Episod terakhir untuk percutian ke Terengganu ini. Hari ke 5 aku di bumi Ganu. Lama benar rasanya aku di sini. Tetiba rindukan kampung halaman...hmmmm iyalah tu. Pagi tu kami dah kena check-out dari hotel. Lebih kurang jam 10.45 pagi kami bergerak ke Pejabat MB Terengganu di atas jemputan. Last minit dapat tau MB tak dapat joint kami. So, ada wakil yang akan entertain kami...entah lupa apa namanya. Sebaik tiba kami dijemput masuk ke bilik mesyuarat. Di sini kami diberikan taklimat tentang perancangan dan pembangunan negeri Terengganu. Lama jugak tu dalam 2 jam...sampaikan aku mengantuklah terpejam mata hahaha. Bukan aku ajer yg mengantuk....aku tengok ramai gak yg mcm aku hahaha.
Banyak jugak peruntukan yg disediakan oleh MB untuk rakyat dan anak Terengganu. Insya Allah tahun akan datang akan ada kerjasama di antara syarikat kami dan kerajaan negeri terengganu nanti. Banyak benda dalam minda aku apa nak buat nanti. Kita tungguuuuuuuuu.
Kami juga telah dijamukan dengan hidangan makanan tengahari. Sedap nya makan kat sana. Di samping itu juga setiap kakitangan dapat goody bag yang berisi mug dan keropok kering Terengganu. Terima kasih banyak-banyak.
bos bagi cenderahati kepada wakil pejabat MB terengganu....
masa nak balik kami bergambar beramai-ramai di luar bangunan pejabat MB
siap suruh amik gambar bangunan tu penuh hehehehe
Habis dalam jam 2 petang macam tu. Then...kami semua bergerak balik ke KL. Aku balik ikut kereta bos. Singgah dulu di BTB sebab nak amik keropok lekor yg diorder 2 hari lepas. Senang citer.....sib baik dah order awal...terus ajer amik dan bayar. Dah makan kepok lekor tu...memang sangat sedap....terbaik so far!!!
Lebih kurang 3 petang jugak kami bergerak dari KT. Dalam perjalanan...sangatlah mengantuk. Aku duduk di belakang...heheheh boleh lelapkan mata. Singgah kejap di Masjid Kemaman untuk solat jamak. Then...bos kata jom kita minum-minum di Pantai Mok Nik. Tak pernah aku ke sini.....nice place. Ramai sungguh yg meniaga sata dan kopok lekor. So....kami makan sata dan kopok di sini. Sempat beli sata juga untuk dibawa balik ke rumah.
Then, bos kata jom kita turun kejap di tepi pantai. Masa ni dah lewat petang jugak. Aku snap gambar sikit.....nampak pelangi cantik.
Pantai Mok Nik..........ramai yg bersantai di sini
gitulahhhh.....sukanyaaaa....
Kali meneruskan perjalanan lagi......dan berhenti sekali lagi di R&R Gambang untuk solat jamak maghrib & isyak serta dinner. Aku order meehoon sop ajer. Dengar citer bas rombongan ketika ini masih lagi berada di Kemaman. Entah kul baper depa nak sampai Bangi tu huhuhuh. Akhirnya aku selamat sampai KL pada jam 10.30 malam. Alhamdulillah semuanya selamat. Selama 5 hari di KT...memang best dengan pelbagai jadual yg padat.
Next entry aku citer pasal percutian di Padang-Bukittinggi pulak kay.
p/s - Bulan Januari 2013 adalah bulan yg sangat busy
X sabar tgu cite pasal pdg n bkt tinggi..
ReplyDeleteanum - mmang best sgt
ReplyDeletemisscotton - tunggu yea.....laptop i rosak....tak boleh nak update kt rumah. Kat opis busy sgt plak tu. Take time skit
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesaya singgah sini
;)