September 10, 2009

Blogging : " Medium Interaksi Atau Raih Populariti " ... petikan KOSMO hari ini


Blogging sudah menjadi trend dan semakin diminati pada masa kini. Bukan sahaja orang biasa malah para artis pun turut memiliki blog sendiri. Agak interesting kerana isu ini dipaparkan di dalam akhbar KOSMO hari ini (10hb Sept) dengan tajuk "Medium Interaksi Atau Raih Populariti".

Bagaimana pula pendapat anda sebagai blogger? Apa tujuan anda berblogging? Adakah sebagai medium interaksi atau nak mencari glamour atau populariti percuma dengan memaparkan kisah hidup anda di laman blog? Jawapan itu semua ada pada diri anda. Terpulang pada empunya blog itu sendiri.

Ada blogger yang menggunakan medium ini untuk menghentam, menghina dan mencaci orang yang dia dendam dan benci. But its not my style. Bila kita suka sangat menghentam orang di dalam blog serba sedikit ia mencerminkan keburukan diri sendiri. Orang yang membaca pun boleh agak what kind of person he/she is. Orang yang tidak mengenali kita, serba sedikit boleh menilai kita melalui cara kita menulis dan memberi pendapat. Biarlah cara kita menulis memberi impak yang positif kepada orang yang membaca dan kepada diri penulis blog itu sendiri. Jika ada masalah peribadi biarlah diselesaikan dengan cara tertutup dan bukan dengan cara terbuka dengan mengapi-api kan orang yang membaca blog kita. This is my personal view.

Ada yang mengkisahkan catatan peribadi apa yang dilakukan setiap hari seperti buat apa kat rumah, kat luar rumah, kat tempat kerja dan sebagainya. Ada juga menjadikan blog sebagai medium untuk berkongsi tentang catatan perjalanan melancong ke mana-mana. Pengalaman dan tips yang didapati boleh dikongsi bersama dengan pembaca blog yang lain. It is me....itu sebenarnya tujuan i berjinak-jinak dengan blogging world. When u love travelling, u also will love to share your experience with other people. Di samping kita dapat membantu orang, kita juga boleh mendapat kenalan yang juga mempunyai kesukaan travelling seperti kita.

Dengan berblogging juga kita boleh jadikan ia untuk berinteraksi, mendapat kenalan, berhubung dengan orang yang kita dah lama tak jumpa, berhubung dengan orang yang jauh dari kita dan juga sebagai medium dalam online business. Actually pendekatan berblogging ini bagus kepada mereka yang ingin menceburi dalam dunia perniagaan online. Sebagai contohnya, with this blog i dah cuba berniaga Crocs, kueh raya dan kek. Sambutan yang diterima sangat mengalakkan. It is very good medium actually. Di samping dapat mengenali my customer, i dapat juga mengenali siapa pembaca my blog. And buktinya, ada antara mereka telah pun menjadi teman baik yang sentiasa berhubung antara satu sama lain. I'm happy with this situation.

Satu lagi tidak dilupakan, blog ini banyak membantu anda semua mengetahui tempat-tempat makan menarik yang anda belum pernah mencuba. Tak salah kalau kita berkongsi dengan pembaca blog kita dan di samping mempromosikan tempat-tempat makan tersebut. Promosi percuma tempat makan menarik. Kalau sedap makanannya tidak salah kalau kita berkongsi dan recommend pada pembaca blog kita. Sesekali buat amal percuma apa salahnya kan.

Banyak peristiwa dan pengalaman manis sebenarnya semenjak i berkecimpung dengan dunia baru ini. Kesimpulannya, with this blogging banyak kebaikan yang kita perolehi. Tempias mendapat populariti pun ada juga sikit di mana ada yang mula kenal kita melalui blog. Tetapi itu bukan tujuan utama untuk mendapat publisiti atau populariti percuma. Kalau kita ni artis, ya mungkin. Blogging membantu meraih populariti artis itu dan dapat mengenali peminat dengan lebih dekat.

Tetapi ada benda juga yang perlu kita cover. Tidak semua benda kita boleh paparkan di sini. Seolah-olah privasi kita dah hilang. Personal thing yang boleh menyebab kita bermasam muka dengan sesiapa, seboleh-bolehnya elakkan untuk diluahkan di sini. Kalau kita marah sangat dengan orang, mengadulah dengan Allah. Bukan dengan mengadu pada manusia yang boleh mengkucar-kacirkan lagi keadaan. Kita dalam kesusahan, Allah akan tolong kita Insya Allah.






1 comment:

  1. saye blog sebab saya suka main internet.
    saye blog sebab saya suka ambil gambar & edit gambar
    saye blog sebab blog itu free

    ReplyDelete