Sambung lagui hari kedua kami di Bukittinggi.
Kami meneruskan perjalanan untuk makan tengahari pulak. Aku siap bgtau nak makan kat restoran yang tengah sawah padi tu. Sebab pernah makan kat sini...sate minang di situ meletup uolss. Pak Sopir kata memang di situlah dia akan pergi kalau bawak wisata. Tempat ni memang sangat terkenal di kalangan wisata. Yang datang makan pun semuanya wisata mcm kami. Nama tempat ni Pondok Flora.
Sebaik kami tiba.....tempat semua fully booked. Rupanya wisata lain dah booking awal untuk makan di sini. Nasib baiklah kami berdua ajer...bolehlah takat selit sana sini. Permandangan di sini memang superb lah. Cuaca dingin dengan sawah padi sekeliling kita. Bukan itu sajer...kami juga makan di atas kolam ikan belaan mereka. Sebaik sampai di sini...aku memang boleh refresh balik kenangan makan di sini. Sama aje tempatnya takda banyak beza. Cumanya kali ni tempat makan padat dengan wisata. Dulu tu......tak ramai sangat mcm sekarang.
Jom tengok apa yg kami makan di sini.
Restoran Pondok Flora
suka pic ni. Ada awan, ada pokok dan ada air kolam
di bawah restoran ini ada kolam yang dipenuhi dengan ikan-ikan
nampak macam ikan emas dan gurame
tengoklah restoran ini dikelilingi dengan sawah padi yg terbentang luas. Kiri kanan depan belakang semua ada sawah padi.
sebaik kami sampai. Dah nampak makanan ini terhidang. Maknanya ada tetamu yang dah booking tempat ini. Makan bersila uolss. Aku kalau makan bersila...terus tak lalu makan. Sebabnyaa.....kaki cepat lenguh hehehe.
ni pulak makan di atas meja dan kerusi yang juga telah dibooking oleh tetamu di sini. Makanya kami duduk di celah-celah mereka ini. Ketika ini kita orang sampai awal...so bebas utk bergambar sana sini.
tempat duduk kami berdua. Wahhhh mengancam tengok makanan. Jujur cakap aku suka makanan di sini...sedap gilak...especially ikan gurame bakar itu dan sate minang
ikan gurame yg mengancam tekak aku ahakssss
juga sate minang yg mengancam tekak aku jugak
tengoklah makanan ini. Adakah anda terliur. Kenyang sangat masa ni. Terus kami beredar sebab orang terlalu ramai.
Destinasi seterusnya....kami pergi ke tempat membuat pisang salai yg terkenal di sini. Biasanya mesti wisata akan datang membeli di sini. Ini pisang yg baru dipotong dan disusun sebelum digoreng.
pisang salai yang siap digoreng. Makan panas-panas memang sedap.
Kelihatan pekerja ini sedang membungkus pisang salai ini. Kebetulan plak masa kami sampai...stok pisang salai yg siap dibungkus habis ditempah oleh orang lain. Terpaksalah aku merayu nak jugak beli. Dia bagi beli tapi hanya sedikit ajer. Aku beli 10 bungkus sahaja. Tu pun puas merayu. Hmmm...kalau aku datang satu bas...jawabnya tak merasa nak membeli di sini. Camana lah dorang ni....apa salahnya buat stok banyak sikit,
sebelah nya ada tempat minum kopi percuma. Entah lupa apa namanya. Aku lepak kejap minum kopi di sini.
jemput minum semua. Oklah jugak. Walaupun aku buka peminum kopi...tapi belasah jugak masa ni.
Kemudian, pak sopir bawak kami berdua pergi ke kedai sulama Hajah Rosma. Mulanya aku malas nak pergi...tapi sopir kata singgahlah kejap. Setahu aku tempat ini ada kelas untuk belajar membuat sulaman. Charges yg dikenakan ialah Rp1 juta utk 6 bulan pembelajaran. Tempat tinggal di sediakan dan makan minum kena biaya sendiri.
Masa kami sampai ni...pelajar semua bercuti. Hampa bila tengok kosong ajer. Tak dapat nak tengok camana dorang buat sulaman tu. Takda rezeki aku di sini. Kemudian kami tengok-tengok sulaman yang dijual. Jujur cakap kain sulaman seperti kebaya, tudung, baju kurung yang dijual di sini sangat cantik dan kemas buatannya. Hajjah Rosma pengasas tempat sulaman ini memang mempunyai kepakaran sejak bertahun-tahun lamanya. Umurnya sekarang ialah 85 tahun. Sekarang dia masih membantu sikit2 perniagaan yang diusahakan oleh anaknya. Masa kami berbual dengan nenek ni....dia baik sangat dan cakap begitu lemah lembut. Kuala Lumpur tu memang dah jadi sebahagian kampung dia jugak. Menurut kata anaknya.
ada kebaya dan tudung sulaman
sangat cantik....geram tengok
aku beli satu barang ajer iaitu bekas tisu seperti gambar diatas
sempat bergambar dengan Hajah Rosma.
Oklah sekian dulu untuk chapter kali ini. Nanti minggu depan aku cuba sedaya upaya untuk mengupdate lagi. Terima kasih banyak-banyak semua diatas kesudian membaca blog ini dan setia bersama pengembaraan aku.
salam ,leez sulamankain di kedai hjh rosma mahal tak?
ReplyDeletehalus sulaman nya, cantik2 pula tu.
ReplyDeletesalam, mcmmana leez dapat contact sopir setiap kali ke indonesia.
ReplyDeletekata org sulaman sana lagi cantik kan kak?
ReplyDeleteaishhh sedappppp nyer makanan tu kak. Esok saya gi Padang, legaaaa heheee :)
ReplyDelete
ReplyDeleteAnony -
mahal skit berbanding beli di pasat tetapi kualiti sulamannya bagus
ReplyDeletenieda -
yess sangat halus dan cantiksss
ReplyDeleteAnony -
sy banyak buat research di blog org lain dan di cari forum
ReplyDeleteAlin -
yesss...di bukittinggi mmg terkenal dengan sulaman yg halus dan cantik
ReplyDeleteFaz -
sorry lambat reply...hope u enjoy trip ke padang