July 12, 2009

Teratak Kopitiam @ Kg Baru




Teratak Kopitiam ......terletak di Kampung Baru, KL.
Restoran yang berkonsepkan ala kopitiam yang baru saja di buka seminggu yang lalu. It was recommended by my bro, Idham. Owned by his friend.

Terletak di Jalan Raja Abdullah iaitu berdekatan dengan Masjid Kg Baru. Jika kita melalui Jalan Raja Muda Abdul Aziz, selepas traffic light belok ke kiri. Dah boleh nampak kopitiam ini di sebelah kiri anda. Depan sikit barulah Masjid Kg Baru. Lokasi amat strategik dengan permandangan kerlipan KLCC yang berdiri gah di waktu malam. Jangan risau, jika ke mahu ke sini ada disediakan tempat parking di sebelah kopitiam ini. Tempat yang luas untuk parking.

Binaan dalam kopitiam ini yang berkonsepkan dekorasi kayu dan pokok-pokok kehijauan. Amat santai dan selesa. Jika mahu lepak di luar pun boleh dan jika mahu santai dengan hawa dingin boleh makan di dalam. Dekorasi hiasan dalaman kopitiam ini sungguh unik dan selesa. Jika mahu minum coffee sambil melayari internet pun boleh. Ada di sediakan wifi percuma di sini. Ia dibuka pada setiap hari dari jam 7 pagi hingga 2 pagi.



merehat santai....dekorasi batang buloh di tengah-tengah

selesa sambil minum coffee, borak2 dan melayari internet

Apa menu istimewa di sini?
Selain daripada ada menu minuman coffee buatan istimewa di kopitiam ini, ada juga disediakan menu makanan istimewa di sini. Kopitiam yang berorientasikan makanan cina seperti dim sum. Anda boleh menikmati dim sum yang enak di sini. Terdapat juga menu steak makanan barat seperti grilled chicken chop, chicken maryland, lamb chop, fish n chips dan black pepper steak. Harga amat berpatutan. Ada juga pelbagai menu untuk noodles, rice and breads.

Jika anda merasai white coffee di kopitiam ini....memang terangkat. Kaw-kaw punya!!!.
I am not coffee lover. Bak kata my cousin Yat, selepas mencuba white coffee di sini, kalah lah OldTown White Coffee tu... hehehe.


pelbagai menu di sini
makanan cina dim sum... ada yg goreng dan stim
sedang menanti makanan lah tu...

minuman
dim sum...RM3.90
dim sum.... RM3.90
Ipoh Hor Fun .... RM5.90..... memang sedap
Grilled Chicken Chop.... RM10.50 ...... boleh tahan
rice with chicken black pepper.... RM7.90...biasa aje
fish n chips .... RM11.50 .... boleh tahan
dekorasi kolam ikan kap

dekorasi di dalam kopitiam

nampak tak permandangan KLCC...so nice



p/s - dah tak sabar nak pi vacation lagi......


No comments:

Post a Comment