September 14, 2009

Bazar Ramadhan @ Jalan Tuanku Abdul Rahman

Awal pagi Ahad jam 9.30 dah terpacul kat Jalan Tuanku Abdul Rahman. Nak pi bershopping ler. Pergi solo aje...lagi senang. Parking kat belakang Coliseum bayar RM5 aje. Kedai-kedai pun banyak yang belum dibuka. Masih awal lagi tu. Tapi warga kota sudah berpusu-pusu dengan penuh semangat nak pi bershopping. Ramai yang bawa anak-anak nak shopping baju raya.

Sampai aje..terus pi Sogo coz nak belikan t-shirt yang dipesan oleh temanku di London tu. Nak bawa ke London nanti. Rupanya Sogo buka kul 10 pagi...aduhai setengah jam mengadap pintu besar Sogo tu...orang dah semakin ramai. Lemas pulak rasanya. Kalau tak disebabkan nak beli t-shirt tu...hmmm tak mungkin aku ke sini. Entahlah...Sogo ni tak sesuai dengan jiwaku.

Then, after setengah jam dah jumpa baju, terus ke bazar ramadhan pulak. Masa ni orang dah mulai ramai sedikit demi sedikit. Mula-mula nak jalan...senang aje...pastu dah jam pulak. Ada beberapa benda yang i nak cari kat sini. Nak tengok apa yang i shopping?? Jommm...

1. TUDUNG. 3 pasang untuk diri sendiri dan sepasang untuk my mum.
2. BROOCH. Dah melambak brooch pun nak beli lagi. Tapi kali ni beli brooch yang dipinkan di bawah dagu tu. Beli 2 unit.
3. CARPET. Alaaaa..carpet kecil aje. Beli kat Jakel yang buat jualan promosi. Carpet tu nak diletakkan kat ruang tamu kecil utk chit-chat.
4. BUNGA. Dah lama sebenarnya tak membeli bunga utk diletakkan di ruang tamu. So, i minta orang tu gubahkan bunga mengikut apa yang i nakkan. Hmmm...melayang RM180. Tapi oklah. Tapi my mum tak suka plak i beli bunga warna hijau. Huhuhuhu....

Itu aje sebenarnya. Tetapi sampai rumah dekat pukul 2 petang gak. Balik rumah aje dah penat giler. Kerja tak berhenti...pastu hantar kueh kat customer plak. Sambung lagi keluar berbuka puasa kat luar dengan member blog. Aduhhhh...penatnya bershopping.


mula-mula orang tak ramai....relax aje jalan
pastu dah ramai skit...masih boleh berjalan lagi..
akhirnya....terus jam dan sesak....
pelbagai jenis kueh ada...
baju kurung dah siap begitu banyak sekali....pilih aje yg mana berkenan di hati
wahhh...murahnya baju melayu tu...
baju kasual pun ada dijual
baju kanak-kanak melambak-lambak
pilih...pilih....alas meja untuk hiasan rumah. Alas meja kat umah beli kat Turkey hari tu
kueh raya tradisional
carpet Jakel ni murah-murah belaka...ramai yg membeli
wahhh...cantiknya bunga...
berkenan kat bunga ni...RM350 harganya...besar sgt plak
Then..i order bunga hijau...gubahan kecil sikit...brother ni tgh gubah bunga i..
Dah siap gubahan bunga i... berlaga-laga dgn org nak bawa bunga ni....bawa sorang2 plak tu..huhu



No comments:

Post a Comment