September 30, 2009

Tetamu di Hari Raya



Hampir 2 minggu Hari Raya tahun ini sudah berlalu. Kejap aje rasanya kan. Penat betullah raya kali ni. Hanya sempat beraya 2 hari aje. Lepas tu duduk rumah tak habis-habis masak itu ini, Penat lah. Setiap hari mesti ada aje menu yang di masak. Jangan fikir i yang masak pulak....hehehe. My mumlah yang masak semua tu. I penat sebab mengemas rumah, melayan tetamu dan mencuci pinggan mangkuk. My choc cake laku habis. Dah 2 kali buat cake raya ni... after 2 hari aje terus licin.

Setiap kali tetamu datang, memang lebih daripada satu kereta. Memang ramai tetamu datang tahun ini. Setiap kali tetamu datang memang kami jamu pelbagai juadah. Saja my mum standby apa aje makanan. Tak bestlah kalau bagi kueh raya aje. Dalam seminggu tu, mama ada masak soto ayam, soto daging, spaghetti, nasi minyak, kuah lodeh dan laksa penang. Setiap hari lain menu.



Setiap tetamu yang hadir memang i tak sempat nak snapping foto. Tak pun memang i terlupa. Hari tu our x-neighbour datang beraya ke rumah. Memang rapat dengan dia dulu coz my mum yang jaga anak dia. Till now even though dorang dah pindah but still nak datang rumah kami tiap kali raya. Pulak tu mesti bawakan apa sajer buah tangan.

This year, dorang bagi mama kain batik dan this chocolate. Gambar kat atas. Sedap tul chocolate ni especially the square one. Lepas ni kami kena gak kunjung mereka di Keramat sebagai tanda terima kasih masih mengingati my family.



Pastu, my old friend masa kat UiTM dulu Zurita Akhmar (baju pink) tiba-tiba called me nak datang beraya. Sib baik i ada kat rumah masa tu. Zurita ni memang tiap tahun plan nak beraya kat my house but tiap kali tulah dah lewat malam. Kebetulan dia beraya kat rumah her uncle nearby my house. Dia segan nak kacau if dah lewat malam. So, this year dia datang siang. Wahhh...dah tiga anak my friend ni. Comel-comel anak dia ni. Masa tu my mum masak soto ayam. Bukan main suka anak dia makan. Siap bgtau, sedapppp auntie masak. Hehehe...bukan auntie masaklah. Nenek yang masak tu!!!. So cute...bila budak at about 5 years old but so talkative. Thanks to Zue for coming to my house.

Then, my dear friend Dr Siti and hubby pun sempat beraya kat my house. I siap call her to come over coz my mum ada buat masak-masak. Alhamdullillah sampai juga walaupun ada sesat sikit masa nak cari rumah tu. Dr Siti and hubby sempat borak-borak with my mum with so many topics. But, sayangnya i terlupa plak nak snapping photo with them. Hehehe...rancak sangat berbual lah tu. Anyway, thanks Siti for coming and beraya at my house. I know you'll read this entry...hehehehe!!!!



Gambar kat atas ni pulak ialah my cousins, Abg Lutfi and Abg Udin with their family. Tiap tahun raya mesti dorang akan sampai ke rumah kami. We are close each other and both of them cousins belah my father. Wahhh u all dah tau my blog kan....hehehe kasi glamour i display your photo here. Seronok sesekali jumpa cousins and so many things kami berborak. I memang close with their wife too. Thanks my dear cousins for coming!!!

Ramai lagi tetamu yang datang sebenarnya but i terlupa nak snapping photos. Hehehe...sibuk lahhh.

No comments:

Post a Comment