May 29, 2009

Day 3 : Holiday to Bali - Sanur Beach


After breakfast, at 8.30 am kami mula bergerak menuju ke Pantai Sanur. Mengambil masa 45 minit dari Kuta. Sepatutnya semalam pergi ke sini. Tetapi jalan tutup kerana ramai sangat orang. Apabila kami sampai aje pagi tu, kami lihat awal pagi pun ramai yang bersantai di tepi pantai. Agaknya mereka ini dikalangan yang tiada pekerjaan dan melepak untuk mencari angin pantai.

Kelihatan Pantai Sanur ini agak kotor dan for me tidak menarik langsung. Setakat jalan-jalan disini, cukuplah sekali aja. Mungkin kalau datang lagi ke Bali, tak mungkin i akan ke sini lagi. Cantik lagi Pantai Kuta yang tinggi ombaknya dan sesuai untuk aktiviti surfing.






kedai jualan di tepi pantai
i love Bali...



Ada juga jualan cenderahati kraftangan Bali di tepi pantai. Kami tidak membeli apa-apa di sini. Hanya jalan-jalan. Ada juga hotel di kawasan Pantai Sanur ini. Nampak Diwangkara Holiday Villa di kawasan Pantai Sanur ini. Difahamkan hotel ini adalah kepunyaan rakyat Malaysia. Makanan halal disediakan. Pernah terniat untuk stay di sini tetapi bila memikirkan lokasinya agak jauh dari Kuta, lupakan saja.
Kami santai sambil minum air kelapa di tepi pantai. Mama sempat makan jagung bakar…manis katanya. Sebiji kelapa Rp10k…mahal tu. Hmm…masa nilah mereka nak kerat pelancong. Dah minumkan…bayar ajelah.


Diwangkara Holiday Villa di tepi Pantai Sanur
posing aje tu.... tak stay pun kat sini
jagung yang manis....


Menurut cerita Pak Isme, di Pulau Bali ini tidak dibenarkan membina bangunan tinggi melebihi ketinggian pokok kelapa. Sebagai keselamatan jika berlaku gegaran atau gempa bumi. Sekurang-kurangnya 3 tingkat bangunan sahaja dibenarkan.
Terdapat sebuah hotel di hadapan Diwangkara Holiday Villa iaitu Grand Bali Beach Sanur yang mempunyai ketinggian 8 tingkat. Ia telah dibina pada tahun 1959 dahulu sebelum arahan dari pemerintah. Satu-satunya hotel di Bali yang mempunyai 8 tingkat. Difahamkan, di hotel ini juga terdapat sebuah bilik yang tidak boleh digunakan malah juga tidak dibenarkan buka. Serammmmm……..

lepak tepi pantai sambil minum air kelapa
air kelapa Bali........

No comments:

Post a Comment