Aduhai tak habis-habis lagi ni cerita pasal London. Berbulan-bulan aku nak habiskan....aduyaii. Harap uols tak boring untuk membaca entry London ni kay. Aku sendiri pun dah habis bosan nak menghabiskannya. Banyak betul cerita-cerita lain yang pending...hmmmm.
Ok kali ni aku nak cerita tentang pengalaman aku melalui countryside di sini. Tujuan utama ialah hendak ke pekan Market Harborough yang lokasinya mengikut jalan ke Leicester. Dari Northampton ke tempat ini akan melalui ladang biri-biri countryside yang sangat cantik. Ladang buah-buahan pun banyak tetapi bukan musimnya untuk aku bergayut di ladang apple dan buah-buahan lain. Pokok still togel lagi...musim sejukkan. Menurut kata kawan aku....masa summer season barulah buah-buahan boleh dipetik....terlepas lagi peluang aku.
Nak cerita apa yang menarik di pekan Market Harborough. Cuaca ketika ini...wahhh terang-benderang dan terpancar cahaya matahari tetapi suhunya tetap sejuk uols. Sebelum sampai kawan aku ada cerita serba sedikit tentang tempat ini. Dia kata aku akan jatuh cinta kat tempat ini sebab ia mengekalkan tradisi English pada bangunan dan rumah-rumah mereka. Boleh dikatakan tempat ini macam kawasan luar bandar lah. Bila aku sampai ajer....memang betul...so tradisional. Jangan terkejut...majoriti penduduk di sini ialah golongan tua. Couple veteran jalan pimpin tangan berdua-duaan...so romantik. Ada juga golongan wanita veteran yang berjalan dengan geng2 wanita juga.... sambil chit chat di tepi bus-stand, di bangku tepi jalan dan ada yang sakan bershopping. Sungguh tenang dan aman di sini. Aku memang suka banget sehhh. Kedai-kedai di tepi-tepi tu ada sales tau.....jangan tak tau. Sempat jugak aku sambar sehelai baju...hmmmm murah.
Aku singgah kat satu dewan ni...ada banyak kedai-kedai jualan mcm flea market. Hehehe.....semua yang meniaga di sini ialah orang tua. Semua mereka baik-baik belaka. Aku ada beli satu homemade carrot cake....sedap giler. Murah pulak tu....mintak diskaun memang bagi. Orang-orang tua di sini sangat peramah dan tidak sombong. Memang bestlah tempat ni.
Salah satu yang menarik di sini ialah banyak sungguh charity shop yang menjual barang-barang terpakai yang masih elok dan baru lagi. Kat UK ni charity shop memang melambak-lambak....duit yang dorang dapat dari jualan itu untuk tujuan charity. Mana dorang dapat barang- barang tu? Sesapa sahaja yang rasakan nak let go barang yg dorang tak nak...boleh bagi kat charity shop. Nak tau harganya? ...sangat murah. Aku sempat beli beberapa pising hiasan English yang aku rasakan sangat murah dan cantik...jangan terkejut GBP1 sahaja harganya...heheheh. Apa barangan yang ada? Baju....story books...toys....perhiasan rumah....CDs...kasut....macam-macam lagilah. Ikutkan hati aku nak ajer borong brg2 hiasan kat sana...tetapi berat wei nak bawak. Pejam mata telan air liur ajerlah.
Lepas spent few hours di Market Harborough...kami balik semula ke Northampton. On the way back tu plan nak singgah di ladang biri-biri di sini. Perghhhh terpegun jap. Kawan aku ikut ajer kehendak aku...aku kata stop kat sini...dia ikut hehehe. Sakan bergambar sana-sini.....dah macam model plak ahaksss. Cuaca pun cun.
Jalan menuju ke Leicester ni memang cantik sangat dihidangkan dengan saujana mata memandang countryside. Banyak ladang biri-biri, rumah English, kebun buah-buahan.....memang puashatilah. So...korang enjoyssss lah tengok pic-pic di bawah ni.
posing jap di samping kereta kawan aku....sorry tuannya tak leh reveal di sini...
belakang tu ladang biri-biri
cantikkan tempat ni....
tu hahhh...biri2 duk sakan meragut rumput...
baru lepas kautim dgn taukeh ladang ni.....plan nak beli ladang ni...huhuhuhu...jangan perasan hokay....kau mampu????
dah serupa taukeh ladang plak kan...hehehe
berangan di sisi ladang....padahal dah serupa penceroboh pun ada......senyap2 ambik gambar tanpa izin pemilik ladang...ngeh3...
rumah English yang berharga berjuta2 pound....siap letak iklan kat luar rumah tu...kalau aku mampu...dah lama aku booking.....udahhhhh jangan perasan hehehe
satu lagi rumah kosong utk dijual....bestnya kalau dapat beli umah mcm ni...aku suka!!!
amik pic sendiri sebab kawan aku malas nak kuar kereta....syok sendiri jap ehhh
cantiknya rumah ni...aku suka sgt.....duk terjenguk2 aku dari tadi kat sini.....kot2 tuan rumah tu ajak aku masuk rumah dia ke....tapiiiiii...jangan harap lah kauuu....nan hadohhhh!!!!!
nun di hujung sana ada istana cantik...entah rumah sapalah ni....besar gila ladang biri2 dia....entah2 istana Prince William kot...hehehe
berangan ajerlah kat tepi istana tu hah....
masa aku duk berposing ni...ada mat salleh yg sgt peramah duk tegur aku...smileeeee!!!!! hehehe....malu aku weiiii...
ok sekian tamat......mesti korang menyampah tengok aku posing ala2 model ni kan. Apa nak buat.....masa ni lah aku boleh jadi model. Kalau kat Mesia.....mesti orang kata minah ni terlebih perasan kot. Tapi kat London......dorang kata....do i care??? posinglah camana pun......dorang sangat sporting dan senyum2 tengok aku. Hahahah...
ok sekian tamat......mesti korang menyampah tengok aku posing ala2 model ni kan. Apa nak buat.....masa ni lah aku boleh jadi model. Kalau kat Mesia.....mesti orang kata minah ni terlebih perasan kot. Tapi kat London......dorang kata....do i care??? posinglah camana pun......dorang sangat sporting dan senyum2 tengok aku. Hahahah...
akak suka UK.
ReplyDeleteCuma tak suka cuaca dia...sejukkk!!
Akak pernah tinggal di UK sekitar tahun 1992...waktu suami sambung belajar kat sana.
Bila kat M'sia...rinduuu pulak nak sana :)
kak hanim -
ReplyDeletemmg sejuk sana kak...
bestnya duk sana....sy mcm plan nak stay sana one fine day...tgklah nanti