Gambar ini agak sudah basi sebab diambil ketika aku menghadiri Raya Open House for my company's corporate client. Ianya masa bulan Syawal hari tu.....aku pun hampir terlupa tentang gambar ini hehehe. Majlis ini berlangsung di Royal Chulan Hotel. Aku datang dengan opis mate dan temanku, Catz (gambar di atas).
Diantara artis yang hadir ialah Jamal Abdillah, Lisa Surihani, pelakon cilik Mia Sara , kumpulan M-Pop dan ramai lagi. Makanan yang disediakan...hmmmm biasa-biasa ajer. Aku datang kejap ajer sebab orang ramai datang berpusu-pusu....kena bagi peluang orang lain plak nak makan. Then terus aku balik rumah sebab petang tu jugak aku nak bertolak ke Penang. Ingat tak entry aku pasal Penang tu??? Huhuhu.
------------------------------------------------------------------
Selepas aktiviti Cabaran Sihat di Celebrity Fitness hari tu....aku bergegas ke Istana Budaya utnuk menonton teater The Secret Life Of Nora lakonan Datin Tiara dan Aznil Nawawi. Sepatutnya start jam 3.00 petang ...akan tetapi disebabkan aktiviti fitness tu lambat habis dan drag sampai pukul 4.00 petang. Aku sampai di IB lebih kurang jam 4.15 petang. Sempat lah jugak aku layan 45 minit. Pada mulanya aku agak blur dengan jalan cerita sebab tak tengok dari awal. Lama-lama barulah aku boleh faham. Masa tu teman-teman seperjuangan dah sampai awal....cuma aku sorang tercicir. Sib baik aku dibenarkan masuk. Apalagi....jual nama company ler huhuhuhuu.....
Then, habis menonton kami semua melepak di cafe Istana Budaya yang terkenal dgn nasi lemaknya yg sgt sedap tu. Sekali tu.....nampak lah pulak heronya yg mat salleh tu. Sorry aku lupa nama dia. Masa ni dia tengah makan dgn aweknya. Sempatlah jugak berposing dengan dorang. Ayohhhhhh tinggi mcm galah. Terserlah betapa jauhnya beza dengan ketinggian aku.....hahahaha.
lepas habis menonton. Kak Rose, Kak Zila, Jack and his sis in-law.
terlupa...pak azuan pun ada....
terlupa...pak azuan pun ada....
Sekian serba sedikit aktiviti hujung minggu aku. Next entry aku citer plak aktiviti cabaran sihat lagi...kali ni jungle trekking plak. Banyak jugak gambar2 menarik. Tungguuuuuuuuuuuuuu.
p/s - amazing race hujung minggu ni mendapat sambutan hangat daripada my opismate. Belum aku tampal iklan .....berduyun2 dah hantar nama. Alhamdulillah event aku ni berjaya menarik minat jugak.......huhuhu.
tingginya hero tu leez
ReplyDeleteberuntung dapt bergambar dgnnya :)
kak hanim -
ReplyDeletememang tinggi giler kak. dan dia baik tak sombong langsung.
nak join amazing race!!!
ReplyDelete