Salam di alam maya.
Nak celoteh-celoteh sikit sebelum aku sambung lagi citer pengembaraanku di tanah Sumatera Barat. Terima kasih byk2 lah kepada yg masih setia membaca blog ini walaupun kekadang tu aku lambat update....hingga berminggu-minggu. Terima kasih juga kepada yang sudi memberi komen pada setiap entry yang aku tulis...walaupun comment yg diterima taklah banyak mana. Bukan blog fofuler pun hehehe.
Cuma satu ajer aku nak bgtau di sini....minta kerjasama semua agar dapat bagi nama korang masa bagi comment tu. Tak best lah kalau aku panggil korang Anony ajer. Kan best...tulis nama anda kat ruangan pengirim tu. At least aku tau lah jugak sesama yg bagi comment walaupun aku tak kenal korang secara personal. So kalau aku nampak Anonymous lagi....mungkin aku tak jawab kot pertanyaan korang lepas ni.
Ok sambung kisah percutian ni.
Selepas membeli di kedai Hjh Rosma, aku bagitau Pak Sopir nak shopping kat Pasar Aur Kuning. Masa ni jam menunjukkan pukul 4 petang....sempat ke? Sebab pasar ni tutup awal....dalam kul 6 petang macam tu. Pak Sopir kata.....sempat jer.
Sebaik kami sampai....agak pening sebab pasar ni agak bersimpang siur. Susah parking dan kena jalan jauh sikit untuk sampai ke pasar. Sebaik sampai.....aku jadi rambang mata kejap. Sebab terlalu banyak barang di jual di sini...antaranya kain ela, telekung, lace dan segala macam fabrik. Harganya??? Memang sangat murah dan sangat berbaloi membeli. Di sini ialah pusat jualan borong untuk bahagian Sumatera. Even, peniaga di Medan, Acheh dan tempat lain pun akan ambil barang di pasar ini.
bila tengok harga telekung di sini murah....menyesal plak beli banyak masa kat Pasar Atas hari tu. Tulahhh...tak sabar punya pasal hehehe. Yang penting kena pandai letak harga serendah-rendahnya. Kalau kita beli banyak...memang sangat murah
kat belah sana ialah jualan kain ela. Murah uolsss...banyak kain cotton yg cantik-cantik.
ini contoh kain ela yang dijual di pasar aur kuning
lorong sangat sempit. So, kena berhati-hati dengan pencopet yg dikatakan banyak di sini.
aku beli lagi telekung di sini....siap duduk tu.
telekung yg digubah menjadi hantaran pun ada
Kejap ajer kami shopping sebab dah penat. Nanti esok kalau sempat nak datang lagi. Seterusnya kami nak ke Lubang Jepang dan Sianok Canyon pulak. Tapi....sebaik sampai di Lubang Jepang aku malas nak turun...aku kata kat pak sopir suruh ke Sianok Canyon ajer. Sebelah ajer tempatnya. Puas amik gambar sana sini dan shopping sikit di kedai-kedai pinggiran Sianok Canyon tu....kami pun balik. Penat dah.
Jom tengok gambar-gambar yg aku sempat snap.
di belakang tu ialah Sianok Canyon...ia bersambung dengan Lubang Jepang. Nak tau sejarah nya...sila google yea hehehe. Skrang ni ahkak dah takda masa nak google semua....sibuk sangat.
Sianok Canyon.....cantik dan luas tempatnya
boleh nampak Gunung Merapi yg masih aktif
di sini juga ada kedai jualan...ada tshirt, baju dan barang2 perhiasan. Nak beli FM pun ada dijual di sini
dah lewat petang...orang tak berapa ramai di sini
permandangan indah jualan lukisan gambar2 tradisi minangkabau.
muka dah nampak penat. Siapa kata Bukittinggi ni sejuk? Jangan terpedaya okay. Tak sejuk mana pun. So kalau korang stay hotel yg takda aircond....hmmmm masaklah korang kepanasan dalam bilik. Aku yg amik bilik ada aircond ni pun rasa panas....aircond slow giler. Hmmmm.....memang aku bengang masa ni....dah lah bayar mahal.
Petang tu kami terus balik ke hotel. Sebaik sampai hotel.....bilik tak sejuk. Memang membuatkan aku naik hangin. Udah lah aku bayar mahal utk bilik aircond tapi hampeh. Syukur hujan pun turun malam tu...ada lah terasa sejuk sikit.
Malam tu aku dah berjanji dengan teman lama yg berasal dari Paya Kumbur berdekatan dengan Bukittingi untuk berjumpa. Dah lama sangat kami terputus hubungan....akhirnya FB yg menyambung persahabatan kami. Namanya Andra. Aku kenal dia masa aku datang ke sini bersama family 12 tahun dulu....masa tu dia bekerja sebagai tourist guide dengan sebuah travel agensi. Then...dia datang ke Malaysia untuk bekerja. Lepas tu aku terus lost contact dengan dia. Sekarang dia bekerja di sektor kerajaan Indonesia sebagai pegawai. Dalam masa yg sama dia juga ada perniagaan sendiri iaitu mengusahakan kedai langsir dan cadar. Menurut Andra sekarang ni dia dah ada 3 cawangan kedai di sini. Wahhhh business maju syukur Alhamdulillah. Andra sudah berkeluarga dan punyai 3 orang anak.
Malam tu kami makan bakso di gerai berdekatan situ. Borak sakan dan pelbagai benda kami bualkan. Sehinggalah kami berbual hal business dengan dia. Dia bercadang membuka cawangan di KL insya Allah. Tunggu ajer. Andra juga ada bawak contoh cadar yg dia buat. Dia bagi aku satu percuma sebagai tanda hadiah dari dia. Masa ni kami melepak di lobi hotel. Sehinggakan ada yg menegur aku tanya pasal cadar tu hehehe. Ehhhh...aku pulak yg beriya2 mcm aku yg tokeh hahahaha.
Sedihnya....aku terus terlupa nak snap pic Andra masa ni. Yelah seronok sangat sampaikan terlupa. So memang takda gambar kenang-kenangan aku dengan dia. Sedihnyaaaa.
oklah...esok aku sambung lagi utk destinasi seterusnya.
p/s - this weekend outstation lagi...ke manakah???
syoknya jalan2 & shopping
ReplyDeleteSalam leez..huGS
ReplyDeleteAkak dtg nak Baca cerita padang dan bukit tinggi.
Wahhh bestnya shopping...murah lagi.
Cantiknya permandangannn.
Tak bestkan kalau x kasi nama..cik anony..kan.
Salam Yong
ReplyDeleteCantek la tempat Sianok Canyon tu...
Blogger yang sibuk selalunye paham apabila blog bersawang...no worry..maklumla..bila otak terlalu penat, usahkan nak menulis, nak skodeng blog orang pun tak sempat..ye dak Yong...
Kain telekong tu tebal tak Yong ?
Assalamualaikum Leez,
ReplyDeleteMana murah telekong compare Pasar Aur Kuning dan Tanah Abang Jakarta?
Nak tengok la cadar yg Andra buat tu
Sianok Canyon ngan gunung merapi punya view mmg cantik gilosss...
ReplyDeleteWoaw.. Bestnye. Is it kids friendly?
ReplyDeleteAnum -
ReplyDeletedah jugak syok menghabiskan duit hehehe
ReplyDeletekak hanim cyg (hugss hugss) -
yea sana best shopping tapi saya bawak duit ciput ajer hehehe.
ReplyDeleteAku Seorang Pengembara -
yea sesapa yg menjadi blogger memahami kebusyan blogger yg lain spt saya ni.
Nak reply ni pun x sempat hehehe.
Yea telekung kain tebal. Kalau yg murah sikit tu....nipis skit lah
ReplyDeleteAnne -
sy dah tunjukkan cadar yg andra bagi tu.
Kain telekung di sana lebih murah beli di Pasar Aur Kuning banding di Tanah Abang. Dengan syarat kena pandai turunkan harga.
ReplyDeleteaku dan sesuatu -
yess sangat cantik....saya terpegun.
ReplyDeleteSyaz -
oklah if u wanna bring your kids....
Kak, ada x contact fbook/emel kwn akak andra tu? berminat la nk beli langsir n cadar..murah x dia jual? kedai dia kt bukittinggi/padang? kalo blh emel sy balik farhoney_eagle@yahoo.com
ReplyDelete