September 29, 2009
Ziarah Kubur Arwah Papa dan Nenek
Al-Fatihah untuk arwah papaku Haji Mohamed Saaid Bin Ishak dan arwah nenekku Hjh Kamsinah Binti Hj Mohamed Amin.
Pada hari raya ke-3 barulah kami ada kesempatan menziarahi kubur arwah papaku dan nenekku. Selalunya kami ziarah pada petang sebelum Hari Raya. Tetapi memandangkan hujan lebat petang itu, so tak jadi.
At first, petang raya ke 3 tu my first brother pergi dulu tetapi tak jumpa pulak kubur yang mana satu. Puaslah dia cari ke sana sini. Al-maklum kubur kat sana punyalah padat dan memang susah nak jumpa. Then, i and my younger bro menyusul kemudian. Senang aje kami jumpa. Kami ingat kubur arwah papa memang dekat dengan pokok dan after 4 tahun lebih, pokok tu memang dah besar giler. Sebab itulah my bro tu tak perasan.
Kubur arwah papa memang bersebelahan dengan kubur arwah nenek kerana beza tarikh kematian hanya sebulan lebih sahaja. Alhamdulillah dapat pulak dikebumikan sebelah-menyebelah. Cakap terus terang i memang jarang pergi kubur sebab nanti i akan sebak dan sedih. Setiap kali ada masalah, i selalu bercakap dengan arwah papa seperti arwah masih hidup lagi. Tapi sebenarnya dia dah tak ada. Dah 4 tahun lebih dia meninggalkan kami sekeluarga. Allah lebih menyayangi arwah papa. Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment