April 29, 2010

I'm Back.....Chiang Mai Trip




Alhamdulillah aku telah selamat mendarat di tanahair tengahari tadi. Percutian yang banyak betul dugaannya. Pada mulanya confirm tak jadi....last minute jadi pulak. Hehehe....mesti u all pelik kan. Anyway aku tak nak bercerita banyak tentang bagaimana ia terjadi. Yang penting aku dah selamat pergi dan kembali ke Malaysia.

Rasanya cukuplah percutian ke Thailand ni. Aku dah pernah jejak Hadyai, Kanchanaburi, Phuket, Bangkok dan yang terakhir ni Chiang Mai. Aku dah tak nak bercuti ke Thailand lagi. Kalau nak tau apa yg aku enjoy di sini? I like the food..macam-macam food aku mencuba di sini. Memang puashati sangat-sangat.

Tapi kalau orang tanya aku nak pergi Thailand lagi? Huhuh...cukuplah setakat ini. Aku rasa sama ajer di mana-mana daerah di Thailand ni. Kalau nak shopping sama ajer barang2 nya. Bosan betul. Ingatkan kat Chiang Mai ni sejuklah seperti yang diperkatakan. Alahai...panas terik ketontang. Lebih panas drp KL. Panas kering dan perit.

Alhamdulillah sepanjang aku berada di sana...selamat dan aman. Kalau aku pergi sendirian pun rasanya selamat juga. Orang sana baik2 lah. Dia orang memang jaga tourist betul2 coz melalui touristlah dia orang cari makan. Tourist tak berapa ramai this time coz faktor pergolakan yang berlaku di Bangkok. Mungkin tempiasnya juga kena di Chiang Mai.

Nanti aku upload gambar2 menarik di Chiang Mai ni kay. Tunggu!!!!!


1 comment: