Salam semua.
Bertemu kita sekali lagi dalam dunia maya. Masa begitu mencemburui aku di kala ini. Memang aku jadi kelam-kelibut dengan tugasan, hal peribadi sehinggakan nak update blog memang takda masa. Ni pun terpaksa mengejar masa dan mencuri masa juga utk update blog ini. Kalau aku diamkan ....jawabnya blog ini tidak berganjak hehehe.
Ok jom kita borak pasal trip aku ke Padang dan Bukittingi. Actually aku booking ticket ke sini tak plan pun. Cadangnya nak pergi tempat lain tetapi entah kenapa aku pilih ke sini lagi. This was my 2nd time trip ke Padang. Dulu pergi dengan family masa arwah papa masih ada lagi....it was 12 years ago. Nak dijadikan cerita dulu tu...pakai camera filem so gambar byk tak jadi. So, bile aku repeat ni.....mengembalikan nostalgia dan aku dapat mengumpulkan semula gambar-gambar yg superb. So....tak rasa menyesal kenapa aku memilih destinasi ini sekali lagi.
Bertolak ke Padang menaiki LCCT....tambang murah ajer uolsss. Budget murah maka naik ajerlah flight yg murah. Flight masa ni pukul 8 pagi dan perjalanan mengambil masa 1 jam sahaja utk sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, Padang. Dulu naik flight landing kat airport lama...Tabing Airport. Aku gi berdua ajer dengan teman blogger jugak. Jalan-jalan cari makanan sedap di sini.
Aku memang dah hired sopir dan transport di sini. Disebabkan aku kesibukan sangat lately ni...so aku minta sopir tu bookingkan hotel sekali. Senang citer. Korang nak hotel murah pun boleh...nak hotel mahal pun boleh. Kononnya aku nak cari hotel best skit....nak memanjakan diri di hotel ada bintang...akan tetapi semuanya penuh. Kebetulan masa aku datang tu...banyak perwakilan kerajaan dari Jakarta datang buat lawatan ke Bukittinggi. Boleh contact ALDI di nombor ini +6281363385879. Masa aku gi tu....bukan dia yg bawak...dia terpaksa pas kat kawannya sebab dia kena bawa tamu yg lain. Komen aku tentang sopir aku tu...hmmmm so-so ajer.
Welcome to West Sumatera wahai kawan-kawan.
sebaik keluar dari perkarangan airport...ternampak orang meniaga buah ni. Buah apakah itu? Pak sopir kata....buah sengkuang. Manis rasanya. Ohhhh manis yea? Aku pun tergedik-gedik jawab....oklah nak rasa buah sengkuang tu.
saiz nya kecik sikit daripada sengkuang yg kita makan di negara kita. So, pak sopir tu bayarkan dengan harga RP5,000...dapatlah 2 bijik. Siap suruh orang tu potongkan sekali. Sekali aku rasa buah ni.....haiyohhhhhhh idok ler manis mana pun. Sama ajer rasa kat mesia. Sib baik sopir tu yg bayarkan.......huhhhh!!!! (dia ingat sengkuang kita masam kot hikss)
wajib posing walaupun disamping buah sengkuang ajorrrrr....hehehehe
Perjalanan di teruskan. Kami decided untuk terus ke Bukittinggi yang mengambil masa 2 jam setengah untuk sampai ke sana. Tetapi disebabkan kami ni singgah banyak tempat sana sini terlebih dahulu...makanya masa tu bertambah lebih daripada 2 jam setengah.
Sebelum bertolak di airport LCCT aku memang dah breakfast di Marry Brown.....so tak nak buang masa baru nak cari makanan di Padang. Dalam perjalanan tu nampak Rumah Makan Lamun Ombak. Pak Sopir kata ada jugak tamu dari Malaysia yg breakfast di sini sebelum ke Bukittinggi. Kami lambai-lambai ajerlah kat Lamun Ombak tu....nanti balik aku singgah yea. Aku perhatikan....12 tahun lepas aku melalui jalan yg sama ini....tak banyak berubah. Sama ajer jalannya...kelihatan banyak rumah-rumah kampung di sepanjang jalan dari Padang ke Bukittingi.
awal pagi Alhamdulillah jalan tak macet......
then...aku kata nak singgah tempat yg boleh nampak sawah padi tu (masih ingat lagi). Pak Sopir kata okay.
Cantik tak scenery di sini?? Dulu pun aku pernah singgah di sini sambil minum air kelapa melihat panorama sawah padi. Dulu tempat ni buruk sikit...sekarang dah berubah dan lebih elok. Pelik jugak kenapa tak ramai pelancong lepak di sini. Ooooo patutlah......agak kotor tempat ni.
wajib berposing tau!!!! Tips : utk menampakkan gambar lebih cantik...pakailah baju merah. Sekian!!
kalau permandangan tu semua padi menghijau akan kelihatan lebih cantik
jom lepak sat sambil minum air kelapa
kami tak makan pun...sekadar pekena air kelapa sahaja. Jemput minum
entah apa nama makanan ni. Kerepek Balado kot.
hanya kami berdua sahaja untuk percutian ini.
untuk pengetahuan semua...aku suka trip ni. Sebabnya dapat melihat permandangan pokok2 kehijauan dan gunung ganang diliput kabus tebal. Sangat cantik hokay!!
Semasa dalam perjalanan tu...kita akan nampak sebuah air terjun yg menjadi kawasan persinggahan pelancong juga. Heran betul lah...tiap kali gi Indon mesti ada air terjun dan mesti nak singgah punya. Hmmmm....kenapa tempat kita tak byk air terjun mcm ni? Agaknya apa yg menarik tentang air terjun ini?
Nama tempat ini Lembah Anai Air Mancur (air terjun). Air terjun ini terletak di tepi persisiran jalan berhampiran dengan jambatan dan landasan keretapi lama yg tidak lagi digunakan. Air terjun ini ketinggian 30 meter. Nak ambik berkat....boleh amik airnya dan sapu di muka hehehe. Bayaran masuk ialah Rp1,500.
tetiba kat FB ada yg tegur aku asik bergambar style yg sama ajer di mana2. Hmmm...itu style aku dan identiti aku....yg penting aku tak tiru sesapa. Tapi yg meniru aku tu ada kot huhuhuhu.
nostalgia semasa sampai ke sini dulu....my bro terjatuh ke dalam air tu sebab licin masa pijak batu. Habis lencun jeans dia hahahaha....terpaksa korek beg mencari seluar lagi.
kelihatan ramai juga pelancong yg kuar masuk menuju ke tempat ini
nampak ada orang menjual makanan tradisional ini. Entah apa nama kueh ni.
Ok pak...jom kita sambung lagi perjalanan. Oooo ini lah namanya jambatan yg dimaksudkan. Rasanya kat Bandung pun ada jambatan mcm ni kan.
Ketika ini kami masih lagi berada di tengah-tengah antara Padang dan Bukittinggi. Masih jauh lagi perjalanan nak sampai. So, jom kita ke destinasi seterusnya. Kami singgah ke Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau yang terletak di Padang Panjang. Nak cari info, koleksi, rujukan, buku dan majalah pasal adat dan budaya Minangkabau di sini lah tempatnya. Masa sampai tu...kena masuk ke dalam rumah minang ni. Di dalam tu akan ada seseorang yg akan memberi penerangan tentang adat minangkabau ni.
Menurut jurucakap tu...di dalam adat minangkabau, rumah minangkabau akan didiami oleh beberapa keluarga. Setiap bilik akan didiami oleh anak perempuan. Anak lelaki pulak akan stay di surau yg terletak dalam kampung tersebut jugak. So, maknanya anak lelaki tidak tinggal bersama keluarga. Kalau misalnya anak lelaki tu nak kahwin...then barulah dia akan pindah ke rumah keluarga si isteri atau tinggal di rumah lain.
masa kami sampai ni.....tak ramai orang. So, pak sopir kata kalau nak mencuba pakaian minangkabau boleh try di sini. Boleh pergi sekarang sebab nanti ramai susah pulak.
masuk dalam rumah ni.....mendengar penerangan tentang adat minangkabau.
turun ke tingkata bawah pulak. Nampak pelamin minagkabau ni...ok jom kita cuba pakaiannya pulak. Bila lagi kan. Sewanya Rp35,000.
masa aku mencuba baju tu....hanya kami berdua sahaja. Alangkah bestnya. Tetapi bila aku keluar ajer bilik tu....ya Allah ramainya manusia. So tetiba aku jadi famous kejap...ala2 pengantin gitiewww. Semua duk snap pic aku dan kawan aku. Haiyohhhhhhhhhhhhh...mak malu weiiii. Lihat gambar di atas.....mereka inilah yg meributkan suasana hehehe. Mereka ini tamu dari Jakarta yg terdiri daripada perwakilan dari travel agensi. Ohhhhhhh.....patutlah.
Sempat berkenalan dengan tamu dari Jakarta tadi. Namanya Sheila.....very nice person. Dia yg volunteer snapkan pic aku. Banyak giler dia snap. Hmmm....memang aku tak sesuai memakai pakaian serupa ini. Takpalah....experience kan.
nampak tak kenapa rumah minangkabau ini senget??? Ramai yg kata rumah ini senget. Ada sebab kenapa sengaja dibuat senget. Kawasan Sumatera Barat ini antara kawasan yg selalu berlaku gegaran gempa bumi. Untuk mengelakkan berlaku runtuhan pada rumah ini...maka ia didirikan senget seperti di dalam gambar di atas. Walaupun telah beberapa kali berlaku gempa bumi di sini...rumah ini tetap berdiri teguh. Ohhhhh patutlah. Rumah ini juga tidak memakai paku hokay!!.
rumah kecil di atas didirikan untuk menyimpan padi....katanyaaaa.
cantikkan....senibinanya sangat halus dan berseni.
sebelum balik...wajiblah posing sana sini kan.
Aku macam agak lemas lama-lama di sini sebab orang bertambah ramai. Marilah kita beredar wahai kawan-kawan. Ke manakah aku selepas ini? Kenapa aku jadi berpeluh-peluh dan muka merah padam sehinggakan macam tak nak bangun dari kerusi yg aku duduk tu? Wah...........apakah itu?? Tungguuuuuuuuu.........(suspen tak?) hehehe
p/s - seminggu lagi nak gi jalan-jalan makang angin lagi. Ke mana kah???
Salam Yong
ReplyDeleteSengkuang tu....hehe...tergelak baca...kalau letak sos dia ngan kacang tumbuk tu...mesti sodap.....
gambar yg 3'rd dan last tu post tuannya macam copy paste aje... hehe. tapi tetap comel. hehe
ReplyDeletewak pon X penah gi bukittingi jugakkk.. uuhUuu
ReplyDeletekak Syarliz, cantik nya baju akak pakai tu. suka nyaaaaaaaaa. dulu kite x pgi sini, tp pgi Pagaruyung. so xde lah try test baju.
ReplyDeletebut one day Inshaa Allah akan ke sini lagi and try this. :)
salam sis.. sronoknye bc pasal trip ke bukittinggi ni.. rs cm nk usha tiket AA je.. Sekarang gak!! haha
ReplyDeleteBest..seronok..cantik pulak tu :)
ReplyDeletenice entry...tommorow morning saya ke sana
ReplyDeleteHai saya Disti dari Indonesia. Great to find your blog :D You look so fun being there! Indonesia is beauty isn't it? I believe Malaysia has some beautiful places too such as Jogja :D
ReplyDeleteSalam kenal :D