June 1, 2009

Day 4 : Holiday to Bali - Pasar Bedugul


Setelah spent time about 1 hour ambil gambar di Beratan Lake, kami menuju ke Pasar Bedugul pula. Dekat aje dalam 2 km macam tu. Pagi-pagi dah bershopping. Di sinilah destinasi terakhir kami untuk bershopping sebelum pulang ke KL malam itu juga.
I suka sangat bershopping di sini. Antara sebab-sebabnya ialah murah shopping kat sini sebab senang untuk dapat harga pelaris. Awal pagi pelancong tidak begitu ramai di sini. So, kalau kita letak harga mcmana pun depa akan bagi juga. Satu lagi, kebanyakan peniaga di sini ialah penduduk Muslim Bali. Lebih baiklah kita membantu peniaga sesama agama kita. Disamping kita membantu mereka kita pun dapat pahala. Last sekali, i suka sangat dengan udara yang nyaman di sini. Di samping suasananya begitu tenang sekali. Nak bershopping pun seronok.


Pasar Bedugul


Selain daripada jualan barangan kraftangan Bali di sini, terdapat juga dijual buah-buahan tempatan yang segar seperti buah salak, strawberi, pisang, mangga, limau dan buah susu. Mama sempat borong buah susu. Ada juga dijual pelbagai jenis sayur-sayuran, herba dan rempah ratus masakan. Mama borong macam-macam jenis herba dan rempah seperti vanilla, safron, lada hitam, kayu manis dan cengkih. Murah gitu beb!!!
Disinilah kami menghabiskan saki baki duit rupiah yang ada. I sempat borong rantai hiasan Bali yang cantik-cantik belaka. Beli sampai 6 rantai. Satu rantai hanyalah Rp5k sahaja. Then, beli mangkuk yang dibuat daripada kayu manis dengan design yang cantik sekali, dulang Bali dan 3 pasang selipar anyaman untuk beri survenir kepada my staff.

papan lapik pinggan yang cantik...dah beli dulu...
pelbagai jenis rantai hiasan Bali..

mama tengah kusyuk membeli rempah ratus masakan
pelbagai jenis rempah ratus dan herba
sayur-sayuran


We spent time here about 1 hour only. Kena rushing coz nak kejar masa untuk berspa di Kuta. Then , kami ambil lunch di restoran berhampiran Pasar Bedugul. Kami makan di restoran Ayam Bakar Taliwang, satu masakan orang Lombok. Di sini ada beberapa buah restoran yang serupa tetapi yang kami pergi ini paling sedap mengikut kata Pak Isme.
Sedap sangat ayamnya. Tetapi tidak puas nak makan ayam tu sebab kecil sangat. Setiap seorang makan seekor ayam pun rasa macam tak cukup. Ayam dara orang kata. Tapi i nampak macam rupa burung puyuh pun ada. Ayam tu dibakar dengan rempah. Sedap sangat rempah tu. Boleh tahan mahal juga harganya. Tetapi tak kisahlah sebab rasanya memang sedap. Highly recommended. Thanks Pak Isme bawa kami makan di sini.

posing di hadapan restoran.

inilah restorannya
ayam bakar taliwang yang sedap


No comments:

Post a Comment