas di tepi station tu ajer untuk ke Mission Bay. Bas nombor apa....sorry dah lupalah. Maklumlah bila dah ada tourist guide ni...main belasah ajer ikut orang. Sehinggakan aku terlepas pandang apa number bas yang kami naik. Untuk ke tempat ini ia mengambil masa 20 minutes.
Tempat ni memang cantik di persisiran pantai...sesuai untuk beriadah bersama family. Kami pun mcm tak larat dah nak berjalan ke arah pantai tu sebab kepenatan. Beriya Mr Edi ajak kami jalan2 ke arah tu. Kami kata tak payahlah...jom kita terus ke restaurant jer hehe. Lagipun hari dah nak senja....nanti terlambat balik plak kami.
sebaik turun dari bas....kami berjalan sikit dan melintas jalan menuju ke arah kawasan deretan kedai ini
ni dia restaurant yang kami pergi....FISH POT CAFE...wahh ramainya orang. Kena tunggu sebentar untuk mendapatkan meja yang kosong.
Fish and Chips....ramai yg order ini
aku plak order lain...aku amik Grilled Fish and Chips....ok sedap...cumanya lagi sedap kalau ada chilli sause buatan Malaysia.
kami tambah order prawn swiss roll...sedapp
amik sorang satu rasa....
memang happening tempat ni....suasana pun nyaman dan sejuk. Bila dah nak malam.....suhu bertambah sejuk dan berangin...sejuk giler sampai ke tulang. Masa ni Siti tengah demam...kesian dia tak sihat
muka-muka ceria dapat makan fish and chips di Auckland
balik kami naik bas dan turun semula di bas stand yang kami naik tadi. Then kami berjalan kaki ke Civic Theater semula untuk naik van pulang ke hotel. Kami contact driver van itu untuk amik kami di situ.
Balik bilik kami kepenatan dan terus tidur. Maklumlah malam sebelumnya kami tak cukup tidur...hanya tidur di airport. So, malam ni kami nak rehat betul-betul sebelum memulakan hari esok. Agaknya apakah aktiviti kami esok? Tungguuu.......
cantik2nya Leez.. nak ke mana lagi tuuu...
ReplyDeletebest sangat2
ReplyDeletememang awesome tempat yang akak gi ni..
ReplyDeleteWah syioknya. Lain kali cubalah tukar destinasi. Datanglah ke bumi Negara Brunei Darussalam. Walaupun negara ini kecil tapi sangat unik sekali dengan keindahan Kg Air.
ReplyDeleteWah liz kamu ni betul-betul enjoy punya orang. Tentu bnyk duit ni kalau tdk masakan selalu berada di luar negeri. Lain kali cubalah tukar haluan ke bumi Negara Brunei Darussalam pula. Walaupun negara ini tidak sehebat negara yg pernah kamu kunjungi namun ianya mempunyai ke unikan yg tersendiri dgn adanya Kg Air yg terletak di ibu kota. Pastinya menyeronokan lebih2 lagi dgn hidangan ambuyat yg diperbuat dari sago di mkn dgn lauk pauk dan cacahnya. Wow.......
ReplyDeletehi dear... berminat nak tau pasal van tu..u ada number dia ke ata refer mana2 web..
ReplyDelete