June 1, 2009

Day 4 : Holiday to Bali - Spa @ Bali



Gambar di atas menunjukkan salah satu hiasan yang terdapat di dalam spa yang kami kunjungi di Bali. Pak Isme yang recommend us to try with this spa. Tempatnya dekat yang amat dengan Ngurah Rai Airport lebih kurang 7 minit memandu. Memandangkan kami pun akan fly balik KL pada malam itu juga so, nasib baiklah dekat dengan airport.

Tetapi yang tidak seronoknya, di ketika itu kami agak tergesa-gesa kerana lewat sampai di tempat spa. Sepatutnya perjanjian di buat pada jam 2.30 petang. Malangnya jalan jam menuju ke tempat spa itu. Jam maut punya. So, kami sampai jam 2.45 petang. Kami telah bayar massage for 2 hours di sini tetapi hanya dibuat 1 jam 45 minit sahaja kerana kami mengejar waktu untuk ke airport. Sayangkan 15 minit tu.

So, kepada sesiapa yang hendak ke spa di Bali ini, jangan jadi macam kami. Dah nak balik baru nak pi spa. Masa agak terhad dan tergesa-gesa. Seelok-eloknya rancang masa anda dengan baik. Pastikan anda mempunyai masa lebih daripada 2 jam untuk ke spa. Yelah dah bayar so much but buat dalam keadaan tergesa-gesa pulak



Ok pasal spa ini pula. Kalau tidak silap nama spa ini ialah Galuh Spa yang terletak di kawasan Kuta. Pak Isme yang paling arif ....i agak-agak aja. Tempat spa ini memang cantik dan sangat kelasss. Maaf lah yea tidak banyak gambar yang diambil sebab dalam keadaan tergesa-gesa nak cepat. Sehari sebelum tu kami sudah booking awal dan nego harga. I and my mum ambil 2 hours massage dan my bro & wife ambil package spa iaitu 1 hour massage, lulur badan dan mandi bunga. Harganya sama iaitu Rp300k untuk 2 jam. Memang kami berpuashati dengan service yang diberi. Sedap dan relax sangat badan selepas di urut. Lenguh-lenguh badan selama 4 hari berkampung di Bali dan selepas diurut rasa lega sikit badan ni. Maklumlah sakan kami berdansing dalam laut. Hehehe.

Sebelum i mula massage itu, sempat berbual dengan mbak yang urut tu. Ini part memuji dan jangan marah yea ada kembang sana sini sikit. Dia kata umur ku 22 tahun dan cantikkkkk sekali. Aduhhhh.....muda yang amat tu. Idok ler teman semuda itu mbak oiii. Pastu memuji kecantikan kulit ku..muahahaha...kembang lagi. Part yang paling best tu dia kata i ni orang Taiwan. Hellooo....tengok mata ler beb....mata gue udah hijau takkanlah orang Taiwan kot. Rasa-rasanya depa ni nak tips kot sebab itu memuji-muji sakan. Anyway, terima kasih bebanyak lah kepada mbak tu atas pujian ini. Alhamdulillah dan syukur dengan apa yang ada. Keindahan dan kecantikan itu semua ciptaan Allah. Semuanya sementara sahaja di dunia ini. Yang paling penting ialah amalan kita di dunia ini. Itulah bekalan yang akan kita bawa ke akhirat.


suasana di dalam bilik spa
bath tub untuk mandi bunga.....


Selepas habis mengurut, kami mandi bersihkan badan kat sana. Lega sangat. Then, Pak Isme terus hantar i and my mum ke airport. Just on time. My bro and wife lambat sikit balik dari kami. A bit late one hour and different flight. Sebelum itu bersalaman dengan Pak Isme untuk ucap terima kasih banyak-banyak atas segalanya. The best sopir/ tour guide yang pernah i jumpa.

Sampai airport rupanya delay about half an hour. Aduh kalau tau tadi tak lah kelam kabut kat spa tadi. So, di dalam terminal sempat jalan tengok-tengok kedai survenir yang ada. Hmmm tak beli apa-apa pun. Duit rupiah ada lagi baki Rp70k. Boleh simpan untuk next trip to Indonesia.

at airport....bye Bali...miss Bali so much!!


I sangat-sangat berterima kasih kepada Pak Isme atas services yang amat bagus sepanjang kami berada di Bali. Dia bukan sahaja merangkap sebagai sopir/tour guide kami tetapi juga membantu kami ambil gambar, tolong bawakan barang-barang shopping kami, tolong angkat bagasi yang berat, tolong pimpin my mum setiap kali nak turun tangga dan sebagai teman kami untuk berbual. Pengalaman dan pengetahuan beliau tentang Bali sangat bagus. Tanya apa sahaja tentang Bali, semua dia jawab dengan penuh keyakinan.

Pak Isme merantau ke Bali untuk mencari rezeki buat business travel and tour. Kalau sesiapa hendak booking transport, hotel, diving package, spa package bolehlah contact dengan Pak Isme. Satu lagi Pak Isme ini jenis yang tidak berkira. Kami guna khidmat dia sampai malam pun dia tidak kisah. Dia kata tidak ada apa nak buat kalau pulang awal ke rumah, so dia senang menemani tamu sampai ke malam. Orangnya sangat peramah, ringan tulang, lucu, rendah diri dan menghormati tetamu. Bercakap dengan kami pun sungguhlah sopan santun. Cayalah Pak Isme!!!
Satu lagi terlupa. Pak Isme ini still available tau. Orang Indonesia kata DUREN (duda keren). So, kepada sesiapa yang mahu berkenalan dengan Pak Isme boleh contact dia yea. Cewek-cewek Malaysia pun bisa. Tetapi yang pasti, ku jealous....hahaha gurau aje.

Kepada teman-teman yang hendak menggunakan perkhidmatan Pak Isme di Bali, boleh menghubungi beliau di nombor ini atau email sahaja.

Contact Person : Pak Isme Yanto
Hp Number : +6281338614174
Telephone : 0361-7988081


Kepada Pak Isme yang sedang membaca blog ini, jangan serik ya terima tamu yang banyak tanya macam saya. Hehehe. Thanks, anyway. Keep in touch kay!!! Saya promote baik punya untuk kamu.

inilah orang nya..... Pak Isme....in person orangnya ganteng tau!!

6 comments:

  1. aku rasa mcm tak sempat je aku nk holiday ke bali... byk sgt keroje nk kena settlekan.. kemas opis utk pindah, then pindah balik m'sia lagi.. aduhh.. capek!!

    pas tu ngan family aku nk dtg...

    dpd ko promote DUREN tu baik ko aje yg approach dia.. hehehe.. ada le reason aku gi bali.. attend wedding ko... muahahaaha!!

    ReplyDelete
  2. Beb, bila hang balik KL? Dah confirm date ke?

    aku saja jer promote status dia. Cover line beb. Lain-lain tu biarlah rahsia. hehehe.

    ReplyDelete
  3. kak,tumpang tanye =) kalau pakai pak isme ni tuk bwk jln2 je or hantar gi mane kt nk pastu amik blk boleh tak? cemane ye dia kire? ikut org ke? jam ke? =)

    ReplyDelete
  4. Gmah -

    Pak isme kenakan bayaran Rp350K untuk sehari menggunakan Suzuki APV. Boleh masuk sehingga 6 orang penumpang. Dari pagi sampai malam. Tak kisah kemana saja u nak pergi dia akan hantar.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum akak...nak tanye...
    akak baget sume kat bali bape rupiah ye?:)include sume2..mkn minum..jalan..tour guide...tq:)

    ReplyDelete
  6. salam..

    woahh.. sgt ganteng pak isme.. terus rasa nak pi bali.. hahaha... nie trip kena bawak single ladies baru menarik.. oopsiee..

    Thanks for sharing ya..

    ReplyDelete