May 10, 2010

Chiang Mai Trip - Part 4


Pagi hari kedua di bumi Chiang Mai.
Bangun di awal pagi kerana paa jam 7 pagi kami bertolak ke Chiang Rai. Pergi breakfast dulu pada jam 6.30 pagi waktu Thailand (beza lewat sejam). Aku hanya mampu makan roti dan cereal di sini for breakfast. Al-maklum aku tidak yakin untuk makan benda lain. Kat Thailand ni mana-mana ajer mesti ada benda tu. Loya plak tekak aku. Ishhh!!!

Perjalanan ke Chiang Rai akan singgah di Hot Spring terlebih dahulu dan kemudian ke Temple Wat Rong Khun. Then barulah sampai ke Chiang Rai. Perjalanan selama 4 jam. Aduhhh!!!

aku menaiki van ini for trip ke Chiang Rai


Package trip ke Chiang Rai aku booking dari hotel ajer. Seorang kena bayar 1,000Baht (RM100). Perjalanan dari jam 7 pagi hingga 9 malam. Akan melawati sebanyak 5 tempat. Dalam van yang aku naik...hanya kami 5 orang tourist. 2 orang dari M'sia, 2 org dari Switzerland dan seorang dari Singapore. Perjalanan yang jauh..aku asik terlelap ajer. Hehehe.....

Cuaca di pagi itu sangatlah panasnya di luar. Duk dalam van ni nasib baiklah sejuk sikit. Tapi bila dah keluar van...aduhhhh menyengit panasnya hingga 38 degree celcius.



Our first destination ke Hot Spring. Lebih kurang sejam setengah perjalanan dari Chiang Mai. Bagi aku tiada yang istmewanya di sini. Lagi best Hot Spring di Ranau, Sabah. Kat sini alahai kecik ajer tempat hot spring. Ada ditunjukkan bagaimana telur ayam yang boleh dimasakkan jika dimasukkan kedalam air panas tu.

Masa ni aku dah start boring sebab nak shopping pun aku rasa takda yang menarik di sini. Pastu dengan cuaca yang sangat panas. Lepas jalan sana sini aku terus naik dalam van. Barulah sejuk skit.


telur yg masak dalam hot spring
betapa kecilnya hot spring dia...huhuhuh

ada dijual barangan perak di sini...aku tak berminat!!!

ni plak kraftangan barangan buatan Siam

Kami dah sampai Chiang Rai. Then, kami meneruskan perjalanan ke White Temple Wat Rong Khun. Temple ini diperbuat daripada white glass dan dicatkan dengan warna putih.

Wat Rong Khun is a contemporary unconventional buddhist temple in Chiang Rai, Thailand. It was designed by Chalermchai Kositpipat.Wat Rong Khun is different from any other temple in Thailand, as its ubosot (Pali: uposatha; consecrated assembly hall) is designed in white color with some use of white glass. The white color stands for Lord Buddha’s purity; the white glass stands for Lord Buddha’s wisdom that "shines brightly all over the Earth and the Universe."

A temple situated in northernmost province of Thailand namely Chiang Rai. The temple is not far from city town of Chiangrai.



White Temple...





unikkan toilet dia. Kena pakai kasut yang disediakan. Letak kasut kat tepi tu. Then sarung selipar yg warna hitam tu. Bagusnya di Thailand ni.....toilet depa sangat bersih.




Aku terjumpa pokok laici di kawasan ini. Bestnya. First time aku tengok pokok laici. Dah macam pokok mangga plak. Nasib baik buahnya tumbuh tinggi. Kalau tak, aku dah gayut makan buah laici tu...huhuhu. Teruja aku coz kat Malaysia aku tak pernah jumpa pokok ni. Laici tumbuh subur di bumi utara Thailand ini atas faktor cuaca dan kesuburan tanahnya.
Ok...nanti aku sambung lagi.....



2 comments:

  1. yang penting tandas yang bersih itu..:)

    ReplyDelete
  2. axim -

    memang bersih tandas dorang...kalah tandas kita tau!!

    ReplyDelete