May 29, 2009

Day 3 : Holiday to Bali - Pulau Penyu, Tanjung Benoa


Setelah selesai berjalan-jalan di Pantai Sanur, kami menuju ke Tanjong Benoa untuk aktiviti air yang kami tunggu-tunggukan. Awal lagi di KL kami telah booking watersport package dengan Pak Isme. Package termasuk Diving, Pulau Penyu, Glass Bottomboat and simple lunch. Rp500k per person. Murah kan.

Di ketika ini suasananya agak busy dengan bermacam aktiviti sukan air. Cuaca bagus Alhamdulillah terang dan tidak hujan. Cuma awal pagi tadi derusan laut agak bergelombang. Sebab itu kami sampai lewat sikit.


baru sampai...welcome drink
jom naik boat

posing kat banana boat

First kami ke Pulau Penyu. Dari Tanjung Benuo kami menaiki boat ke Pulau Penyu. Mengambil masa 30 minit untuk sampai ke tempat ini. Di dalam boat ini hanya kami berempat sahaja. Laut biru cantik permandangannya.
Dalam perjalanan menaiki boat itu, kami melihat pelbagai aktiviti sukan air di sini iaitu parasailing, banana boat, snorkeling dan macam-macam lagi. Agak sibuk keadaannya ketika itu. Laut biru dan derusan air agak bergelombang sedikit. Sempat snap pelbagai ragam aktiviti sukan air di sini.





parasailing....

glass bottomboat...tak nampak ikan pun...



Dah sampai Pulau Penyu. Di sini kami dapat mengambil gambar bersama anak penyu, burung, ular sawa, kelawar dan biawak. Semua I rasa ok aje kecuali ular sawa tu. Eeeee…geli lah. Nak pegang pun punyalah tak berani. Pegang sikit aja. Amik gambar sipi-sipi aje. Amik masa setengah jam di sini.
Kami terus pulang semula ke pantai Tanjung Benoa. Sebenarnya dah tak sabar-sabat nak pergi diving. Dah lama ku impikan sebenarnya.
pegang anak penyu...tak takut pun






ok aje pegang kelawar ni...




eeeee....gelinya ular sawa ni.....tak berani denbiawak yang jinak


No comments:

Post a Comment