May 11, 2010

Chiang Mai Trip - Part 5



Akhirnya aku sampai di Chiang Rai.
Kami terus ke Golden Triangle, a tourist attraction. Kenapa di panggil Golden Triangle? Titik pertemuan untuk 3 negara iaitu Thailand, Myanmar dan Laos. So, kami menaiki boat yang disediakan untuk pelancong. Kami dikenakan bayaran sebanyak 300Baht (RM30) seorang. Perjalanan ke tiga buah negara ini mengambil masa 1 jam setengah dengan menaiki boat.

Seperti yang aku cakap sebelum ni. Dengan keadaan cuaca yg panas terik, kami meredah jugaklah Sungai Mekong ni. Yelah dah sampai kan, kenalah melalui experience di sini. Fun gak!!!




The Golden Triangle is located in Sop Ruak, a small town, which sits at the meeting point of the Thai, Burmese and Laos borders. Situated at the junction of the Mekong and Sop Ruak rivers some 18 miles north of Chiang Rai, The Golden Triangle is a popular tourist spot often visited on day trips from Chiang Mai or Chiang Rai. The Golden Triangle is nine miles upriver from Chiang Saen and long tail boat trips between the two towns are very popular.

Although The Golden Triangle is pretty much a tourist attraction, the views across the river to Laos and Burma are breath taking and there are several pleasant open-air restaurants which afford panoramic views. It is not possible to cross into either country at this point of the border and there are only a few structures in sight (on the Laos side). Nonetheless the spot has a little mystique for the first time visitor.

inilah bentuk boat yang kami naik.....aku jumpa 2 Malay guys Malaysian kat dalam boat ni.
ini ialah tanah Thailand...

ni plak tanah Myanmar...tempat casino. Tetapi kami tidak dibenarkan turun di sini...lalu ajer...

Golden Triangle Economic Zone...yang ni tanah Laos.....

di tanah Laos....penempatan bagi sesapa nak gi memancing.....


Kami dibenarkan menjejaki bumi Laos untuk seketika. Dikenakan bayaran sebanyak 50Baht (RM5) seorang. Kat sini banyak jugak jualan souvenir dari Laos. Tetapi bagi aku sama ajer barangan nya dengan apa yg ada kat Thailand...cuma diletakkan tulisan Laos.

Masa kami sampai tu, kelihatan ramai anak-anak kecil yang datang kepada kami meminta sedekah. Kesian plak tengok. Dengan keadaan pakaian mereka yang lusuh. Pastu hanya berkaki ayam sahaja. Masa ni terfikir, betapa bertuahnya menjadi rakyat Malaysia..cukup makan...cukup pakai. Alhamdulillah dengan rezeki Allah.


aku di bumi Laos...mcm tak percaya plak dapat jejak Laos....

beginilah keadaan tempat jualan di sini....

sempat lagi tu aku membeli FM Laos...tetapi sangatlah mahal...so beli untuk diri sendiri ajer..



Setelah kami menghabiskan masa di Golden Triangle ini, kami pun pergi lunch di salah sebuah restoran yang berdekatan. Ia termasuk di dalam package yang RM100 tu. Hmmm...ini yang merisaukan aku. Sekali lagi benda haram tu still ada. Ayooo...susah betul.

Then, aku amik nasi putih dan makan dengan salad. Sudah lah aku kelaparan masa tu. Aku makan just untuk alas perut sahaja. Then, aku makan fruits banyak sikit. At least taklah lapar masa balik nanti.



Then, kami menuju ke Mae Sai, border Myanmar ikut jalan darat. Tourist guide tu bagi kami masa sejam untuk membeli belah di sini. Nampak tak pintu gerbang warna biru kat atas tu.....itulah border ke Myanmar. Kepada sesiapa yang hendak memasuki Myanmar akan dikenakan visa sebanyak RM50 seorang. Eventhough kita ni from Asean country but still kena bayar visa. Bila saya tanya kat tourist guide tu...dia kata sebab they need money. Ohhh...gitu rupanya.

Then, kami pi bershopping di kawasan ini. Memang sesak dengan manusia yang ulak alik Myanmar-Thailand. Satu ajer yang aku perasan, orang sini kalau memandang tourist agak lain macam ajer. Kami nak bershopping pun macam takut ajer. Pastu aku baru perasan tourist guide tu memerhatikan kami dari jauh. Mesti dia tengok2 kan keselamatan kami di sini. Kalau tengok rupa orang Myanmar di sini...kita boleh dapat bezakan. Dorang ni agak gelap sikit dan berhidung mancung. Memang berlainan dengan rupa orang Chiang Mai dan Laos.


aku berada di border Thailand and Myanmar..

ni plak border di Thailand....for imigresen check point..


Kat Mae Sai ni, aku perhatikan banyak jualan batu-batu hiasan untuk rantai dan gelang. Aku tak pasti sama ada ia original atau tidak. Harga memang murah sangat. Tetapi memandangkan aku dah kepenatan. So, aku hanya sempat belikan 3 gelang untuk teman2ku. Untuk diri sendiri takda ..... boleh??

Pelbagai jenis gelang dan rantai ada di sini. Kalau kita pandai tawarkan harga...memang senang dapat harga murah. Penjual di sini macam baik lah....senang nak bagi kalau kita minta harga tu. Jom tengok gambar2 kat bawah ni.


inilah rantai2 batu yg maksudkan...tapi aku tak tau berapa harganya



Then, kami meneruskan perjalanan ke Long Neck Village. Agak ke dalam jugak nak masuk ke kampung tu. Masa kami sampai tu, hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya. Keadaan pokok condong ke kiri ke kanan. The tourist guide said it's not safe outside. Memang tak berani nak keluar dengan keadaan hujan lebat dan angin kencang. So, kami decided tak jadi turun dan terus balik. Kalau nak pergi ke Long Neck Village tu kena bayaran 300Baht (RM30).

Mula-mula tu aku agak terkilan gak. Sebab aku teringin sangat nak tengok orang leher panjang tu. Tetapi disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan kami terus balik ajer. Cuaca memang buruk masa ni...kelihatan banyak pondok2 kecil dan sign board di sekitar kawasan ini tumbang.

Sampai Chiang Mai masa tu dah jam 9 malam. Masa dalam perjalanan pulang tu, aku ketiduran di dalam van...penat dan mengantuk sangat. Then, malam tu kami tapau ajer beli makanan kat gerai Muslim sebelah masjid tu. Kami dinner di dalam bilik ajer....Habis dah cerita pasal Chiang Rai.

No comments:

Post a Comment