July 11, 2009

Tempah Baju & Jahit Manik @ Jakarta



Baru aja terima baju tempahan dari Jakarta. Thanks ya pada temanku yang sekarang berada di Jakarta tu. Memang puashati. Lepas ni dah tak dapat nak tempah lagi coz dia dah nak balik Malaysia pun.

Baju hitam yang pada gambar bawah ini memang tempah jahit baju dan manik. Punyalah cantik manik dorang jahit. Very the creative and kemas sangat. Hmm...kalau tempah kat sini tidak lah sekemas ini. Design pun ntah apa-apa. Baju tu akan dipakai dengan kain silk batik jawa dan siap dengan selendang. Kalau nak tahu harganya....hmmm memang murah.

Baju ini dibuat khas untuk majlis perkahwinan my cousin end of this month kat Ipoh. Majlis perkahwinan dengan konsep jawa. Nanti i akan update the wedding ceremony here. Ala-ala wedding of the year juga. Betul tak Shafik???? Hehehe....



kain batik jawa ini dipadankan dengan baju hitam bermanik di atas



----------------------------------------------------------------------------




Hitam lagi...hehehe. Hitam itu menawan tau. Baju di atas pula, i tempah di jakarta untuk sulam dan manik aja. Baju kurung tu dah siap jahit dari sini. Jahitan sulamnya sangat halus dan kemas. Di sekitar sulaman itu dijahit dengan manik. Pada pandanganku memang cantiklah.

Baju ini juga akan dipakai dengan kain batik jawa seperti pada gambar dibawah belah kiri. Yang kanan tu cotton jepang. Tahun ini baju raya dengan konsep batik jawa. Saja nak buat kelainan. Pakai untuk Hari Raya tahun ini. Dah tak surprisekan...takpa saja nak tunjuk sulaman halus dan manik yang cantik tu.





-----------------------------------------------------------------------------


Baju hijau ni pulak pemberian my dear friend. Beli masa jualan Perhimpunan Agung UMNO di PWTC few months ago. Thanks, dear. Harga boleh tahan mahal. Untuk baju kain chiffon dan untuk kain pula jenis silk. Batik dari Terengganu. Ada juga design yang harganya RM900 tapi melampaulah pulakkan nak suruh dia bayar mahal macam tu.

Mama dah siap jahitkan baju kurung ini dan hantar ke Jakarta untuk jahit manik sahaja. Meriah satu baju maniknya. Tapi tak berapa nak nampak kat sini sebab warna manik seakan sama dengan warna baju. But nice...i like it.




p/s - sejak akhir-akhir ni busy betul lah .... tak cukup tidur .... tak cukup rehat

2 comments:

  1. Salam Liz,
    came across ur blog masa searching for Turkey (going in Oct)..
    luv ur blog,byk travel tips yg best!Photos pun lawa!
    Just wondering if u can share the place where u did the manik at Jakarta? TQ Liz..

    ReplyDelete
  2. Intan - Thanks for dropping by my blog.

    About the manik at Jakarta, i did'nt know where tha place is coz i send it thru my friend who is staying there. And now, he's back to Malaysia.
    Sorry dear, couldnt help you.

    ReplyDelete