April 11, 2010

Back to KL @ Genting - Part 3


Sambung lagi..
Lebih kurang jam 11 pagi mcm tu kami dah check-out. Ambik cuti on Monday tu. Sajer nak stay sana coz malas nak balik KL malam tu jugak. Pagi tu breakfast roti dan kek ajer kat dalam bilik. After that, plan nak ke Team Park for outdoor game. Aku plan nak tunggu luar ajer lah coz malas nak main memandangkan peristiwa sebelum ni aku sampai termuntah-muntah. At last, semua tak jadi masuk. Huhuhu.

Aktiviti seterusnya kami jadi seekers. Lokasi yg kami tuju ialah Amber Court di kawasan Genting ni gak. About 13 km dari atas. Sajer jer nak jejak kawasan ni. Dulu aku pernah stay kat sini 2 kali. Masa tu seram gak tapi sebab ramai kan...belasah ajerlah. Tetapi kali ni masa kami gi....lagilah seram. Tak nampak pun manusia yg nak check-in. Kalau gi waktu malam......lagilah memang tak berani. Pulak tu aku terbaca kat blog org lain pasal tempat ni. Macam2 benda yg dorang jumpa. Ada yg jumpa pompuan mengilai, pintu ada orang ketuk, pompuan rambut panjang di sebalik tingkap dan macam2 lagilah.



ini dari arah depan...nampak scary tak???



dan ini lagi.....ada byk lagi pic yg aku amik...tapi cukuplah 2 ajer...nanti korang tak tidur malam dibuatnya...huhuhu..



Then, kami turun menuju ke KL. Sampai kat area bawah tu, nampak plak sign board taman strawbery genting...self pick. Wahh...best ni. Besar gak tempat ni. Ada banyak tanaman strawbery. Sekali tanya harganya...100gram untuk RM8. Mahalnyaa,....hmmm tak jadi nak petik. Buahnya pun kecil2 ajer.

Kat sini juga ada tanaman cendawan dan sayur-sayuran. Banyak gak kedai-kedai orang berniaga. Aku sempat beli fridge magent di sini. Harganya RM6...simple sangat.






taman strawbery

comel ajer buahnya

duk sebentar di gerai ni untuk makan aiskrim strawbery yg buat sendiri tu...RM2 sebatang...sedap gak

ni kat tmn cendawan




Turun KL dah pun tengahari dan perut pun dah lapar. Kami gi Wangsa Walk for lunch. First time aku gi sini. Kami makan Nasi Ayam Penyet. Bagi aku ayamnya sedap tapi sambalnya tak leh lawan Ayam Penyet Wong Solo.
Dah kenyang...jalan-jalan sekitar kawasan ni. Happening gak tempat ni.





melaram pakai sunglass kat kedai optikal.....mcm target nak beli lah.....


2 comments:

  1. huhuh...posing sambil bercakap ngan MR M...bile nak bli spek tuh kak leez??=p

    ReplyDelete
  2. terasa macam nak ke Genting pulak..lama dah tak ke sana..:)

    ReplyDelete