Alhamdulillah pada hari Selasa yang lepas saya telah pun keluar dari hospital. Setelah lebih kurang seminggu terlantar di hospital. Rasa peritnya duduk di hospital dan perasaan meronta-ronta hendak pulang ke rumah.
Sekarang saya masih lagi MC dan hanya stay di rumah. Insya Allah akan mula bekerja pada Isnin depan. Kondisi kesihatan saya beransur pulih cuma badan masih terasa lemah lagi. Batuk pun masih ada sedikit. Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, saya telah didapati menghidap H1N1 positive serta menghadapi jangkitan pada paru-paru. Doktor kata keadaan paru-paru saya tidaklah membimbangkan cuma rawatan lanjut mesti dilakukan jika didapati saya mengalami masalah untuk bernafas.
Bagaimana saya terkena H1N1 pun...saya tidak pasti. Yang pastinya keadaan antibodi saya sangat lemah ketika itu dan menyebabkan virus mudah menyerang ke atas diri saya. Ketika itu demam panas mencecah 41 degree celcius berlanjutan selama 3 hari dan tidak kebah-kebah. Akhirnya saya terus merujuk ke hospital untuk rawatan lanjut. Doktor mendapati saya H1N1 positif dan admitted serta-merta di Pantai Cheras Medical Centre.
Keadaan saya ketika di hospital hanya Allah yang tahu. Sukar untuk bernafas, batuk tidak berhenti-henti, muntah dan suhu badan semakin panas. Saya sudah mencongak....agaknya saya hidup tak lama lagi ni. Sakit, perit, lemah dan terlalu lemah ketika itu. Saya bernafas dengan bantuan oksigen. Pelawat juga tidak dibenarkan datang melawat. Itupun adikku hadir sekejap untuk menghantar baju. Doktor dan nurse diwajibkan memakai mask setiap kali hendak memasuki ke dalam bilikku. Saya dimasukkan ke dalam isolated room. Dah seminggu saya di hospital barulah ibuku datang melawat. Itupun sekejap ajer. Tidak dibenarkan lama-lama di bilik rawatan. Selera makan pun sudah berkurangan. Ubat-ubatan tidak berhenti2 di masukkan ke dalam tubuhku. Antibiotik dan panadol menjadi ubatan utama setiap beberapa jam. Sehinggakan aku diserang gastrik...sebab terlalu banyak makan ubat.
Sekarang ni badan aku masih lemah sebab masalah gastrik pulak. Tetapi keadaan masih terkawal lagi. Insya Allah nanti aku dah baik betul-betul...aku akan aktif berblogging semula. Mood pun kureng sekarang ni.
sorry dear i terlambat tahu.. i doakan semoga u cepat sembuh sepenuhnya.. moga Allah berikan u kesihatan yang baik..
ReplyDeletesedihnya dengar Liz sampai cam tu.Tapi ALHAMDULLIALH kita dapat berjumpa semula..Ayuhhhh
ReplyDeletetakpe sabar kak leez. semoga bulan puasa ini ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. ho yeahh
ReplyDeleteAlhamdulillah Liz dah sihat.
ReplyDelete(Kak Hanim)
alhamdulillah dah kuar sepital.
ReplyDeleteakak bykkan rehat dan relax2 ok..
makan ubat,..:)
Syarliz, semoga sembuh sepenuhnya. Banyakkan rehat. Jgn susah hati.
ReplyDeleteSiti, Kuantan
Lady, Kak Yan, Sepul, Kak Hanim, Mrs Sheikh and Siti Kuantan -
ReplyDeleteTerima kasih banyak2 atas doa-doa kalian. Insya Allah saya akan menjaga kesihatan saya dgn sebaiknya. Love all of u...muahhh!!!!