April 29, 2010

I'm Back.....Chiang Mai Trip




Alhamdulillah aku telah selamat mendarat di tanahair tengahari tadi. Percutian yang banyak betul dugaannya. Pada mulanya confirm tak jadi....last minute jadi pulak. Hehehe....mesti u all pelik kan. Anyway aku tak nak bercerita banyak tentang bagaimana ia terjadi. Yang penting aku dah selamat pergi dan kembali ke Malaysia.

Rasanya cukuplah percutian ke Thailand ni. Aku dah pernah jejak Hadyai, Kanchanaburi, Phuket, Bangkok dan yang terakhir ni Chiang Mai. Aku dah tak nak bercuti ke Thailand lagi. Kalau nak tau apa yg aku enjoy di sini? I like the food..macam-macam food aku mencuba di sini. Memang puashati sangat-sangat.

Tapi kalau orang tanya aku nak pergi Thailand lagi? Huhuh...cukuplah setakat ini. Aku rasa sama ajer di mana-mana daerah di Thailand ni. Kalau nak shopping sama ajer barang2 nya. Bosan betul. Ingatkan kat Chiang Mai ni sejuklah seperti yang diperkatakan. Alahai...panas terik ketontang. Lebih panas drp KL. Panas kering dan perit.

Alhamdulillah sepanjang aku berada di sana...selamat dan aman. Kalau aku pergi sendirian pun rasanya selamat juga. Orang sana baik2 lah. Dia orang memang jaga tourist betul2 coz melalui touristlah dia orang cari makan. Tourist tak berapa ramai this time coz faktor pergolakan yang berlaku di Bangkok. Mungkin tempiasnya juga kena di Chiang Mai.

Nanti aku upload gambar2 menarik di Chiang Mai ni kay. Tunggu!!!!!


April 27, 2010

Me @ Chiang Mai

Sawadikappp..

Surprisekan...I'm in Chiang Mai rite now. Masuk hari keempat dah.
Will be back on Thursday.

Mula-mula sedih kan sebab tak jadi pergi. Entah kenapalah my friend tu last minute kata jadi pergi plak. Hmmm....buat suspen aku ajer. Mood aku kembali ceria. Tak sempat nak update blog sebelum fly to Chiang Mai.

Semalaman aku tak tidur sebab sibuk packing baju semula. Flight aku jam 7 pagi. So, jam 3 pagi aku dah bertolak ke KL Central. Mengantuknya Tuhan ajer yang tau. Dalam flight tidur kejap ajer sebab ramai pulak cha ya nun alif yang memekak dalam flight tu. Tak habis-habis...org lain nak gi holiday gak tapi taklah memekak mcm jakun sangat. Huhh!!!

Ayooo...panasnya kat Chiang Mai ni. Panas terik dan rumput sekeliling kekuningan dan kering kontang. Tak selesa betul nak jalan2 tau.
Aku pi bercuti ke Chiang Mai ni more like pi bersantai dan merehatkan diri. Dah lama aku tak pi bercuti lama mcm ni semenjak aku balik dari Europe last year.

Apa yang aku buat di sini?
Nanti aku ceritkan dalam blog ni lagi yea. Tunggu nanti aku balik dari Chiang Mai. Sekarang ni aku tengah melepak di kedai makan sampai berinternet. Tadi baru jer lepas wat rebonding. Rambut aku ni kan kerinting...hmmmm dah lurus skreg. Huhuhuh.... Lepas ni aku nak pi massage pulak...yeahhhhhhaaaaaa...

April 18, 2010

PIKOM PC Fair @ KL Convention Centre

Jumaat lepas aku gi PC Fair di KL Convention Centre ditemani my bro, izam.... setelah habis urusan ku. Sambil duk menunggu my bro habis kerja.... aku pi shopping baju skit kat I-Setan...pi butik baju kerja aku. Kat sinilah biasanya aku shopping baju kerja. Sejak dah kerja kat Bangi ni, aku memang selalu ada appointment dengan client...so kenalah sentiasa dress up skit kan.

Reason why aku gi PC Fair ni coz aku nak beli netbook . Senang dan ringan sikit aku nak bawak pi mana2 especially kalau aku pi outstation or jalan2 ke overseas. Sebab utamanya ialah netbook ni lebih ringan dan comel. Aku ni kalau pi travel....segala benda nak angkut hand carry...dengan DSLR, sunglass, spec, make-up pouch, perfume, wallet, hp....dan segala mcm benda. And now...nak angkut netbook plak....yeahhhhaaaa.



suasana di PC fair


harga netbook disini... Ienovo ialah RM1,399...dapat 17 free gift....3 years warranty


akhirnya aku beli yg HP punya...harga RM1,349 with 7 free gift...1 year warranty...




April 15, 2010

Jemputan Majlis Aqiqah Dan Cukur Jambul



Kepada sesiapa yang mengenali diri ini, adalah dijemput hadir ke Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul untuk kedua-dua anak buahku yang comel ni. Butiran seperti di bawah:


Tarikh : 8hb Mei 2010 (Sabtu)

Lokasi : Kampung Pandan, Kuala Lumpur

Masa : 11.00 pagi (marhaban dan cukur jambul)
1.00 tengahari hingga 3.00 petang (jamuan makan)


Maaf yea, aku tak dapat nak publish alamat penuh di sini. Sesiapa yang sudi meluangkan masa hadir bolehlah reply kat bahagian comment ni or reply ke email aku syarliz@hotmail.com. Nanti aku akan hantarkan alamat penuh dan peta lokasi ke rumahku.
Sudi-sudilah menghadirkan diri anda. Terima Kasih.




April 14, 2010

TV9 4th Celebration @ My Office


Happy 4th Birthday to TV9...
Office aku mendapat kunjungan daripada TV9 untuk meraikan ulangtahunnya yang ke 4. Kejap ajer dah 4 tahun kan. Siap mereka bawa makanan tu untuk kami. Ada pulut kuning yang berbentuk nombor 4...comelnya. Selain daripada tu ada juga pulut kuning yang siap dah pack dan juga cupcake yg comel-comel belaka. Bestnya...

Jangan jeles yea aku bergambar dengan Upin dan Ipin. Maaf yea gambar aku agak blur skit sebab aku pakai handphone camera ajer. Actually hp aku tu akan cantik gambarnya bila aku yg ambilkan gambar. Tak semua orang pandai guna hp aku tu...huhuhuhu.



ada ucapan skit



cupcake yg comel...clear tak pic ni??? ni aku yg amik...
aku dgn Upin & Ipin
tengok tu...aku siap berlaga pipi lagi dgn si Upin tu..huhuhu




April 13, 2010

Teringin Lah Pulak !!!

Apakah yg sedang berada di fikiran aku sekarang??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nak makan ikan gurame bakar Pak Chik Met....... tapi makanan ni terdapat di Bandung.
Boleh kirim tak sesapa yang nak gi Bandung?
Tapikan... boleh ke bawak balik KL??? Huhuhu...

April 12, 2010

Black Monday

Aku di hari Isnin :

1. Malas nak bangun pagi gi kerja.
2. Busy di office...nak siapkan proposal for tomorrow punya appointment.
3. Asik nak gi toilet ajerrr...rasanya ada lah 6 kali aku gi toilet (buang air kecik ajer).
4. Hari ni aku pakai suar panjang baru gi office....macam tak selesa lah. Labuh plak!!
5. Melaram tudung baru gak..... ada org puji cantik tudung tu...mekasih.
6. Seperti biasa balik umah jalan jammed kat MRR2....bosan!
7. Dinner makan lauk ajer...kenyang dah!
8. Kat umah aku terima surat saman sebab pandu laju pada kelajuan 112km/jam. Tempat tu dibenarkan 80km/jam shj kat Highway KL-Seremban. Masa tu aku gi kerja. Mcm hampeh kan....sajer nak perangkap orang ramai suh bayar saman sebab letak camera kat area 80km/jam. Kena denda RM300. Pi mampuih....aku taknak bayar!!!!
9. On internet jap......bukak FB dan update blog.
10. Gayut jap dgn Mr. M as usual tiap malam.
11. Jam baru jer 9.40....pastu tiba-tiba .....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Maaf yea...lalok skit....aku nak zzzzzzzzzzzzzzzzzzz..




April 11, 2010

Back to KL @ Genting - Part 3


Sambung lagi..
Lebih kurang jam 11 pagi mcm tu kami dah check-out. Ambik cuti on Monday tu. Sajer nak stay sana coz malas nak balik KL malam tu jugak. Pagi tu breakfast roti dan kek ajer kat dalam bilik. After that, plan nak ke Team Park for outdoor game. Aku plan nak tunggu luar ajer lah coz malas nak main memandangkan peristiwa sebelum ni aku sampai termuntah-muntah. At last, semua tak jadi masuk. Huhuhu.

Aktiviti seterusnya kami jadi seekers. Lokasi yg kami tuju ialah Amber Court di kawasan Genting ni gak. About 13 km dari atas. Sajer jer nak jejak kawasan ni. Dulu aku pernah stay kat sini 2 kali. Masa tu seram gak tapi sebab ramai kan...belasah ajerlah. Tetapi kali ni masa kami gi....lagilah seram. Tak nampak pun manusia yg nak check-in. Kalau gi waktu malam......lagilah memang tak berani. Pulak tu aku terbaca kat blog org lain pasal tempat ni. Macam2 benda yg dorang jumpa. Ada yg jumpa pompuan mengilai, pintu ada orang ketuk, pompuan rambut panjang di sebalik tingkap dan macam2 lagilah.



ini dari arah depan...nampak scary tak???



dan ini lagi.....ada byk lagi pic yg aku amik...tapi cukuplah 2 ajer...nanti korang tak tidur malam dibuatnya...huhuhu..



Then, kami turun menuju ke KL. Sampai kat area bawah tu, nampak plak sign board taman strawbery genting...self pick. Wahh...best ni. Besar gak tempat ni. Ada banyak tanaman strawbery. Sekali tanya harganya...100gram untuk RM8. Mahalnyaa,....hmmm tak jadi nak petik. Buahnya pun kecil2 ajer.

Kat sini juga ada tanaman cendawan dan sayur-sayuran. Banyak gak kedai-kedai orang berniaga. Aku sempat beli fridge magent di sini. Harganya RM6...simple sangat.






taman strawbery

comel ajer buahnya

duk sebentar di gerai ni untuk makan aiskrim strawbery yg buat sendiri tu...RM2 sebatang...sedap gak

ni kat tmn cendawan




Turun KL dah pun tengahari dan perut pun dah lapar. Kami gi Wangsa Walk for lunch. First time aku gi sini. Kami makan Nasi Ayam Penyet. Bagi aku ayamnya sedap tapi sambalnya tak leh lawan Ayam Penyet Wong Solo.
Dah kenyang...jalan-jalan sekitar kawasan ni. Happening gak tempat ni.





melaram pakai sunglass kat kedai optikal.....mcm target nak beli lah.....


April 8, 2010

ABP @ Genting - Part 2




Sambung lagi...
Kami siap awal sebelum masuk ke Arena of Stars. Cuci mata tengok telatah orang ramai. Ramai gak artis yg kami jumpa...tapi buat dek ajerlah. Ada aku kisah artis2 tu? Yang penting aku nak dengar muzik kat sini. Gittuuuu...statement berlagak..hahaha!!!




sempat snapping pic Aaron Aziz...encemlah dia ni..tapi dah kawin kan..

hai aizat.....

cuba teka siapa ni??? merembesss.....

emcee yang sangat mantap, menghiburkan, tak boring dan sangat sesuaiii....

siti menang sebagai artis wanita popular....dia bolot setiap tahun

apasal lah pic ni yg dia keluarkan...sangat burukss

congratulation to Siti...artis paling popular.....




April 7, 2010

Jalan-jalan @ Genting - Part 1


Last weekend aku and teman-temanku mendaki ke puncak Genting Highland for ABP. Sajer-sajer nak merehatkan minda mendengar muzik dan merasai udara nan sejuk dan segar. Kami checked-in kat First World Hotel. Sebab pergi on Sunday kan...dapat rate RM145 per nite.

Malam tu kami nak menghadiri Anugerah Bintang Popular di Arena of Stars. So, melepak kejap dalam bilik sambil makan kek sarawak yang dibawa oleh Song. Cedappp tapi ada satu kek tu dah habis...terkilan ahkak tau!!!. Anyway, thanks Song aka anak ikan.


nilah dia kek sarawak yg dibawa oleh Song....dia beli kat sarawak nun jauh tu hah...

bersiap nak kuar jalan-jalan

Then, kami pun kuar jalan-jalan di sekitar kawasan indoor Genting ni. Disebabkan aku dah selalu gi Genting, so aku sikit boring tengok benda yang sama. Cuaca di luar ketika itu sejuk dan berkabus. Nak main game ke dalam tu aku mcm malas. Kebanyakan indoor game dalam ni sesuai untuk kanak-kanak ajer. So, ramailah family yg bawa anak-anak. Ramai gak tourist masa ni.




aku dgn Qis.....Genting here we are....

Teman-taman yg joint for this trip : Burn, Qis and Song...maksu plak takda dalam gambar ni..



kami turun bawah kat Arena of Stars...sajer jalan-jalan kat area ni.

tempat sejuk kan...so perut pun lapar. Kami makan kat MarryBrown....sedap gak!!

gambar kami yg sipi-sipi..huhuhuh



terjumpa plak Aaron Aziz dan kembarnya...opssss...sama tak muka dorang berdua ni????

then, kami balik bilik untuk bersiap2 for ABP....sempat lagi tu melepak atas katil sambil ketawa dan berposing...sakannn!!!
Next entry aku citer pasal ABP plak yeaa....roger!!!!