Aku akan mula bekerja esok setelah 2 minggu aku cuti sakit. Ikutkan.... doctor hendak menambahkan cuti sakit aku lagi 2-3 hari. Tetapi aku menolak dengan alasan aku sangat risau dengan kerja ku yg dah beberapa minggu pending di office tu. Sehinggakan client aku siap call beberapa kali bertanyakan bila aku akan mula bekerja. Tak sampai hati pulak nak pass kerja kat orang lain. Aku lagi senang dan selesa buat kerja sendiri.
Kondisi aku sekarang sudah ok sedikit. Cuma masih ada saki baki batuk. Lambat sikit nak baik kata doctor kerana masalah paru-paru itu. Tetapi akan baik juga cuma take time ajer. Aku memang risau sangat nanti kat office sebab kondisi aku sekarang yang tidak selesa dengan aircond. Nanti aku akan terbatuk tanpa henti jika terlalu sejuk. Ini kerana kekurangan oksigen di dalam tubuhku. Peritnya.....
Mood nak beraya pada tahun ini memang zero. Aku baru ajer start berpuasa 2 hari lepas. Ada lagi 10 hari aku kena ganti puasa nanti. Aduhai...nak buat camana dah sakit kan. Perit juga masa nak start berpuasa pada hari pertama tu sebab aku terpaksa menahan sakit gastrik yang teramat sangat. Tetiba perut sakit dan terasa hendak termuntah serta loya tekak. Aku memang tidak pernah menghadapi sakit gastrik seumur hidupku. Akan tetapi sebab aku dah kena sakit teruk ni dan banyak sangat makan ubat, maka menyebabkan aku diserang gastrik. Dugaan betul....
Bulan 10 nanti selepas raya , aku akan terbang ke luar negara lagi untuk bercuti. Doakan aku sihat nanti dan tidak ada masalah untuk pergi bercuti. Perancangan dan persiapan ke sana sudah dibuat beberapa bulan yang lepas. Insya Allah semoga semuanya berjalan dengan lancar. Ramai kata aku jadi sakit macam ni sebab banyak sangat berjalan. Aduhaiii...bukan pasal itulah. Puncanya aku sakit sebab antibodi aku sangat lemah dan sangat mudah diserang penyakit. Sebab itu aku ni kalau dah start kena batuk...memang berbulan-bulan jugak nak recover. So, selepas ini aku kena lebih berhati-hati jika berada di kawasan awam. Kesihatan kena diutamakan dahulu dari segala-galanya.
Nanti bila aku free...aku akan tunjukkan gambar-gambar aku semasa di hospital. Sekarang ni belum ada mood untuk upload gambar.....masih malas lagi. Tunggu yeaaaa......
p/s - sangat berterima kasih kepada Dr Ravindran...pakar physician yang telah merawatku semasa aku terlantar di Pantai Cheras Medical Centre dan juga kepada staff nurse yang sangat sabar merawat aku.. terutamanya kepada Faezah, Janet dan one India nurse (lupa nama) yang sangat peramah berborak dengan aku dan berkongsi informasi kesihatan dengan aku. Thank you so much !!!!
akak staff nurse faezah dgn jonet tu cantik tak? letak la gambaq dia barang sekeping dua. tenkiu
ReplyDeleteLiz, banyakkan makan dragon fruit. then ketam, Katanya utk antibodi lah tu..
ReplyDeleteNak jalan mane tu?
jaga diri bebaik kak leez..
ReplyDeletenanti kalau sakit dah tak boleh berjalan.rugi jer tiket tuh..hehee..
anyway will pray for ur speed recovery.Take care!
salam, alhamdulillah...semoga allah permudahkan perjalanan nnt ye dan sht selalu...take care
ReplyDeletesepul -
ReplyDeleteamboih hang...akak tak sempat nak berposing dgn nurse lah. Bila dah sakit mcm tu...malas nak berposing.
Kak Yan,
ReplyDeleteoh ye ke dragon fruit bagus utk antibodi. I should take it lah.
Thanks kak...
axim -
ReplyDeletethanks doakan utk kak leez.
yelah...kena jaga kesihatan ni. Nanti dah tak leh jalan. Oh tidakkk!!!
Umiey -
ReplyDeleteSalam perkenalan. Mekasih yea...doakan utk diriku ini.