Bersambung lagi cerita London. Mesti korang terfikir...apasal plak tetiba ada pic gulai dalam kuali ni. Hehehe....sebenarnya masa ni aku duk pulun sakan masak rendang sowang2 kat dapur. Warga rumah ini semua pergi kerja....so aku mengambil tugas memasak rendang atas permintaan tuan rumah. Ada sesetengah ramuan masak aku bawak frm KL seperti kerisik, lengkuas dan daun limau purut. Yang lain semua ada dijual di sana. Tuan rumah awal2 lagi dah bgtau aku suh masakkan rendang kat sana coz org sana terliuq nak pekena rendang heheheh.
Berjam2 aku masak rendang ayam tu.....sib baik tak berpeluh2 kan....coz sana sejuk maaaa. Bila dorang balik umah....siap makan semua. Perghhh berapi aku punya rendang sebab cili padi sana pedasss giloss uolsss....sian tgk dorang makan. Aku dah biasa makan pedas2 ni. Menjilat jari uolsss.....sedap katanya ngehhh2...bukan aku yg puji tau.
Seterusnya permintaan orang sana tetiba nak aku masakkan nasi lemak. Ayohhhh...terpaksa aku call mamaku mintak resepi masak sambal nasi lemak yg kaw2. Susah betul nak cari lada kering kat sana. Dari satu kedai ke satu kedai kami cari...akhirnya jumpa kat kedai Bangla..hehehe. Lada kering kat sana pun pedas uollsssss.
Masa aku datang tu...memang bawak berkilo2 ikan bilis.....pastu aku tumbuk ikan bilis and campurkan dalam sambal tu.....memang vassssss!!!!. Berpinggan-pinggan dorang makan....seronok plak aku tengokkan...hehehee. Gambar di atas ialah nasi lemak yg aku masak dan lauk2 yg lain. Sana susah nak cari kacang mentah....so kami beli kacang kopek yg buat kunyah2 tu.....bukak satu2 dan goreng balik...hehehehe jadilah kacang goreng ngeh3.
Ni plak gambar2 kat Market Harborough yg aku sempat snap....terlupa plak nak masukkan kat entry sebelumnya. Cuba korang tengok satu persatu pic di bawah ni.....banyak gambar orang tua2 di sini.....come; jer dorang ni
orang tua tu duk lepak atas bangku tepi jalan sambil baca surat khabar
i like the buildings....
nampak tak couple veteran ni duk berjalan sambil bertongkat......sana sini bersepah2 orang tua
maaf yea....yang duk atas bangku ni orang muda yea.....sajer melepaskan lelah sambil menunggu kawan aku yg entah mana menghilang.....
ni plak pic aku kat Northampton baru balik dari bershopping.....
jika tidak ada telephone booth merah...itu bukan England namanya...
supermarket Morrisons ni boleh dikatakan setiap hari aku pergi.....murah dan selesa. Aku suka beli coklat dan roti perancis kat sini.....ngap2 masuk mulut sungguh lembut rotinyaaa.....
ni plak kat kedai jual kebab halal turkish yg paling sedap di Northampton.....memang sedap sampai tak larat nak habiskan....lupa plak aku nak snap kebab tu sebab masa ni kami tapau bawak balik makan kat umah
sedang menunggu kebab dibungkus.......i like kebabs
tadaaaa..... ini pic aku kat Stansted International Airport London......sowang2 sobb sobb......amik pic sendiri lerrr.....sedih sebab meninggalkan London yg banyak memberi kenangan pada diri aku....gembira pun ada sebab tak sabar nak balik ke tanahair dan nak berchit chat dengan mata air aku tu...masa ni aku sgt2 rindu dia tapi apakan daya kami terpisah jua akhirnya. I miss u so much my syg....may Allah give us strength.
Entry tentang London aku dah buat masa aku kat sana...so tak payahlah aku repeat balik eh. Sayonara Edinburgh, Manchester, London dan Northampton yang banyak sangat memberi kenangan pada aku. Insya Allah aku plan nak datang lagi next year kalau ada rezeki...ibarat kata kawan2 ku....London ni umpama balik kampung ajer bagiku ahakssss. Mana lagi aku nak larikan diri...kat London ajorlah aku rasa selamat.
Sekian entry aku berkelana di bumi UK. Next entry plak aku akan ceritakan apa yg aku beli sakan di sana. Tungguuuuu......
sure org london suka banget rendang & nasi lemak yg leez buat tu...nampak sedap.
ReplyDeleteOrang tua ramai kat sana sebab kadar kematian kurang kerana taraf kesihatan mereka baik :)
kak hanim -
ReplyDeletehehehe...sy masak biasa2 aje....dorang yg duk puji2.
yelah agaknya org2 tua sana tu nampak sihat ajer....sbb sgt menjaga kesihatan dorang
leez i nak tanya..perlu tak letak bin or binti masa booking flight?ada issue tak if tak letak?
ReplyDeleteleez i nak tanya...wajib tak add bin or binti masa book flight tickets? kalau tak add ada issue tak?
ReplyDeleteMizs Kay ,
ReplyDeleteMasa booking mesti sama dgn passport.
Takda masalah kot kalau nak letak.